Aku bukanlah untukmu
Sepertinya tertulis begitu
Bagai tiada celah untukku
Membuatmu rindu juga tak mampu
Aku bukanlah untukmu
Untuk berdiri di jalan itu
Menghalangi langkah takdirmu
Untuk takdir dan cinta bertemu
Aku bukanlah untukmu
Jika takdir kita menyambutku
Itu belum tentu yang kau mahu
Kerana hatimu sudah lain tuju
Aku bukan untukmu
Alam pun tidak merestu
Bumi pun tak mampu menyatu
Dan tiada aku di mimpimu
Siapa aku menentang jalanmu
Jika langkah itu tak memilihku
Semua bukan salahmu
Memang takdirnya begitu
Kau bukan milikku
Dan aku bukan untukmu
