32) Kau (Tak)kan Kembali

428 58 7
                                    

Kelak kau kan datang
Akan kumeriahkan segenap ruang
Dengan kaset memori yang terpasang
Tanpa semu kata cinta terus diulang
Kerana serak suaramu terus lantang
Hingga mindaku penuh bergoncang

Lusa bila kau datang
Akan ku tunai hajat yang terbentang
Membiar senyumanmu terhidang
Dan tawamu terus menggendang
Karna cuma jiwamu ku izin bertandang
Bersatu dengan jiwaku seorang

Esok kau kan singgah
Bertanya segala keluh kesah
Lalu di situ ku hanya bersandar
Mengukur rasa yang kian pudar
Di balik hati yang tidak dekat
Keranaku lukanya sarat

Cuma hari ini
Ku biar bayangmu hilangkan diri
Yang tinggal hanya kerdilnya puisi
Bersama rindu yang menemani
Serta kesal yang bertubi-tubi
Dalam akur pada Ilahi
Bahawa cinta tak harus memiliki

By : ____hfil

PulangWhere stories live. Discover now