Badan aku menggigil teruk. Rasa sakit seluruh badan. Walaupun hanya kipas yang aku pasang, still rasa sejuk sangat sangat. Air hidung yang mengalir aku kesat dengan sapu tangan banyak kali.
Air hidung mengalir, jangan tanya aku mata aku kenapa ikut mengalir sekali. Aku dapat rasa mata aku hampir bengkak akibat terlalu banyak menangis. Sampai aku tak sanggup nak bukak mata. Tak larat.
Saat ini aku teringat akan ibu. Tetiba je berkumandang lagu ibu yang mendayu hati tuh. Nama pun bongsu, aku dah balik kepada perangai asal. Manja. Perlukan seseorang ada dengan aku. Memang benar kata orang yang bila kita sakit, cepat sembuh bila ada dengan orang tersayang.
Tapi masalahnya, 'orang tersayang' yang betul betul wajib ada dengan aku sekarang ni dah jadi pengoyak hati wanita kelas pertama. Bukan takat curi je, koyak hati aku siap. Kejam sungguh.
Hampir setengah jam kemudian, aku mula rasa sebak kembali. Dibiarkan sakit seorang diri begini, buatkan aku rasa sensitif sangat. Sampai hati Haziq tinggal aku. Sampai hati dia tak peduli dekat aku. Sampainya hati awak, Haziq.
Berseorangan sambil terseksa begini, buatkan aku tak sedar bila aku terlena. Sedar sedar sahaja namun masih tak membuka mata, aku dapat rasa aku berada dalam pelukan seseorang. Badan yang menggigil tadi patutlah sudah berhenti.
Serta merta aku berfikir. Haziq ke? Dia datang peluk aku ke? Aku buka mata sedikit. Rasa berat. Aku tak dapat nak buka mata sepenuhnya. Dan figura di hadapan aku ini lelaki. Tapi waktu itu gelap. Aku tak nampak apa apa. Hanya bayangan.
Jatuh lagi air mata aku. Aku sembamkan wajah aku ke dadanya. Mulut aku meracau racau perlahan. Marahkan Haziq. Aku yakin lelaki di hadapan aku ini Haziq. Aku dah tak kesah kalau ada kemugkinan yang ni bukan Haziq. Pencuri yang masuk dalam rumah aku ke. Tapi aku kenal pelukannya.
Haziq lalukan tangannya memeluk aku dengan lebih erat. Hampir sebulan kami dingin aku jujur katakan yang aku tersangatlah rindukan dia. Tangan yang sebelah lagi naik menyeka air mata aku.
"Jangan nangis. Dah makan ubat belum?"
Suara dia menenangkan aku. Meskipun tak terlalu lembut, namun menenangkan aku. Aku akui yang aku dah benar benar jatuh cinta dengan suami aku. Baju dia aku genggam. Jangan pergi.
Aku geleng kecil sebagai jawapan kepada soalannya. Mana sempat makan. Aku terlalu sibuk layan perasaan sangat. Aku terkesan teruk mungkin sebab tak ada pengalaman kecewa dalam bercinta. Sebab tu pengalaman mematangkan seseorang.
Dia tepuk bahu aku. Aku yang makin berat mata terpaksa sedarkan diri kembali.
"Bangun. Makan ubat. "
Aku pejamkan mata kembali. Mengantuk. Tak nak makan ubat. Nak tidur. Nak tidur sementara Haziq still ada dekat sebelah. Sebab aku tahu yang aku takkan tidur lena tanpanya.
"Bangun Fira. Nanti demam kau tak kebah. "
Dia angkat badan aku. Mata aku yang sudah dapat menyesuaikan dengan suasana gelap di sekeliling, mula nampak wajah Haziq. Aku juga nampak ada beberapa bungkus plastik ubat dan air kosong dalam gelas kaca di atas meja kecil. Haziq suakan roti kepada aku.
"Makan ni. Perut kosong nanti muntah balik ubat."
Aku geleng kepala. Namun Haziq buka juga plastik roti. Dia suakan pada aku. Terpaksa aku ambil. Dua kali suap aku sudah berhenti. Rasa roti yang lalu di tekak terasa sangat pahit. Perut pun dah tak nak terima apa apa lagi.
Selepas telan beberapa biji ubat, Haziq mengarahkan aku untuk kembali tidur. Aku pun dah tak larat lagi nak bukak mata. Kesan ubat sudah mula terasa. Aku baringkan badan dan tarik selimut menutup badan hingga ke leher. Haziq hanya berteleku di sebelah.
YOU ARE READING
Yang Mana Satu?
Teen FictionTHIS IS NOT A FANFIC. BOLEH BACA CHAPTER YANG BELAKANG BELAKANG. CHAPTER DEPAN SEMUA VERSI BUDAK BUDAK TULIS 😂 Alisa Shafirahani. Dia gadis biasa. Contengan warna pada lembaran hidupnya tidaklah seindah ratu kayangan. Tidak semanis Cinderella. Be...