"Makan tuu jangan laa banyak sangat. Nanti sakit perut, siapa pula yang susah?" Tegur Puan Azah apabila dilihatnya Fiq makan durian tidak berhenti.
"Sedaplah mama. Rugi kalau tak makan banyak banyak." Fiq menjilat biji durian dengan rakus. Bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah.
"Memanglah sedap, tapi buah durian ni kita tak boleh makan banyak-banyak. Panas badan nanti," sahut Kak Long sambil mencuci tangan.
"Eleh... panas badan apalah sangat. Durian depan mata, apa lagi... kasi habislah." Fiq mencapai seulas lagi durian dari dalam pinggan.
"Hah, sedapnya bau durian. Makan sorang aje anak dara papa?" usik Encik Hakimi. Puan Azah tergelak.
"Alah... papa nii . Lecehlah, janganlah cakap anak dara. Anak dara papa tu haa, Kak Long tuu," rungut Fiq.
Encik Hakimi menepuk-nepuk kepala Fiq. Fiq memang anak kesayangannya tambahan pula dia memang tidak ada anak lelaki.
"Papa, lecehlah Mak Su nak datang sini," keluh Fiq.
"Eh, tak baik tau cakap macam tu! Mak Su bukannya selalu datang sini pun. Kalau tak silap papa, Mak Su nak bincang tentang Aiman."
"Kenapa pula dengan Aiman?" Wajah Fiq berkerut. Dia memang menyampah dengan sepupunya, Aiman. Aiman sering mengejeknya kerana perwatakanya dan berpakaian nya seperti lelaki. Aiman seusia dengannya dan selalu memanggilnya , budak palsu.
"Mak Su kena pergi luar negara ikut Pak Su bertugas di sana. Aiman tak mahu bersekolah di luar negara jadi Aiman akan tinggal dengan kita. Dia juga akan bersekolah di sekolah Fiq dan Kak Long," terang Encik Hakimi.
"Haa? Aiman tinggal di sini?". Bagai batu besar menghempas kepala Fiq bila mendengar Aiman akan tinggal dengan mereka.
Kak Long tersengih-sengih . Pandangan Kak Long disambut dengan jelingan tajam Shafiqah. Kak Long memang sukakan Aiman kerana Aiman pandai membodeknya.
'Huh! Tak boleh jadi nii. Dunia akan huru-hara selepas ini. Hilanglah kedamaian aku,' jerit Fiq dalam hati .
"Shafiqah!" panggil Puan Azah.
Fiq memandang mamanya sambil matanya terkelip-kelip. Dia hampir menjerit apabila terbayang muka Aiman di muka mamanya. Puan Azah menepuk pipinya.
"Ni kenapa pula? Tiba-tiba macam cicak tertelan kapur aje."
"Fiq gembira sangat tu mama. Kawan baik dia akan tinggal di sini tentulah dia gembira. Betul tak, Fiq?" usik Kak Long sambil tergelak.
Fiq membeliakkan matanya memandang Kak Long. Kalau diikutkan hati, mahu saja ditelan telannya Kak Long. Kak Long, papa dan mama semuanya ketawa melihatnya.
"Hmm... sudahlah tuu. Pergi cuci muka dan masuk tidur. Nanti liat pula puteri dan putera nak bangun tidur," Puan Azah akhirnya bersuara. Kak Long bingkas bangun mendapatkan telefon bimbitnya yang tiba-tiba berdering. Fiq bangun dan terus ke biliknya di tingkat atas. 'Sesuatu perlu dilakukan,' fikir Shafiqah.
-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-
Bersambung di part seterusnya...
☺
YOU ARE READING
Aku Budak Tomboy
RandomCerita ini mengisahkan tentang Shafiqah si gadis tomboy yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia. Shafiqah mempunyai dua orang kawan baik iaitu Fasha dan Yuna. Di sekolah, Shafiqah selalu diganggu oleh Aliff kerana budak itu anti dengan perwataka...