Bolehkah aku menang?
Biarkan bahagia yang datang
Buat hatiku yang malang
Dan diriku yang telah hilangUntuk sekali ini
Biarkan aku menang dalam permainan hati
Setidaknya sakit ini ada tanda berhentiUntuk sekali ini
Biarkan aku menang dalam pertaruhan dan janji
Setidaknya aku tidak akan kalah matiBiarkan aku menang
Sekali-kali tidak mengapa kecundang
Kau takkan mati dengan jiwamu yang meradang
Kerana aku sudah merasakan saat hatimu bersilangWalaupun pada akhirnya
Di antara kita tiadalah pemenang
Ketika aku sudah benar-benar pulang
Bukan kerana aku sudah menyerah tapi kau yang sudah berhenti berjuang