"Shafiqah...! Shafiqah...!" Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telingan Fiq. Pangillah sepuluh kali ke, seratus ke, bahkan seribu kali pun, Fiq tidak akan menjawab kalau nama itu dipanggil oleh sesiapa pun!
'Nama aku Fiq! Kenapa susah sangat mama nak sebut nama itu. Kenapa mama suka sangat panggil nama penuh aku?' Hati kecil Fiq merungut sendiri. 'Aku tak suka nama tu! Nama tu macam nama perempuan! Memanglah aku perempuan tapi tolonglah... kalaulah aku jadi lelaki kan bagus... '
Fiq bingkas bangun dan berdiri di hadapan cermin di biliknya. Dia berpusing -pusing depan cermin. Fiq tersenyum. Puas hati dengan penampilannya petang itu. Seluar jeans, kemeja T kotak-kotak Dan topi di kepala. Rambutnya pendek macam rambut lelaki .Sekali pandang memang orang akan menyangkanya lelaki.
Memang itu yang dia mahu. Dia mahu kelihatan seperti lelaki. Jiwanya jiwa lelaki. Fiq tersenyum lagi sambil membelek kulit pipinya. Cuma satu, kulit wajahnya yang putih bersih, licin tanpa secalit bedak itu tetap menonjolkan wajah gadisnya jika dipandang betul-betul. Ditambah lagi dengan lesung pipi di kiri kanan pipinya yang paling dibencinya.
Kalau di sekolah, rakan-rakannya memanggil nama penuh, alamatnya rasalah penyepaknya. Bukan sekali dua si Mamat kena penyepaknya gara -gara memanggilnya dengan nama penuh.
Di sekolah, cuma cikgu-cikgu saja yang memanggilnya Shafiqah. Itu pun kadang-kadang tidak dihiraukannya. Kawan -kawannya bukanlah semuanya lelaki. Dia tetap berkawan dengan rakan-rakan perempuannya. Kawan baiknya, Yuna. Dia rimas tengok Yuna yang dikata orang lemah lembut. Baginya Yuna bukan lemah lembut tapi lembik. Tapi walau apa pun itulah sahabatnya yang paling memahami jiwanya.
"Shafiqah!" Puan Azah muncul di muka pintu bilik. Dia menggeleng-geleng kepala lihat anak bongsunya itu.
"Ada apa ma?" Fiq tersengih-sengih memandang mamanya . Bagi Fiq bukan susah nak ambil hati mamanya itu. Mamanya orang yang cepat marah dan cepat sejuk.
"Berapa kali mama nak panggil? Sakit tekak mama terjerit-jerit panggil Shafiqah."
"Sorry ma... Fiq tak dengar. Ada apa mama panggil Fiq?"
"Hmm...macam ni. Dua hari lagi, Mak Su nak datang sini. Mama nak Shafiqah temankan mama beli barang dapur sekejap lagi."
"Oh, tidak! Please mama, Fiq tak nak pergi.Mama ajaklah Kak Long. Kak Long kan ada," jawap Fiq sambil membuka topi di kepalanya.
"Ish,budak nii. Tiap kali ajak beli barang dapur, tak pernah nak ikut.Hmm...mama pergi dengan Kak Long. Shafiqah nak kirim apa apa tak?" sungut Puan Azah.
"Hmm...macam biasa ma, coklat satu yang besar punya..." jawab Fiq sambil tersengih.
Coklat memang kegemaran Fiq. Kalau tension atau bosan,itulah yang akan dikunyahnya. Orang kata makan coklat jadi gemuk tapi tidak pula bagi Fiq.
Kak Long terjengul di muka pintu . Walaupun beza umur antara Kak Long dengan Fiq hanya setahun, Kak Long dalam tingkatan lima dan Fiq tingkatan empat, Kak Long kelihatan lebih dewasa. Kak Long perwatakanya memang perempuan habis. Bersiap pergi sekolah saja hampir satu jam di depan cermin. Kak Long juga memang cantik, tinggi lampai dan suka bersolek. Dek kerana kejelitaannya itulah Kak Long menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya. Tapi,Kak Long setia pada yang satu.
Kak Long bercinta monyet dengan Irfan, pelajar sekelasnya sejak tingkatan satu. 'Fiq pun hairan kenapalah Kak Long suka sangat pada Irfan. Fiq tengok mamat tu sama je macam mamat-mamat lain juga.'
"Fiq,tak nak ikut ke? Mana tahu jumpa mamat kacak bergaya nanti," sakat Kak Long.
"Eee...tolong sikit yee. Kak Long pergilah ikut mama. Fiq tak inginlah nak tengok mamat kacak bergaya Kak Long tuu," pantas Fiq menjawab.
"Alah mama..Fiq ni cakap jee. Entah entah dia tengah bercinta sekarang ni kut?" usik Kak Long sambil ketawa terkekeh-kekeh. Mama pun tergelak.
"Mama! Tengoklah Kak Long! Fiq tak mainlah bercinta-cinta ni." Fiq melenparkan bantal peluknya ke arah Kak Long.
"Sudah, sudah, jom Kak Long. Dah pukul berapa dah ni. Nanti jalan jem pulak." Mama terus turun ke bawah, malas melayan dua orang anak kesayangannya itu.
-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-
Macam mana dengan part 1 ni? Korang suka? Sila comment...
😁
YOU ARE READING
Aku Budak Tomboy
RandomCerita ini mengisahkan tentang Shafiqah si gadis tomboy yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia. Shafiqah mempunyai dua orang kawan baik iaitu Fasha dan Yuna. Di sekolah, Shafiqah selalu diganggu oleh Aliff kerana budak itu anti dengan perwataka...