Bab 41

199 10 0
                                    





Hafiz's POV

6 November 2016 (flashback)

Aku lambung kunci kereta sambil menyanyi perlahan. Rasa bahagia bila dapat kereta baru. Tak sangka balik cuti sem ni tup tup dapat hadiah. Ingatkan dapat benda kecik je. Haziq pun dapat. Kira okeylah papa bagi hadiah untuk birthday kali ni.

Haziq habis belajar awal sikit dari aku. Ceh, aku abang. Dia yang dapat kerja dulu. Dikurniakan seorang adik, sahabat, satu muka memang sangat membahagiakan. Terima kasih Ya Allah bagi aku Haziq. Kitaorang suka buat benda berlainan. Sebab tu aku akui kata orang orang tentang kembar ni memang selalu bergaduh.

Tapi korang jangan salah paham. Kami memang sweet. Tapi sweet cara lelakilah. Sekarang, bila dah besar,dua dua buat gaya cara sendiri. Tak macam dulu. Mama sikit sikit beli baju sama. Seluar sama. Mainan sama. Memang kalau kembar ni suka benda sama ke? Aku rasa mama cuba nak elakkan kami berdua berebut benda so beli lah dua dua sama. So tak boleh nak kata apa.

Bunyi noties WhatApps menyentakkan aku yang baru nak masuk ke dalam lif. Lif hotel. Kenapa aku ada dekat sini? Entahlah. Tanya Haziq. Dia yang suruh aku datang hotel ni pukul satu pagi. Aku pun pelik pagi pagi buta suruh aku datang hotel. Dia hanya hantar text pendek je. Tak call aku pun. Bila aku balas balik, dia tak respon apa apa. Hanya bluetick jer. Adik tak gune.

Tapi aku gagahkan diri jugak datang sini. Sebenarnya aku pelik jugak Haziq tak balik balik rumah. Dia kata nak pergi minum dengan kawan. Sampai mama pun bising. Aku tahu mama risaukan Haziq. Mama boleh tidur lena pun bila aku bagitau mama yang sekarang Haziq ada di hotel. Room nombe 113.

Persoalannya, Haziq sakit ke? Sampai tak boleh balik rumah. Tidur hotel? Ke dia mabuk? Kalau sungguh,biar aku debik sampai pengsan. Berani nak minum air kencing syaitan yang buatkan amalan tak diterima selama empat puluh hari tu. Nauzubillah. Aku tahu Haziq takkan sentuh benda haram tu. Paling busuk minum dengan kawan dia dekat kedai mamak depan taman rumah kitaorang. Kalau nak standard sikit dekat kafe. Tahu sangatlah.

Boleh jadi dia pergi dating dengan Wardah,perempuan tak cukup kain tu. Gedik je lebih. Aku tak tahu macam mana Haziq boleh sangkut dengan dia. Nak kata cantik memanglah cantik. Entahlah. Aku tak tahu kenapa aku rasa Wardah tu tak menarik.

Mungkin sebab aku dah tak pandang perempuan lain dah. Hanya Alisa. Ya. Gadis manis yang satu. Gadis yang sentiasa menggetarkan hati aku. Dia buat aku angau. Gadis ini yang buat aku marah Haziq bila aku nampak mata dia pandang Lisa. Entahlah. Walaupun aku tahu yang dia dengan Wardah,aku still takut.Aku takut kami suka gadis yang sama. Macam mana dengan hubungan kami kalau terjadi perkara ini.

Sayang. U ada di Malaysia ke? Dtglah kolej I. Miss u babe.

Hafiz. Kita jumpa nak?

Er, sorry.wrong number. BTW, i'm Mia. You?

Aku rengus perlahan. Perempuanlah. Manalah diorang dapat nombor aku ni? Pandaila wrong number. Saja cari alasan. Banyak betul mesej dari perempuan mana entah. Ada yang kawan sekolah menengah pun tak habis nak kejar aku lagi. Ada jugak kawan Wardah. Wardah yang bagi nombor aku dekat diorang. Kawan dia bukannya sikit. Diorang tergoda dengan Haziq, tapi dah Haziq Wardah punya, so memandai pergi promote aku.

Nak buat macam mana.Aku akui aku dengan Haziq memang stok hot dekat kalangan girls di sini. Bukan nak riak. Haha. Tapi aku tak pernah layan. Rimas lagi adalah. Kenapalah diorang tak cantik macam Lisa aku? Kenapalah diorang tak sopan macam Lisa aku? Waktu aku dengan Haziq kecik lagi pun dah direbuti ramai. Asal jumpa kami je nak peluk. Nak dukung. Nak cium.

Lif berhenti di tingkat tiga. Aku berjalan terus mencari bilik 113. Bilik itu terletak paling hujung. Bunyi tapak kasut aku langsung tidak kedengaran apabila memijak karpet lantai hotel yang menyerap bunyi untuk keselesaan pengguna. Salah satu strategi business hotel.

Sebelah tangan aku masukkan ke dalam poket seluar sementara yang sebelah lagi aku ketuk pintu mahal itu. Sudah terbiasa dengan suasana hotel ini kerana aku kerap kali juga menginap di sini.

Aku ketuk lagi bila pintu masih belum dibuka.

Ketuk lagi.

Dan akhirnya pintu terbuka.Fikiran aku yang mulanya kosong diisi perkara tak berfaedah mula bergelora dengan pelbagai sangkaan tidak enak.

Di hadapan aku berdiri Wardah.

Wardah.

Dia dengan hanya kain tuala yang dipakai longgar. Menampakkan bentuk badan yang sangat seksi. Rambut terlepas kusut. Aku kesan ada air mata di kedua dua pelupuk matanya yang terbentuk cantik. Tangannya terketar ketar memegang tombol pintu.

"H-Haziq. "

Dia hanya mengeluarkan satu kalimah sahaja kemudian dia mula menangis dengan teruk.

Aku sedikit tak percaya.

Dan aku cuba tak nak percaya.

Aku benci bila otak aku memaksa aku untuk percaya apa yang akan terhidang di hadapan mata aku sebentar sahaja lagi.

Aku kalihkan mata aku dari melihat dia. Kaki aku laju melangkah masuk dengan tangan kanan yang sudah menggenggam buku lima. Di situ bermula detik aku bencikan adik aku sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 23, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now