Oh Februari
Akhirnya kita bertemu lagi
Setelah sekian bulan membawa diri
Kau kembali memecah segala sepi
Aku masih tetap di sini
Sendiri hanya mahu menikmati sunyi
Tenang dalam merungkai setiap mimpi
Dan terus berjalan di atas hamparan februari
Waktunya terasa makin singkat
Dan kita seakan mulai penat
Yang jauh seolah makin mendekat
Yang dekat seakan mahu penamat
Bersabarlah
Februari baru memulakan langkah
Bertenanglah
Jalan bahagia memang tak mudah
