Ish,mana lah pergi si Haziq ni.tadi kata nak minum air.Tarik aku bagai. Last last dia yang hilang.takpe takpe, aku pun boleh hiduplah kalau takde kau nak minum air.Tengok,chef Lisa nak beraksi bancuh air.Langkah pertama,jalan ke dapur. tapi sebelum tu kena kira tapak. satu, dua, tiga, enam belas, dua puluh tujuh, dua puluh tiga.yeay, dah sampai.dua puluh tiga tapak.besar jugak dapur rumah aku ni.
Langkah kedua,ambik gelas. Ambik yang paling gedabak sekali. Baru puas minum.
Langkah ketiga, air kenduri yang diorang sedia kan ada.atas meja ada air bandung,sirap dan air oren.tuang je mana yang kau nak.haha,aku gelak jahat dalam hati.malas betullah kau ni Lisa. Sedar tak yang sekarang ni kau dah jadi bini orang. Perangai masih tak semenggah lagi.
Sambil minum,aku ingat ingat balik majlis yang baru sahaja berlangsung tadi.sangat meriah.semua kawan U aku datang,tu tak termasuk sekolah menengah lagi, tadika pun ada. Dapat aku rasa tangan Haziq yang erat memeluk bahu aku bila peminat peminat aku dekat U tunjuk muka. Macam mana Haziq boleh tau pun aku tak de jawapan.mungkin dia faham kot cara lelaki lelaki itu tengok aku.apa orang cakap,eyes can talk. Ha, yangtu lah.
Cuma seorang je ahli keluarga terdekat yang langsung tak tunjuk muka.Abang Hafiz. Rasa bersalah aku langsung tidak berkesudahan. Tapi sebelum melakukan semua ini,aku juga masih memikirkan dirinya. Pada akhir pertemuan aku dengan maklang, sudah aku ceritakan pada wanita itu tentang kami. Aku meminta maklang menceritakan apa yang terjadi padanya. Memberitahu lelaki itu bahawa aku langsung tidak bertujuan untuk menyakiti hatinya. memusnahkan impiannya. Tapi untuk menghalang aku,aku masih belum miliknya. Dua hari selepas itu, Abang Hafiz sendiri menelefon aku, berkata bahawa dia rela melepaskan aku.
Aku sendiri tak faham dengan keputusan yang diambil.Niat sebenar aku hanyalah untuk membantu maklang dalam hal ni.tapi timbul kegusaran dalam hati, tentang wanita tadi. Kenapa aku rasa macam kenal je dia? Pernah tengok.tapi kat mana yaa? Entah entah cikgu tadika aku time kecik kecik dulu.ke kembar aku? Sebab dia cantik.tak ke macam aku?mulalah aku melalut tak tentu pasal.
Dah habis minum,aku bergerak ke sinki untuk membasuh gelas.rajin kan? Terasa seperti ada seseorang yang berdiri dekat di belakang aku. Siapa ya..perlahan lahan aku pusingkan badan macam dalam movie genre seram tu.
"Cakk!"
Allahu,kus semangat.budak Najihah ni suka buat den terkezut macam ni. Buatnya ada penyakit jantung macam mana?aku ni pengantin baru tahu tak.baru plan macam macam nak kenakan si suami tu.tup tup dah goal.haih.Lengannya aku cubit sampai menyeringai kesakitan.
"Adoi,sakitlah kak.garang betul kakak ipar jiha ni.habislah angah kena cubit hari hari dengan Kak Lisa." ujarnya tersengih sengih nakal sambil usap lengannya yang dah naik merah.
"Padan muka.kacau orang lagi. akak ni bekas tentera darat tau tak.tu yang garang sampai kecut perut Jiha.
pantang Melayu berundur. heh.. ingatkan siapa lah tadi." sambil itu aku tenyeh hidung sambil angkat lengan aku yang ditutup dengan busana pengantin cantik untuk tunjuk otot aku yang pastinya langsung tak naik."Hek eleh.tentera darat konon. umur pun muda lagi.kelentong kata dah bersara.lagipun akak garang sekarang je kan. Malam ni kecut balik.malam pertamalah katakan..." Dia meleret leretkan suara nakal sebelum melarikan diri ke ruang tamu.
Kureng!tak lawaklah Jiha!Boleh pulak dia lari.Tunggu,tunggu kau Jiha.Entah entah malam ni aku lari pergi tidur bilik dia.Lagi okey,boleh lari dari rimau Haziq tu.
Aku panjat tangga rumah untuk naik ke bilik.Baik tukar baju.rimas betullah.tambah tambah aku pakai dekat dua tiga jam.mau miang satu badan.
Baru sahaja nak pusing tombol pintu bilik,aku dengar satu suara berkumandang berdekatan bilik tetamu yang hanya terletak sebelah bilik aku.Bilik ini memang jarang digunakan.Aku pelik.
"Kau dengar sini.Aku takkan diam diri,tunggu macam tunggul kayu. senang senangnya kau ambik Lisa dari aku. Kau pun tahu aku suka Lisa
kan?Buat masalah,suruh orang lain jadi kambing hitam!"Suara itu tegas menjerkah.aku terasa bagai kaki diketuk paku sehingga terbenam ke tanah.Dia cakap pasal aku?Maklum yang itu suara Abang Hafiz.
"Weh,rileks bro!kalau aku dah selesai masalah,aku bagi balik Lisa kau tu!" satu suara lain membalas sinis.
"Kurang ajar!"
Aku berjalan ke arah bilik tamu itu.Berdiri di hadapan pintu bilik yang tidak tertutup.Di sudut bilik,Abang Hafiz sedang mencekak leher baju pengantin Haziq yang ditolak rapat ke dinding.Aku nampak Haziq yang baru ingin membalas kata kata abangnya berhenti apabila menyedari kehadiran aku di daun pintu.
Abang Hafiz pusing kepalanya. terus wajahnya yang garang bertukar.wajah simpati dia hulurkan padaku.sementara Haziq di belakang hanya tersenyum sinis.
_____________________________
Aku hempaskan badan ke atas katil yang berhias indah.cantiknye.kalau hari hari tidur atas katil macam ni, memang tak bangun dah aku pagi esok.tidur atas toto yang hanya atas lantai tu pun aku balun sampai sebelas pagi.amacam,hebat tak?
Ada orang buka pintu ,terus aku terbangun 90 darjah.terkejut punya pasal.wajah Haziq yang terpacul membuatkan aku menarik nafas lega.nasib baik bukan orang lain.
Jantung aku dah mula berdegup kencang. Tak biasa berkeadaan berdua seperti sekarang. Haziq hanya mengerling aku dari ekor matanya sahaja.jujur aku cakap. sumpah tak selesa walaupun tadi kami duduk bersama hampir seharian.
Tudung aku pun aku tak buka dari tadi.sebagai langkah berjaga jaga. walaupun aku tahu seluruh aurat tubuhku sudah halal untuk dilihat olehnya.
Dia kulihat bergerak ketepi katil. meletakkan butang baju Melayu yang dipakai sejak solat isyak tadi. Tangannya pula lincah menyelak baju melayu.nampak macam dia nak salin baju.
Aku mula dirundung gelisah.peluh dingin pun rasa macam nak keluar je dari badan.ish,dia nak buat apa ni?jangan main main.aku masih perawan lagi tau.
Tangannya yang sudah menarik baju tersebut makin ke atas buatkan aku semakin takut.yang aku mampu buat ialah..
"Arghhhhhhh!!!
Menjerit sekuat hati yang aku mampu.
YOU ARE READING
Yang Mana Satu?
Teen FictionTHIS IS NOT A FANFIC. BOLEH BACA CHAPTER YANG BELAKANG BELAKANG. CHAPTER DEPAN SEMUA VERSI BUDAK BUDAK TULIS 😂 Alisa Shafirahani. Dia gadis biasa. Contengan warna pada lembaran hidupnya tidaklah seindah ratu kayangan. Tidak semanis Cinderella. Be...