Sehelai baju kurung bercorak bunga yang berwarna biru. Sakit hatinya bukan kepalang tambahan ketika itu Aiman menoleh ke arahnya. Aiman memang sengaja mengenakannya. Aiman bukan tidak tahu yang dia tidak suka memakai pakaian perempuan.
"Amboi, cantiknya! " Puan Azah memuji sambil membelek-belek baju kurung di tangan Fiq.
Fiq cuba mengukir senyuman. Kelat. Nampak sangat senyumannya dibuat-buat. Kak Long tersengih-sengih memandangnya.
"Er... Mak Su, Shafiqah nak masuk tidur dulu ya. Esok Shafiqah ada ujian." Shafiqah memberi dalih.
Malam itu, Fiq terlena dengan mimpi yang membosankan. Ada Aiman dalam mimpinya dan yang paling ngeri sekali ialah Aiman turut muncul dengan tersengih-sengih dalam mimpinya.
*********************
Keesokan paginya...
Fiq ternampak Aiman orang pertama yang bersarapan ketika dia turun. Fiq menarik muka masam. Kak Long yang selama ini lambat bersiap untuk ke sekolah rupa-rupanya sudah sedia duduk di meja bersarapan.
"Shafiqah, jom sarapan sekali." Sapa Aiman sambil menguyah mi goreng.
"Terima kasih sahajalah. Aku dah kenyang tengok muka kau," jawab Fiq sambil melangkah ke ruang tamu.
"Wow, bagusnya! Tengok muka aku pun kau dah kenyang. Ini suatu perkara yang ajaib. Lepas ni, kau mesti kurus. Ye la, kau tu kan gemuk. Tak perlu diet lagi dah," sahut Aiman.
'Kurang ajar punya 'hantu', pandai kau menjawab ye. Dah la kata aku gemuk. Kureng tul!' gumam Shafiqah dalam hati.
"Cepatlah Kak Long. Mama dah tunggu ni! " Jerit Fiq sambil menjeling ke arah Aiman.
******************
Puan Azah memandu kereta ke kawasan pekarangan sekolah. Dia memberhentikan keretanya betul-betul di depan pagar sekolah. Mata Fiq meliar memerhati mencari rakan-rakannya.
Fiq bersalaman dengan Puan Azah lalu turun daripada kereta. Kak Long seperti biasa keluar dan berjalan dengan gaya seorang model.
Fiq segera melangkah ke arah kantin. Yuna dan Fasha tidak berada di luar pagar tadi. Pasti mereka ada di kanton. Geram juga rasa hatinya kerana mereka tidak menunggunya seperti biasa.
"Fiq!" Terdengar jeritan Fasha memanggilnya. Fiq melemparkan pandangan ke arah mereka. Fasha dan Yuna duduk di sebuah meja sambil menikmati sarapan mereka.
"Kenapa tak tunggu aku?"
"Sorrylah Fiq. Kami tak tunggu kau sebab ada hal yang lebih penting," sahut Yuna sambil mengunyah hot dog panas. Fiq mengerut keningnya lalu duduk dan mencapai cawan berisi milo panas milik Fasha lalu menghirupnya.
"Apa dia? "
"Tu..." Yuna menjuihkan bibirnya ke suatu arah. Fiq memandang ke arah yang Yuna maksudkan. Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang duduk sendirian di sudut kantin sedang memerhati sekelilingnya.
☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-
Okey, ini sebagai tanda minta maaf sebab lama tak update. Kesian korang, dah berjanggut korang tunggu author update part ni ye.
Please vote and comment.
YOU ARE READING
Aku Budak Tomboy
RandomCerita ini mengisahkan tentang Shafiqah si gadis tomboy yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia. Shafiqah mempunyai dua orang kawan baik iaitu Fasha dan Yuna. Di sekolah, Shafiqah selalu diganggu oleh Aliff kerana budak itu anti dengan perwataka...