"Weh Nad! Kau pehal sia kata tak kenal kitorang tadi." Marah aku sambil mengetuk kepalanya. Geram tahu geram.
"Eh kau tahu eh? Alaa baru nak buat suspen." Jawabnya selamba. Minah ni memang nak mati gaknya.
"Alaa chillah, jangan bunuh aku. Ni nak mintak tolong kawan saya yang cantik lagi lawa dan flawless ni, buat saya insecure bila tengok." Pujinya melebih. Tahu sangat apa dia nak. Ingat comel gaknya siap buat muka itik tu. Rasa nak baling je pasu bunga ni kat muka dia.
"Yelah aku tolong. Tapi aku tak bersubahat tau. Aku cuma boleh tolong je." Balasku sambil buat muka bengang. Geram dengan perangai Nadia ni.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Nadia POV
Sejak aku sedar dari pembedahan yang takdelah pembedahan sangat aku terus berpakat dengan doktor hensem. Mujur doktor hensem tu baik hati, kenalah dengan cikgu yang lawa ni. Aku menyuruh doktor tu tidak memberitahu tentang rancangan aku untuk berpura amnesia. Well saje aje. Nak tengok reaksi mereka mereka. Sarah pandai meneka aku punya agenda. Yelah nama pun berkawan dekat beberapa tahu. Ofc dia tahu.
Misi aku satu, untuk mengetahui sapa perlukan aku. Emi dan Arif. Siapa tak terkejut bila Arif orang pertama serbu wad aku. Tambah lagi, macam mana dia tahu. Hmph kaya bolehlah upah spy tengokkan aku.
Halah, dari mula lagi aku dah tahu dia pasang spy, tiap balik dari tadika aku nampak kereta mahal depan rumah aku. Lama tersadai rupanya ada orang lengkap berbaju hitam macam pembunuh upahan dalam filem siap ada sunglasses kau. Aku perhati dari dalam rumah biasalah Nad kan.
Harini aku dah boleh balik rumah, dah kawtim dengan doktor hensem tu. Hensem weh, macam Jungkook BTS. Ala ala hakak tak kuatlah.
Paling tak boleh blah bila doktor tu kata dia boleh bagi aku balik tapi bersyarat. Syaratnya kasi nombor telefon Sarah. Tergelak aku bila dia merayu mintak No telefon Sarah. Untunglah Sarah ada fans macam Jungkook BTS.
"Nad saya hantar awak balik ea." Pelawa Arif yang sedia untuk bawa barang aku tapi ditegah oleh Hilmi.
"Kau tak payah susah susah, biar aku aje yang bawak. Kau balik jelah Rep." Emi pulak bersuara. Aku hampir tergelak tengok action diorang berdua ni. Serupa budak tadika yang aku jaga, ibarat Rayyan dan Danial terkejar dekat perempuan yang sama. Pening!Aku kembali ke alam nyata. Okay klisenya, aku pandang mamat dua ekor depan aku ni. Ya Allah! Tak habis lagi. Stress aku tengok, terus aku rampas beg tu dan serahkan pada Sarah.
Aku duduk di seat sebelah pemandu,kelakar betul bila tengok muka tercenggang dua ekor monyet tadi. Gerak je kereta tu dari hospital terhambur semua gelak aku sampai berkaca mata aku. Perut ditekan tekan.
"Kau ni teruklah Nad!" Marah Sarah yang tengah memandu. Mungkin tak selesa agaknya dengar aku gelak macam langsuir pagi pagi ni.
"Tak adelah, berdekak though tengok muka diorang. Kesian pun ada." Jawabku dengan sisa tawa yang masih ada.
Sampai je rumah aku terus baring atas sofa ruang tamu. "Home sweet home." Ujarku. "Banyaklah kau home sweet home. Dah tolong aku masak, aku lapar." Arah Sarah sambil melabuhkan dirinya atas sofa disebelahku.
"Eh awat?" Soalku sambil membuka telefon. "Saja." Balasnya selamba. "Demam aku belum rebah, kau jelah masak." Balasku.Wahh, 40 missed call from Emi, 27 whatsapp from Emi dan beberapa no yang takda dalam senarai contact aku. Aku sentuh logo whatsapp dan bukak chat Emi.
Emi
-Nadia are you okay? Kenapa balik terus tadi Emi belum habis cakap.
-Nadia jom keluar makan malam.
-Nadia kenapa tak reply?
-Nadia oh Nadia.
- I have something for you, can we meet?
-Nad, are you try to ignore me?
- Nad, i feel something wrong with you, are you okay?
- Nadia, Emi tanya ni
- Emi rasa tak sedap hatilah nad
- Nad kenapa balik terus semalam?
- Nad marah ke sebab tak bagitahu Nad yang Emi dah tunang?
- Emi dah tunang tapi tak sempat kahwin sebab perempuan tu ada jantan lain belakang Emi.
- Tah apelah masalah perempuan tu tetiba tergedik dengan Emi.
- She call me Zoey cause, she said that she jealous bila ada perempuan sebut nama Emi, sebab tu dia nak kelainan.
- Nad off phone ke?
- Tapi kalau off phone satu grey tick je kan?
- Tapi ni dua
- Tak bluetick pulak tu.
- Nad kenapa tak angkat call Emi?
- Asyik girl operator je jawab.
- Nak dengar suara Nad
- Nak dengar Nad nyanyi lagi fav kita.
- Dah dua hari Nad tak reply chat Emi
- Nad busy sangat ke?
- Emi rindu Nad
- dan Emi sayangkan Nad.Aku tersenyum sendiri bila baca dua perkataan terakhir Emi tu. In conclusion , jangan menyampuk bila orang tengah cakap. Mata yang rasa kantuk mula terlelap.
"Aku mintak maaf Nad sebab tak boleh kawin dengan kau!" Aku pandang Emi dengan mata berkaca. Tak sangka Emi yang aku sayang dan cinta dekat Syakila!
Sakit mata aku tengok Syakila yang peluk erat lengan Emi, dan tangan Emi mendarat di pinggang Syakila.
"Kau balik jelah perempuan, orang dah tolak tu tak payahla nak merayu bagai." Suara Syakila menendang gegendang telinga aku. Tangan kanan aku terus mendarat di pipi kanannya.
Pappp!
Terasa kebas pipi kiri aku, mata aku yang berkaca tadi mula jadi hujan yang lebat. Aku pandang Emi, tak ada rasa bersalah langsung terbit di riak wajahnya. Aku beralih ke muka Syakila, dia tersenyum sinis. Arh perempuan jahanam.
Aku menangis semahu mahunya di bahu Nadia selepas perjumpaan yang tersangat melukakan perasaan perempuanku.
***********************
Oh my gosh! What happen to Emi.
Teruknya Emi ni. Uhuk, maaf terkecam pulak.
Slow update lepasni, sebab dah busy dengan PT3. Stressnyaa jadi mangsa pity3 ni.
Susun sepuluh jari kalau ada typo dan ketercarutan dalam ayat ayat cerita ni. Huhu~ Annyeong and thanks to the readers. Bila free sis update. Sis masih belajar mengarang. Jangan kecam saya .
YOU ARE READING
[C] Crush Aku Suami Aku ?
Random7 tahun dahulu masih jelas diingatan. Tambah lagi bila mempunyai crush yang kau dah pun bagitahu kau suka dia. "Kenapa Nad lari lepas Nad bagitahu Emi yang Nad suka Emi? Nad nak mainkan perasaan emi ke?" -Zulhilmi "Sebab Nad tak tahu apa Nad rasa m...