Bab 1

412 21 4
                                    

Langkah ku ayun semakin perlahan.Panas hari ini luar biasa.Aku membetulkan beg sandang berwarna merah yang setia menemani aku hampir tiga tahun .Wajarlahkan,aku menyayangi beg yang dihadiahi oleh rakan paling baik pernah aku ada,Zara.

Makkkk!!!!

Jantung berhenti berdegup.Masa seolah berhenti.Hampir bergolek mata aku terkeluar bahana terlalu memerhati ciptaan Tuhan paling handsome pernah aku tengok.Sang jejaka ralit bermain bermain bola sepak bersama sepupuku yang lain.Ya,dia sang jejaka yang aku puja dalam diam juga merupakan abang sepupuku.Anak mak long.

Waktu ni lah nak cover ayu!Aku melangkah penuh sopan waktu nak melintas tepi kawasan mereka bermain.Rumah opah sudah tinggal beberapa meter sahaja untuk aku ke sana.Tiba-tiba......

Makkk!!!diikuti Arghhhhhh!!!Sakit.

Dua kali aku berzikir nama mak.aku menjerit menggegarkan kawasan kampung.kaki yang ku atur tadi telah selamat terpelecok sebelum berdarah sedikit akibat terlanggar pasu bunga Mak Cik Milah yang tumbuh segar di tepi rumahnya.Aku terduduk.Mata aku panah tajam kepada pokok bunga tersebut sambil hati aku sibuk menyumpah seranah.

Tanpa aku sedari,jeritan ayu ayu manja aku rupanya sampai ke telinga para pemain bola sepak berdekatan.Habis aku digelakkan.Ahhh.Geram.Aku tundukkan kepala membelek kaki aku.Ish.Langgar sikit je pun.Berdarah siap.Aku geleng kepala.

"Lisa okey?" Abang buat suara prihatin nya.Tangan dihulur untuk membangunkan aku.

Aku tampar tangannya."eleh,prihatin konon.padahal abang yang gelak paling kuat tadi,kan?"Aku menghamburkan rasa sakit hati.Namun,tangannya aku sambut jua.Abang aku sememangnya dah dicipta untuk gelakkan aku.Nak buat macam mana kan.

Abang sengih kambing tengok aku.Aku yang memandang ke arahnya terpaku.Bukan kerana tengok wajah abang.tapi sebab aku nampak Abang Hafiz yang berdiri tidak jauh di belakang abang sedang memerhati ke arah aku.Kami berpandangan.Namun,sekejap sahaja sebab Abang Hafiz cepat mengalihkan mata dari aku dan terus bermain.Hai,ni yang buat aku tak tidur malam nih gara gara penangan redup matanya tuh.

"Dah ,pegi masuk rumah.Merenung nasib kat sini pulak." abang mengarah .

Jelingan tajam aku hadiahkan buat abang Fahmi terchenta.Aku masuk ke dalam rumah.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now