★ 15 ★

151 9 8
                                    

Sabtu, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Awal pagi lagi Fiq sudah bangun. Pukul enam pagi dia sudah siap mandi dan berpakaian. Rasanya sudah tidak sabar lagi hendak bertolak ke sekolah. Akhirnya hari perkhemahan tiba juga. Mujur kakinya telah pulih, kalau tidak jangan haraplah dia akan dapat turut serta dalam perkhemahan itu. Nasib baik juga ada Aiman yang mengurut kakinya. Kalau tidak pasti kakinya belum pulih. Tapi tidak mungkin Fiq akan berterima kasih kepada musuhnya itu.

Sementara menunggu mama dan Aiman bersiap, Fiq memeriksa semula begnya. Takut tertinggal pula. Pakaian, tuala, selimut, lampu suluh, semuanya sudah tersedia. Fiq berdiri di depan sebuah cermin. Sekali pandang dia kelihatan seperti pelajar lelaki dengan seluar sukan dan t-shirt serta bertopi. Hanya wajahnya yang manis itu tidak mungkin dapat diubah. Wajah yang manis itu mengenalkan dirinya sebagai seorang gadis.

Sesekali matanya melirik ke jam di dinding. Baru pukul 6.30 pagi. Mereka mesti berkumpul di sekolah tepat pukul 8.00 pagi. Fiq mencapai telefon bimbitnya di birai katil dan memeriksa khidmat pesanan ringkas. Ada tiga pesanan daripada Yuna dan satu pesanan daripada Adam. Masing-masing menyatakan mereka sudah siap dan akan bertolak ke sekolah sebentar lagi. Fiq tersenyum.

"Shafiqah! Aiman! Mari turun. Dah siap ke belum?" Terdengar suara Puan Azah memanggil dari dapur. Fiq mencapai beg sandangnya yang sarat dan segera turun. Dia sempat mengerling ke arah bilik Aiman yang terbuka pintunya. Aiman sedang membetulkan bajunya di hadapan cermin. Fiq mencebik, meluat. 'Macamlah dia tu handsome sangat,' hati Fiq berkata sendiri.

"Ha, dah siap pun. Mari sarapan dulu, mama dah gorengkan mi dan sosej untuk Shafiqah dan Aiman." Puan Azah meletakkan mangkuk berisi mi goreng di atas meja. Bau air kopi yang harum memenuhi ruang makan. Aiman turun dengan beg besarnya.

Ketika bersarapan sempat Puan Azah menasihati kedua-duanya. "Aiman, auntie harap Aiman tolong tengok-tengokkan Shafiqah masa perkhemahan tu nanti. Shafiqah, jaga diri tu baik-baik. Ingat, kamu tu perempuan. Jangan cuba buat kerja lelaki pulak dalam hutan tu nanti."

"Auntie jangan bimbang. Aiman akan jaga Shafiqah." Aiman memberi jawapan yang menyakitkan hati Fiq. Fiq meletakkan cawan minumannya dan mencapai tisu. Mi goreng dalam pinggannya masih ada separuh lagi. Seleranya tiba-tiba terbantut.

Aiman makan dengan berselera sekali. Siap bertambah sepinggan mi goreng lagi dan kemudian dicapainya sosej goreng pula. Puan Azah seronok melihat Aiman makan.

"Hmm.. seronok auntie tengok kamu makan Aiman. Bukan macam Shafiqah. Tengok tu, makan mi sepinggan pun tak habis," bebel Puan Azah. Eleh, ada I kesah? Aku pula sakit hati tau tengok 'hantu' tu makan. Dah laa berlagak baik.

"Shafiqah, nak mama bekalkan mi goreng atau sosej tu?" Tanya puan Azah.

"Ish.. tak naklah mama. Takkanlah nak bawak bekal pulak. Tak payahlah. Buat susah-susah mama aje. Makanan semua cikgu dah sediakan." Fiq memberi alasan sambil bangun dan mencapai begnya.

Dalam kereta sepanjang perjalanan ke sekolah, Puan Azah tidak habis-habis memberi nasihat. Macam-macam dipesannya sampai Fiq naik penat mendengarnya.

"Mama, dah sampai pun ma. Tak habis-habis lagi ke pesanan mama ni? Fiq bukannya pergi berkhemah sampai seminggu pun. Hari ni je. Esok dah balik pun ma," kata Fiq sambil matanya liar mencari kawan-kawannya. Kelihatan ramai pelajar yang sudah tiba. Bas yang akan membawa mereka juga sudah tiba cuma pintunya sahaja yang masih belum dibuka. Cikgu Haryati dan Cikgu Jalil kelihatan sedang berbual-bual.

Puan Azah memeluk anak gadisnya dan sempat memberi satu lagi pesanan sebelum pulang. Fiq mengeluh. Aiman asyik tersenyum dari tadi. 'Macam manalah telinga kau tu boleh tahan?' fikir Fiq. Baru saja Aiman hendak berkata sesuatu, Fiq sudah melangkah meninggalkannya dan berjalan ke arah Fasha yang sedang berdiri di tepi pagar sekolah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Budak TomboyWhere stories live. Discover now