Bab 16

271 16 2
                                    

Teruk aku menjerit.sekali dengar macam anak tarzan.dua kali dengar lagi macam bapak tarzan.Haziq yang berdiri berdekatan sahaja dengan katil laju menerpa ke arahku.Tangannya menekup mulut ku yang ternganga luas.

"Weh,kau dah gila,ke?Malam malam buta macam ni menjerit tak tentu hala.tak pasal pasal orang lain ingat kau sakit kena dera dengan aku.dalam rumah ni,bukan kita saja yang ada."

Aku renung dia tak puas hati.Dia yang buat aku takut, tanya aku gila ke tak? Aku cuma tak waras sikit bila duduk dengan kau je lah.tangannya yang masih rapat menekup mulut aku tepis dengan tangan.nak meleleh air liur tau tak,tahan lama lama.

"Yelah,awak tu yang dah takutkan saya.suka suka hati je tukar baju depan orang.saya ingatkan awak nak buat benda tak elok dekat saya.saya jerit jelah.ibu saudara belah ayah tiri kawan baik adik kawan saya yang dah pindah dekat Selangor tapi sekolah kat Kedah tu cakap,kalau takut orang buat jahat dekat kita dan tak tahu nak buat apa,jerit lah.nanti orang lain boleh dengar dan mereka akan tolong kita.kes selesai."

Aku jawab penuh yakin dan bergaya membentangkan hujah hujah kenapa aku perlu sampai ke tahap wajib menjerit tengah malam ni.

Wajah dia yang masih tunjuk jengkel bertukar nakal.ah,sudah! Dia ni dah kenapa.tadi aku rasa elok je marah aku tak tentu pasal.aku cari barang barang yang boleh diguna pakai waktu mempertahankan diri.ah,lingkup.

Mana ada barang keras atas katil ni.atas meja tepi katil ada jam loceng tapi macam jauh sangat nak ambik.ada jugak phone aku tepi bantal akhirnya.tapi hanya akan aku gunakan untuk call 999 saja sebab aku sayang la pulak kalau nak guna untuk pukul kepala Haziq. Weh,ganasnya sampai tahap kepala.ala,aku acah aje.cepat betul melatah.last last aku ambik bantal untuk aku peluk dan sebagai perisai.

"Oh,takut aku buat apa apa ya. Thanks atas idea yang diberi,my dear.tadi waktu nak salin baju langsung tak terfikir.Kau pulak yang lagi faham ye." Dia dekatkan jarak antara kami.Aku dah standby dengan tindakan yang sama macam tadi tapi lagi kasi gegar satu rumah terus.

"Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!"

Sekali lagi dia kalut menekup mulut aku namun lebih kuat dan kemas pegangannya.wajah kacak dia berubah cemberut.merah menahan geram padaku.tangan aku cuba melonggarkan tangan lelaki itu tapi gagal.manalah kudrat seorang puteri cantik ini yang sepatutnya menghayun buaian dapat menandingi kudrat Haziq yang serupa macam Hagrid dalam cerita Harry Potter tu.

Tiga puluh saat.seminit.dua minit. Dua minit satu saat..

Aku dah tak tahan.Lemas diperlakukan sebegitu rupa apabila dihalang menghirup oksigen yang terlepas bebas ke udara.Allah bagi aku udara,dia boleh pula main tekup tekup macam ni.Dengan kekuatan gigi aku yang selalu diberus menggunakan ubat gigi Colgate ditambah dengan tuannya yang selalu minum susu pagi pagi,aku gigit sekuat hati tangan kanan dia tu.pembetulan.taklah sekuat hati. kalau tangan tu dah naik biru,nanti terpaksalah ada scene sweet aku kena suap dia makan.uih,takmau takmau.

Laju dia tarik tangan sebelum menyeringai kesakitan.Ha, nampak tak?kuat jugak aku gigit.

"Tahu sakit?Buat lagi macam macam kat saya."

"Kau ingat aku nak sangat ke buat macam macam kat kau.tengok kau pun tak lalu.ke nak suruh aku ulang semua ayat dalam novel kahwin paksa yang berlambak tu,kata yang aku takkan sentuh kau bla bla bla tu?" tanya Haziq sambil bangun dari katil tempat dia duduk tadi.

Baju pijama diambil dari dalam almari yang kini sudah menempatkan baju kami berdua. Mama yang suruh.kalau tak sampai bilalah aku biar baju Haziq tu dalam bagasi mahal dia tuh.sejak dua minggu lepas,aku dah start panggil maklang mama.Sebagai langkah awal melangkah ke gerbang perkahwinan katanya.ikut suka mamalah.mama nak suruh Lisa panggil abang dekat maklang pun Lisa panggil.menantu mithali lah katakan.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now