"Nak buat apa?" Soalku sengaja tanya. "Jual." Selorohnya. Aku gelak. "Berani ke nak jual. Nanti banyak lelaki hantar minang Nad, susah Emi nanti."Acahku sambil membiarkan jariku menari di keypad Iphonenya itu."Diorang tak boleh minang kalau Nad dah jadi milik Emi kan?" Tanyanya. Aku terdiam, cis dia ni memang sengaja.
Emi pov
Aku tersenyum diatas katil sambil membuka whatsapp si dia. Tah kenapa tetiba tangan jadi sejuk. Brr. Aku campak phone ke sebelah kemudian melangkah ke bilik air. Baik solat dulu.
Aku mencapai iphone ku semula. Berkali-kali aku fikir ya atau tidak. Risau weh.
Zulhilmi
Nad esok lepas Rayyan balik, Emi nak lunch dengan NadBluetick..Typing
Nadia Syafiqa
Tak bolehlah Emi, Nad dah janji dengan kawan Nad.Zulhilmi
Syakila nak jumpa Nad.Nadia Syafiqa
Okay tapi kawan Nad pun kena join jugak. Boleh?Zulhilmi
Boleh lagipun Emi bawak kawan Emi jugak.Bluetick..
Hai dah off dah? Baru pukul 12.01 pagi. Aku ketuk kepala sendiri. Sengal, dia sekolahlaa esok. Kau pun satu chat dia memalam buta buat apa.
[ Skip ]
Aku mengenakan tshirt polo dan jeans. Gel diletakkan dirambut. Cermin mata dikenakan terakhir sekali. Okay done.
Aku tengok jam gshock purple. Always be my favor. 11.50 pagi. Nice timing. Aku call Kila, dia pun on the way katanya. Mungkin dalam rumah lagi. Perempuan kan.
Aku buka pintu iswara kesayanganku. Mahal okay. Rabak duit bank aku. Nasib kaulah.
"Nad." Panggilku dari dalam kereta. Berkira sebenarnya nak buka pintu. Aku mengeluh, aduhh stress betul. Aku keluar dari perut kereta dan membukakan pintu untuknya. Dia tersenyum. Haih cair.
"Kita nak pergi mana?" Soalnya. Kawan dia dah masuk dulu dah. Tak perasan.
"Tempat semalam." Jawabku. Hailah Johor aku tak tahu tempat lunch mana bagus. Baru setaon duduk sini. "Okay. Ha lupa pulak. Ni kawan Nad, Sarah." Dia mengenalkan kawannya. Aku hanya mengangguk.
Aku park kereta sebelah kereta viva Kila. Pelik sejak bila aku rapat dengan dia pun tak ingat. Ah pape jelah.
Nad pov
"Kilaaaaaa!!!!!" Jeritku. Ah aku rindu empunya nama. 2 years and half okay aku rapat dengan dia. It's hard to forget about her. Aku memeluknya erat. Dia membalas. Aku rasa ada air jatuh kat pipi. Sedih kot.
"Weh kau pehal sia lost contact dengan aku lepas pindah. Pindah mana pun bukan nak gitau aku. Tup tup cikgu kata kau pindah. Agak aku orang last tau kau pindah agaknya. Bebel Kila sendiri. Ya inilah Syakila yang aku kenal.
"Ei makcik ni ingatkan dah insaf. Rupanya lagi panjang. Serious kalah mak aku woi." Jawabku sambil memeluknya lagi.
"Jawablaa makcik, aku tanya ni. Sampai hati kau buat centu kat twin sehidup semati kau." Marahnya. Dia lawa, putih lagi. Bezanya aku gelap sikit. Mana taknya kalau dah sibuk dengan aktiviti sukan sekolah. Ehh aku olahragawati tau. Jangan macem macem.
"Okay okay aku cerita but kena isi dulu perut ni, baru boleh cerita." Selorohku. Haish tahan lapar dari tadi kot. Sebab apa? Sebab brr takda rasa nak makan.
"Okay dah kenyangkan?" Soal Kila. Aku geleng. Dia buat muka. Aku gelak. "Okaylah ceritalah ni. Cerita dia macam ni." Ujarku.
(Flashback aje kerja)
"Nadia, nanti ayah kena pindah Johor. Ayah dah gitau ibu. She said what's good to you. So what's your choice?" Soal ayah aku. Encik Muhd Shahrul. Seriau aku dengan bapak sendiri. Tapi dia manjakan aku. So tak apelah kan?
YOU ARE READING
[C] Crush Aku Suami Aku ?
Random7 tahun dahulu masih jelas diingatan. Tambah lagi bila mempunyai crush yang kau dah pun bagitahu kau suka dia. "Kenapa Nad lari lepas Nad bagitahu Emi yang Nad suka Emi? Nad nak mainkan perasaan emi ke?" -Zulhilmi "Sebab Nad tak tahu apa Nad rasa m...