"Lisa,jaga jaga!"satu suara memberi amaran lewat padaku.aku yang tengah berlari sakan dengan sepupu sepupu yang lain terkejut bila tiba tiba ada bola jatuh dari kayangan bergolek laju ke arahku.aku cuba brek larianku namun...Debushhh.....macam tu ke bunyi bila lutut mencecah lantai bumi?tak kisah lah yang pasti aku dah selamat jatuh tanpa sempat prince charming atau mana mana hero yang dapat selamatkan sang puteri yang berada dalam kesusahan ini.
Adoii!sakitnya.seluar paras lutut aku menampakkan lutut ku yang luka dan berdarah sedikit kerana terjatuh atas halaman rumah opah.uwaaa....ibu!sakit ibu.rentak air mata terus jatuh tanpa bagi salam dulu.siapalah budak bertuah yang dah sepak bola dekat sini.nak main bola mainlah dekat kawasan diorang main ke.bukan ke haritu pak lang dah tetapkan kawasan mana nak main bola,kawasan mana nak lari lari,kawasan mana untuk makcik makcik tingkap yang diketuai opah ku duduk bersembang?ni apesal masuk kawasan larangan ni.Tengok kan kaki aku dah luka.sakit pulak tu.
" Lisa,Lisa okey ke?abang Ajiq minta maaf okey? Tak sengaja."satu suara yang memberi amaran tadi kini kedengaran berbunyi cemas.aku angkat muka.oh,ni lah yang buat kaki aku sakit tadi.takpa lah dia kan dah minta maaf.ibu selalu pesan,kita kena selalu maafkan orang.cuma yang aku tak boleh terima sekarang ni adalah lutut aku tengah sakit.tangisan aku makin lama makin kuat.biasalah,waktu tu umur aku masih lima tahun.lutut luka pun menangis buat macam kaki pula yang kena potong.wajahnya aku jarang nampak tapi rasanya ni sepupu aku.anak mak lang kot.entahlah.ingatan aku waktu ni aku tak bazirkan untuk ingat siapa sepupuku, apa nama dia.aku hanya ingat ada berapa barbie doll dalam koleksi aku.
Tangan yang mengusap di kepalaku membuatkan aku angkat muka.kini ada seorang lagi yang datang padaku yang mungkin bertujuan untuk memujukku.eh,sama!ada dua orang yang sama muka sedang memerhati aku.Budak lelaki yang membahasakan dirinya sebagai Abang Ajiq tadi,wajahnya tampak lebih muda.dan mungkin lebih serius wajahnya berbanding pemilik tangan yang sedang mengusap rambutku yang hanya diikat tocang.aku menghentikan tangisan.terpujuk mungkin dengan usapan itu.kedua dua budak lelaki di depan ku kini sudah berubah riak.Abang Ajiq tadi sudah membuat muka jengkel.tak selesa mungkin bila abangnya berjaya memujuk aku dari terus menangis.manakala yang seorang lagi sudah tersenyum kemenangan sebelum mengambil sapu tangannya dan menyapu darah yang sudah berhenti mengalir.
Dia menapak pergi dan sejak daripada itu,aku tak pernah melihat Abang Ajiq senyum padaku atau membalas senyuman yang aku hadiahkan padanya.tapi aku tak kisah kerana lebih tertarik kepada si abang yang sedang tersenyum manis padaku.
..............................................
"Ibu,tu sepupu Lisa ,kan?kenapa jarang nampak?Lisa tak tahu pun Lisa ada sepupu kembar." aku bertanya pada ibu yang sedang menyapu daun daun kering di halaman rumah.banyak betul daun yang gugur dari pokok mempelam yang tumbuh tinggi di pekarangan rumah opah ini.besar pokoknya.kalau malam malam,aku selalu takut untuk keluar dari rumah sebab tengok pokok ni dah macam pokok pokok yang boleh tercalon untuk dijadikan apartment bagi hantu hantu sekalian alam.mata pula sedang memerhati insan yang aku maksudkan tadi. Dia sedang lincah bermain galah panjang bersama yang lain.aku tidak ikut serta.ada mereka mengajak main tadi cuma aku yang masih takut lutut aku kembali berdarah.takpalah,tengok kat tepi pun boleh sambil tengok budak kacak main.hihi.
"Ooh,yang tu ke?diorang ada je cuma Lisa ja yang tak perasan.budak dua orang tu pun jarang balik sini.sebab kena ikut mak lang jaga butik.ni pun mak lang tutup butik diorang.kalau malam pun,keluarga mak lang tak tidur sini sebab kampung yang satu lagi dekat dekat sini je.sebab tu lah Lisa jarang nampak kot.". Ibu ku menjawab terang lagi nyata.
" yang sorang tu nama dia Haziq"sambung ibu tanpa sempat aku bertanya.macam tahu tahu aje ke mana hala tuju soalan aku.aku cuma nak tahu nama je.tapi bukan yang pakai baju biru tu,tapi baju merah tu,si abang.tapi takpalah ibu dah kasi tahu sendiri.ooh,Haziq.patutlah panggil Abang Ajiq tadi.
"Yang seorang lagi pulak?" aku pancing ibu untuk mengetahui namanya.harap harap ibu tak perasan.
"Hafiz." jawab ibu pendek.aku senyum.
YOU ARE READING
Yang Mana Satu?
Teen FictionTHIS IS NOT A FANFIC. BOLEH BACA CHAPTER YANG BELAKANG BELAKANG. CHAPTER DEPAN SEMUA VERSI BUDAK BUDAK TULIS 😂 Alisa Shafirahani. Dia gadis biasa. Contengan warna pada lembaran hidupnya tidaklah seindah ratu kayangan. Tidak semanis Cinderella. Be...