Bab 20

255 18 5
                                    

"selamat pagi,kami ucapkan.kepada guru dan juga rakan.lalalalilu.lalalalilu lalalalilu lalala."

Aku menyanyi kecil sambil belek majalah dekat meja makan.semua lagu aku balun.lagu tadika yang baru aku nyanyikan tadi merupakan lagu kisah cinta aku dengan first crush.haih,kecik kecik pun dah kenal apa itu cinta.huhu.waktu tu zaman hingus meleleh pun cikgu cantik lari lari tolong lapkan.zaman bila kita buat salah sikit kawan kata kena masuk neraka. Zaman di mana masalah bil air dan elektrik masih tak tertanggung di kepala.

Esok Haziq dah start kerja.aku?hehe.aku dah inform dekat Abang Fahmi yang aku baru nak tengok tengok syarikat.kalau puas hati baru nak kerja.kalau tak ,baik aku tanam anggur je kat belakang rumah Haziq ni.bolehlah sepokok.untung untung boleh buat perniagaaan import eksport.tapi kena duti kastam noh?ke tak?aku pun taktau apa tu duti kastam.yang pasti,ni jawapan Abang Fahmi bila aku cakap dekat dia yang aku setuju nak kerja dengan dia..

"what?Lisa nak kerja?dengan abang?adik jangan main main.hari tu bukan ke ada orang yang beria ria nak tak nak tolong abang.last last sekarang terbalik.apa pasal ni dik?Haziq bagi kau makan apa sampai jadi camni.ke semalam termakan bunga cengkih time makan nasi lemak warung depan tu.abang bukan apa.LIsa bukan boleh sangat pun. Kot kotlah adik penolong pengarah tetiba mintak nak jadi lady tea,tak ke haru macam tu?"

Perghh. Ayat.abang aku ni memang dah lama hidup tu.kesian aku kan.gaya je macam disayangi.tapi sekali jadi macam ni,aku jugak yang merana.

Eh, tapi kalau aku nak start kerja esok,maknanya aku kena rancang nak pakai baju apa.maklumlah diri dah jadi puan.takkan lah masuk kerja orang ingat pelajar mana tersesat nak tanya jalan pulang.ye tak?hmm.apa apajelah.

Sibuk membebel,terasa ada satu tangan mencuit aku dari belakang.aku terjerit kecil.spontan tangan yang memegang majalah naik ke muka.melindungi wajahku.tapi still nampak mata macam ninja tu.

Ish,siapa lah yang yang menyibuk kacau aku ni.tengok,kan dah menjerit.nasib baik jerit kecil,kalau tak memang jeritan tarzanlah yang akan keluar dari mulut aku ni.bila aku pusing belakang...dah tak payah nak saspen pun.siapa lagi dalam rumah ni kalau bukan Haziq.kalau penjahat pun,mesti dia dah hulur parang siap siap.takde maknanya nak cuit cuit bagai.

"kenapa awak ni?awak nak cari apa pulak kali ni.haritu wallet.sekarang mulut pula hilang tu yang tak reti nak bagi salam tu."

Aku membebel dengan hidung dan mulut yang masih tertutup dengan majalah.memang aku selalu macam ni.kalau nervous mesti tangan naik kat muka.selagi tangan tak turun,tu maksudnya nervous tak habis lagi.tapi surelah aku cakap dengan mata terkedip kedip depan Haziq.nak kata terkebil kebil macam buruklah pulak.

Pelik.

Haziq di hadapan aku masih terkaku dengan keadaan aku yang macam tu.kejap kejap dia berdehem kecil,namun matanya masih tak lepas dari merenung aku. tangannya yang sedari tadi diletakkan ke atas meja masih tidak berganjak.membuatkan posisi kami agak dekat.

Terdengar dia berkata sesuatu perlahan.

"berhenti Haziq.kau dah ada Wardah."

"helo Haziq.awak okey ke tak ni?"

Tangan aku gawangkan ke arahnya.beberapa saat kemudian barulah dia seperti sedar sesuatu.badannya didirikan tegak apabila tangan sudah dialihkan.aku geleng kepala.haih,tengah hari pun berangan.baru nak tanya,Haziq dah melangkah pergi.

Aku hantar langkahnya dari jauh sahaja.aku silap dengar ke tadi?tapi dia macam ada sebut nama Wardah.payah jugak kalau bercinta.setiap masa asyik teringat,tapi waktu aku dengan Abang Hafiz tak ada pulak macam tu.

Aku masih senyum walaupun nama seorang wanita lain meniti di bibir suami sendiri.kerana mengetahui bahawa satu hari nanti aku akan jatuh cinta pada suamiku bukanlah di bawah kuasa aku sebagai manusia biasa.

Yang Mana Satu?Where stories live. Discover now