Fuh!lawa gila kompeni besar ni. Tengok syarikat bawah dia pun boleh jatuh rahang,apatah lagi yang induk ni kan. Memang aku dah nampak macam mana sistem pengurusan dekat sini berfungsi. Pak cik guard pun nampak kemas lain macam.
Kereta saudara saudara aku yang sudah sedia diparking di kawasan letak kereta aku pandang. Maklum yang mereka juga akan menyertai meeting kejap lagi. Rindula jugak. Jumpa pun last waktu aku kahwin haritu. Oh,baru teringat. Aku kahwin dah noh.
Kami masuk disambut sepupuku, Haikal merangkap anak pak long. Lelaki macho ni pun ada kisah tersendiri .sangat membantu dalam membina kejayaan kompeni ni. Baru ni aku dengar dia berjaya mendapat tender bernilai jutaan ringgit.
"Assalamualaikum. Fahmi,kau bawak Lisa jugak kenapa? Budak kecik mana boleh bawa meeting. Nanti pecah pasu bunga dia buat main. Bukan boleh percaya sangat budak ni."
Aku bulatkan mata sepetak petaknya.korang mesti dah set kata aku ni selalu kena buli kan?kat rumah kena.kat kompeni kena.meh nak kasitau.
Aku kan paling muda dalam keluarga.diorang usik sebab diorang sayangkan aku. Best kan?tapi memang parah bila jadi kes camni. Sekarang bukan aku yang muda dah. Tu, Haikal ni pun dah ada anak yang comel.so title paling muda dah bertukar takhta.
Aku baru nak bukak mulut bila Abang Fahmi memintas perbualan ini.
"Waalaikumussalam.aku baru sampai kau dah sembur macam macam. Saja aku bawak Lisa. Harini dia baru nak start kerja."
Abang membalas selamba. Nasib baik dia tak join mengusik aku. Kalau tak memang aku bebal tahap duduk bersila atas lantai lobi tak mau bangun."Abang kenapa? Lisa bukan budak kecik okay? Sukati dia je nak tuduh orang. "
Haikal hanya membalas dengan jongketan kening nakal. Tu macam nak membawa maksud 'sukahati akulah'. Dah hidup lama agaknya,tu yang sanggup cari gaduh dengan aku.
"Oh, Lisa dah kerja rupanya. Lepas ni bolehlah abang selalu pergi kompeni Fahmi. Nak cuci mata tengok Lisa. Mesti anak buah Fahmi pun semangat nak pergi kerja bila ada Lisa."
"Abang Haikal sanggup ke?"
Aku bertanya.
"Sanggup apa?" Dia kerut dahi. Pelik dengan soalan aku yang macam terkeluar tajuk.
"Sanggup ke kena campak Kak Dayah belakang longkang semata mata nak tengok Lisa? Jangan main main bang. Repot karang."
"Eh jangan jangan. Kesianla dekat hati abang kalau Kak Dayah campak abang. Mana boleh abang pisah dengan cinta hati intan payung kesayangan abang."
Terus pecah tawa aku dan Abang Fahmi. Langsung tak anggap kata kata Haikal satu gurauan. Siapala yang tak maklum dengan kebahagiaan yang dikecapi lelaki di hadapanku ini. Kebahagiaan memiliki pasangan yang sejati.
Sememangnya aku selalu juga mendengar Kak Dayah yang bercerita tentang kesetiaan Haikal. Dalam hati tidak lupa untuk aku mendoakan supaya Allah tidak menarik kembali nikmat itu.
"Tak apalah. Jom masuk dulu. Ramai jugak yang dah sampai."
Haikal mempelawa.
⛄
Aku melilaukan pandangan ke seluruh kawasan tingkat lapan. Dah round banyak tingkat memandangkan aku tengah tak ada kerja sekarang ni. Habis cleaner pun aku ajak sembang pasal pasu bunga tepi lif ni. Abang Fahmi hilang entah ke mana. Orang sibuklah katakan.
"Lisa?"
Terus kaki yang melangkah terpaku bila satu suara datang memanggil aku dari belakang. Abang Hafiz.
YOU ARE READING
Yang Mana Satu?
Teen FictionTHIS IS NOT A FANFIC. BOLEH BACA CHAPTER YANG BELAKANG BELAKANG. CHAPTER DEPAN SEMUA VERSI BUDAK BUDAK TULIS 😂 Alisa Shafirahani. Dia gadis biasa. Contengan warna pada lembaran hidupnya tidaklah seindah ratu kayangan. Tidak semanis Cinderella. Be...