Bab 10.

749 33 1
                                    

Aku masih lagi atas katil tengah terbongkang. Stress fikir pasal semalam. Siapa betina tak guna tu. Ah, nasib baru pukul 5. Bukan apa dah terbiasa. Kena pergi tadika harini. Serious malas gila. Dah lah tengah hujan kat luar, ikut hati nak aje tidur balik tapi kesian Sarah. Dia kena jaga 2 kelas kalau aku takda.

Aku kenakan baju kurung moden warna ungu dan shawl naelofa ungu lembut. Aku pakai makeup tipis buat apa tebat tebal. Bukan ada cikgu hensem pun kat sekolah tu. Semua cikgu perempuan.

"Sarah cepat nanti telat." Panggilku dari bawah sambil menghirup air milo suam. Ni angkara cerita ada apa dengan cinta aku tengok semalam dekat cd. Bosan semalam lagi tengah sakit hati dengan Emi.

"Jom Nad." Ajaknya selepas turun tangga. Aku terus capai sandal .

"Assalamualaikum." Jerit suara dari luar. Macam lelaki tapi siapa pulak nak datang pagi pagi ni. Nak kata jiran tak mungkin sebab kiri kanan aku dua dua pakcik makcik .Aku keluar, Sarah tengah buat air. Jadi hm redha jelah.

Aku telan liur. Tah apa yang tersekat dikerongkong bila nampak muka orang yang sangat aku kenali. 'Apa mamat ni nak?' Bisikku dalam hati. Hati rasa tak sedap hati pulak.

"Awak nak apa Arif?" Soalku sambil berpeluk tubuh. "You look so beautiful lah dear." Ujarnya sambil tersenyum. Ikhlas ke dia ah hati kuatkan diri please. "Saya dari dulu dah cantik. Saya tanya awak nak apa datang sini?" Tanyaku lagi dihadapan rumah. Tak rasa kot perlu bukak pagar.

"Jumpa awaklah." Jawabnya sambil senyum sinis. Dah agak dah mesti ada agenda lain. "Tak payah bajet hensem depan rumah saya ni. Bukan ada dayang atau puteri nak sembah awak." Balasku. Ah pehal rasa panas je. Padahal angin kuat kot.

"Baliklaa, saya nak pergi kerja ni." Halauku. Sakit hati aku bila biar dia berlama depan rumah aku. Nasib Sarah belum keluar.

"Tak, selagi kau tak jadi milik aku. Aku takkan berganjak." Balasnya. Ei mamat ni memang mintak aku cakap bahasa mandrin ke apa sia.

"Baliklaa sebelum saya call polis." Aku capai handphone yang aku letak atas kereta tadi.

"Okay, awak menang. Tapi ingat awak takkan terlepas dari saya sebab awak buat saya gila selama 5 tahun ni." Balasnya sinis sambil berlalu pergi.

Ugutan apakah itu? Ei mamat ni terlepas dari hospital tanjung rambutan ke? Ah lantaklah.

Emi POV

'Kenapa Nadia tak reply whatsapp aku ni?' Bisik hati kecil aku.

Ah salah aku. Mesti dia tak nak kacau aku sebab tengok aksi gedik segedik gediknya daripada Leen. Aku meraup wajahku berkali. Sometimes rasa tak sedap hati bila teringat Arif bercerita pasal Nad padanya. Siapa sangka Arif masih simpan perasaan pada Nad walau Nad dah bersumpah yang dia takkan suka lelaki macam Arif.

Tapi aku pun sama. Bukan takat Leen je aku kenal, syakila juga aku layan, kadang kadang. Ya memang dia lagi cantik daripada Nadia. Malah Syakila hampir saja jadi bini aku. Tapi bayangan Nadia membutakan hati aku untuk sayang orang selain dia.

Aku sendiri tak faham dengan apa aku rasa. Bila jumpa Leen wajah Nadia pasti menghantui aku. Aku buntu dengan semua perkara. Tambah lagi bila Arif mahu dapatkan Nadia dengan apa cara sekalipun.

Aku kena jumpa Nadia. Rayyan's kindergarten yes. Mujur baru pukul 11.30 jadi pasti Nadia masih belum balik.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Nadia!" Panggilku bila lihat dia keluar dari tadika tu.

"Hm?" Balasnya dingin. Marahnya dia pada aku. Ah aku rasa serba salah.

"Jum keluar." Pintaku. "Tak boleh, busy." Balasnya. Ah tertekannya aku lagi bila dia macam tu.

"Bolehlah Nad." Rayuku sambil diri sambil melutut dihadapannya. Ya, dia gelabah. Dia panik, aku terpesona.

"Ei apa ni? Bangun lah cepat." Marahnya. Ah aku geram tengok mukanya memerah bila marah.

"Nope! Untill you agree to date with me." Balasku tanpa menujukkan sebarang reaksi mahu berdiri atau berganjak.

"Ugh, you make me sick with your attitude lah Emi." Keluhnya sambil mengangguk tanda setuju. Terus aku bangun dan menarik tangannya berlapikkan baju. Dia mengancam bila pakai macam tu. Tambah lagi warna kegemaran aku.

[C] Crush Aku Suami Aku ? Where stories live. Discover now