Pulanglah,
Senja telah memanggil untuk menutup pagar cahaya,
Masanya untuk tubuh membuang lelahnya,
Mari duduk di ruang malam sambil membuang sebak yang sebu,
Di sini aku menatap dada langit untuk menikmati keghairahan rindu,
Di situ ada kau yang juga tersenyum memetik bintang beribu.Pulanglah,
Subuh sedang siap mahu membuka pintunya,
Biarkan hati melabuh lelapnya,
Berdoalah moga malam takkan berulang dengan sepi yang panjang,
Dan siang takkan menutup jalan pulang,
Aku tidak mahu kita sama-sama hilang.