Bab 5

304 24 7
                                    


"Dah jangan buat lawak hambar kat sini.Ada apa abang datang sini?" aku alihkan topik perbualan.takut jugak kalau kalau dia dapat baca apa yang ada dalam hati aku nih.mau aku tukar salasilah keluarga sebab tak nak tujuh keturunan aku dapat malu yang Nek Lisa diorang jatuh cinta yang bertepuk sebelah tangan,sebelah kaki,telinga,ginjal dan semua organ badan yang ada pair lah.

" Ohh,lupa pulak.jom ikut abang beli barang yang mak suruh beli.Lisa nak jalan jalan lepas tu pun abang bawakkan.Bolehla teman abang,kat rumah dah takde orang.Fahmi pun keluar tadi "Dia memujuk.Aik,sejak bila rumah takde orang,bukan ke aku nampak budak Iskandar masuk rumah ke tadi.Abang Fahmi pun ada tadi,sempat pulak dia tegur aku sebelum masuk rumah.takkan dah keluar balik kot.aku tenung dia.kalau dia nak tipu aku semata mata nak ajak buat teman,mesti ada apa apa ni.Nak culik aku ke?kalau nak bawak kahwin lari kat siam,tak payah buat alasan,siap haribulan aku yang culik dia.Satu lagi fikiran nakal aku menjengah,dia ajak aku dating ke?Arghh,cepat cepat aku cantas sangkaan tu.

" siapa yang pergi sekali kalau Lisa ikut abang? "Berani dia nak bawak aku sorang je.suka suka aku pun mana boleh usung ke sana sini.muka dia berubah.Wajah yang teruja suram sedikit sebelum dipulihkan seperti biasa.

" Tu,,boleh? "Dia halakan jari telunjuk kepada adik sepupu aku,Aqilah yang sedang bermain bola dengan anak jiran sebelah.Budak berumur dua tahun tu aku pandang.Hmm,boleh jugak.fikiran aku berkira kira.Keluar dengan lelaki bawak budak dua tahun je.Tak boleh jadi nih. Buatnya Aqilah tidur dalam kereta macamana?Mau beku aku dlm kereta bila duduk dengan Abang Hafiz saja.Otak aku merencana benda nakal.Nak kenakan si dia.Ohh,suka perempuan lain ye...

" Boleh lah "jawapan yang berjaya membentuk satu senyuman manis di wajahnya.

" okey,Lisa pergi siap"dia mengarah laju.terus langkah nya diatur masuk kedalam rumah.

"Eh ,kejap bang.Lisa nak bawak orang lain jugak boleh?" aku mula menjalankan misi jahat aku.

"Bolehla, janji lisa ikut." dia yang dah tak sabar sabar nak pergi brsiap menjawab alakadar yang aku kira jawab tanpa berfikir pun.Hehe,tanduk naik atas kepala.Hafiz, silap besar kau setuju aku bawak orang.aku gelak jahat.Pandai ye pilih budak dua tahun...

.....................................

Aku senyum lucu.sengaja aku tahan
gelak aku semata mata sebab budak Aqilah yang dah terlentok di riba aku.Kan aku dah cakap.budak ni mesti dah tidur.untuk menyelamatkan diri,aku dah buat tindakan paling bijak bagi mengelakkan aku berdua saja dalam kereta ni.Dan tindakan aku yang berniat nak kenakan dia berjaya dengan cemerlang bila muka orang sebelah dah bertukar sebijik dengan muka orang sembelit,bak kata pepatah,mcm ayam berak kapur.Tengok,aku siap boleh kait dengan peribahasa lagi.tangannya aku lihat sesekali menekan nekan stereng,tanda geram lah katakan.

Aku pusing badan ke belakang.kereta exora milik pak lang ni memang cukup,malah lebih cukup untuk kami tiga orang yang hanya mengambil ruang hadapan sahaja.tapi dah jadi macam tin sardin bila aku dah tambah dengan lapan sepupu kecil kami yang ada tanpa mengira jantina .dah nama pun padat,memang merata lah budak budak ni duduk sebab sempit punya pasal.duduk dekat bawah pun ada.ada yang tengah main game dari smartphone Abang Hafiz yang dirampas,ada yang lawan main enjit enjit semut,dan tak kurang yang lawan lompat siapa yang paling tinggi.seronoklah bila abang sepupu diorang terpaksa bawak semata mata aku yang sangat jahat ni.Kereta ni dah bergoyang goyang bahana lompatan yang dibuat.

Aku geleng kepala lagi sambil tersenyum buat ke berapa ratus kali entah.Hai,indahnya kali pertama dating dengan Abang Hafiz.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now