27) Tak Seperti Dulu

507 67 23
                                        

Khabarkan kepadaku tentang rindu,
Kata-kata cinta yang selalu ditunggu,
Kalimah yang membuat para penyair mendendangkan rasa sepanjang waktu,
Cuma itu yang aku mahu iaitu sepatah kata rindu.

kau bersila menantikan rindu menyapa tenang,
Sedang aku juga menunggu rindu agar berkunjung datang,
Masing-masing diam mengharap khabar menjemput pulang,
Akhirnya cuma sepi menatap bintang.

Ego membuat kita saling membisu,
Luka telah menjadikan kita beku membatu,
Rindu seakan memendam dan terbiar menunggu,
Dan mungkin kerana itu kita tak seperti dulu.

PulangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang