★ 3 ★

338 23 2
                                    

Pagi-pagi esoknya, jam loceng Fiq berkokok seperti biasa mengejutkannya dari mimpi. Perut Fiq terasa sedikit memulas. 'Aduh, pasti sebab durian semalam,' fikirnya. Menyesal pula rasanya kerana tidak mendengar mendengar cakap mamanya semalam.

Fiq mencapai tuala dan dalam setengah jam sahaja dia sudah siap berpakaian sekolah. Kak Long seperti biasa masih mengadap cermin solek di dalam biliknya.

"Cepatlah Kak Long. Mama dah tunggu dah ni," jerit Fiq sambil mencapai kasut sekolahnya.

Puan Azah menggeleng kepala memandang Fiq. "Shafiqah, berapa kali mama cakap pakailah baju tu elok-elok. Lengan baju tu tak payahlah disingsing sampai nampak siku. Tengok kain tu, dah macam nak pergi sawah padi."

"Mama, hari-hari mama cakap benda yang sama. Fiq rimaslah pakai baju kurung ni..." rungut Fiq sambil menggalas beg sekolahnya.

"Mama akan cakap hari-hari selagi Shafiqah tak berubah," jawap Puan Azah dengan wajah selamba lalu masuk ke dalam keretanya.

"Kak Long! Cepatlah!" jerit Fiq dengan suara nyaring.

Kak Long seperti biasa, dengan lenggang-lenggoknya turun tangga sambil tersenyum. 'Aduh! Tuan puteri ni...' Rungut Fiq dalam hati.

Tiba di sekolah, Fiq sudah nampak Yuna dan Fasha sedang menunggunya di pagar sekolah. Fiq tersenyum. Hatinya mula riang semula bila melihat teman-temannya.
"Hai Fiq," tegur Yuna. "Kenapa lewat hari ini?"

"Biasalah, tunggu tuan puteri kat rumah aku tu bersiap." Fiq mengerling ke arah Kak Long yang sedang berjalan beriringan dengan buah hatinya menuju ke kelas.

"Jomlah, sempat lagi kalau nak minum di kantin," ajak Yuna.

"Okey," jawap Fiq dan Fasha.

Tiga sahabat itu melangkah ke arah. 'Cis! Si Aliff tu Ada di kantin.' Aliff , musuh utama Fiq di sekolah. Aliff memang selalu mengacaunya. Macam-macam yang Aliff lakukan dan Fiq tak pernah berdiam diri. Walaupun belajar dalam kelas yang sama, Fiq dan Aliff memang tidak boleh berbaik.

"Woi, Shafiqah. Apa hal lelaki pakai baju kurung ni? Kalau dah perempuan, jadilah perempuan," jerit Aliff.

"Kurang ajar budak rongak ni. Nasib baiklah ada Cikgu Dass, kalau tak kaki aku ni laa hinggap kat muka kau," rungut Fiq sendiri. Matanya melirik memandang Cikgu Dass yang sedang mengawasi pelajar-pelajar di kantin.

Fiq, Yuna dan Fasha lalu di sebelah musuh mereka. Fiq menutup hidung dengan tangan. "Eee... busuklah bau kat sini. Macam bau longkang!" Fiq berkata selamba. Yuna dan Fasha ketawa terbahak-bahak.

Muka Aliff merah padam. Rakan-rakannya turut terdiam. Masing-masing menyimpan rasa tidak puas hati. Fiq tahu mereka bengang. Memang itu pun tujuannya. 'Ini Fiq lah, jangan main-main dengan Fiq.' Hati Fiq berkata-kata.

Sebaik sahaja Fiq mengunyah kepingan roti bakarnya yang terakhir, loceng berbunyi nyaring. Berpusu-pusu macam ayam masuk reban, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing. Fiq dengan konco-konconya masuk ke kelas. Tempat duduknya di belakang sekali, sebaris dengan Aliff yang duduk di tepi pintu.

"Pakkk!!" Fiq menyepak kaki Aliff yang sengaja diletak menghalang laluannya. Aliff menyeringai menahan sakit. Dalam hati dia menyumpah-nyumpah Fiq.

'Kurang ajar betul perempuan ni.Kau tunggu! Tahulah aku nak ajar kau nanti,' fikir Aliff sambil menggosok-gosok kakinya.

-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-

Harap semua readers mula suka dengan cerita ni dan vote ★.
^_^¦¦¦

Aku Budak TomboyWhere stories live. Discover now