"Nad?" Sarah memanggil Nad yang senyap dari tadi. Tapi hampa tiada balasan. "Nad!" Panggil Sarah sedikit kuat.
"Uhh? Ye apa?" Jawap aku dan throwback 7 tahun dulu juga turut hilang.
"Kau kenapa?" Soal Sarah seperti risau."Aku kenapa apa?" Tanyaku kembali. "Tadi senyap je kau berangan ape? Or kau ada sorok something dengan aku?" Soalnya bertalu-talu.
"Weh apa ni? Banyak sangat soalan, nak aku jawap mana satu?" Tanyaku kembali. Kadang-kadang terdetik untuk menceritakan hal ini pada Sarah tapi mungkin belum masanya.
"Kau ada something nak bagitahu ke? Takyah simpan lelama lagilah aku nak tahu kot. So cerita please." Rayunya lagi. Aku buntu dan mengalah lalu menceritakan apa yang aku fikir tadi.
"Wait, apesal pulak Hilmi cari kau?" Tanyanya selepas mendengar ceritaku.
"Masatu awal pagi. Aku datang sekolah macam biasa, then aku nampak Hilmi sesorang dan aku pelik mana budak dia? So aku beranikan diri even jantung aku dah rasa nak tertanggal." Ujarku panjang lebar.
"Lepastu apa jadi?" Mungkin tak sabar dengar cerita aku. Aku menarik nafas dalam dalam.
"Aku duduk sebelah dia."
(7 Years Ago)
"Emi" panggilku.
"Eh Nad" Dia memandang aku kemudian senyum. Ah hati memang suka main peranan. Aku cair.
"Nad buat apa kat sini?" Tanyanya mungkin hairan sebab aku tak pernah tegur dia sebelum ni. Dia meneguk air sirapnya sehingga habis.
"Nad nak cakap something." Aku mengenggam kedua-dua tanganku erat mencari kekuatan. Aku pusing badan ke belakang sedia untuk lari.
"Nad haih em. Sebenarnya Nad.." aku berdiri disebelahnya. "Nad suka Emi." Aku kemudian berlari ke perhimpunan. Mujurlah harini ada pj, kalau tak belum sempat lari dah jatuh. Buat malu saja.Emi pov
Aku geram. Cilake betul Apan ni, bukan nak gitau aku budak budak gaduh semalam. Last last aku kat sini macam tunggul.
Nadia Syafiqa, Kelas sebelah. Muka dia bersih tiada cacat cela. Tambah lagi dia bermata hazel dan lesung pipit. Kulitnya sawo matang sungguh aku terpukau. Aku memerhatinya dari dulu lagi tapi entahlah tak tahu apa hati aku rasa.
'Nad suka Emi'
Suara itu terngiang-ngiang ditelinganya. Dia maksudkan ke? Ah aku kelu, aku kaku. Apa aku patut buat?Esoknya.
"Apan nanti kau cakap dekat budak-budak kita cari Nadia Syafiqa budak kelas sebelah. Aku nak jumpa dia." Apan yang tadinya sibuk menyemak buku mula memandang aku.
"For?" Tanyanya mungkin hairan dengan permintaan aku.
"You will know later." Ingat dia sorang boleh speaking agaknya."Mi aku tak jumpa ah Nadia kat kelas dia." Danish bersuara.
"Mana kau Nad." Aku mengeluh perlahan tak mahu ada orang dengar.
"Weh Nad kat library." Apan memberitahu. Ah aku lupa dia pengawas perpustakaan.
"Jom." Ajakku.
Aku masuk dalam library dan langsung tidak nampak muka Nadia. Aku terpandang Syakila.
"Nad mana?" Tanya aku.
Dia mengeleng mungkin tak tahu atau sengaja buat tak tahu."Kalau jumpa dia cakap aku nak jumpa dia. She can't run all day long just to avoid me." Ujarnya
YOU ARE READING
[C] Crush Aku Suami Aku ?
Random7 tahun dahulu masih jelas diingatan. Tambah lagi bila mempunyai crush yang kau dah pun bagitahu kau suka dia. "Kenapa Nad lari lepas Nad bagitahu Emi yang Nad suka Emi? Nad nak mainkan perasaan emi ke?" -Zulhilmi "Sebab Nad tak tahu apa Nad rasa m...