Sebaik sahaja Cikgu Nabila keluar, Fiq mengambil kesempatan untuk menegur Adam. "Hai, nama saya Fiq." Fiq tersenyum. Ketika itu Fasha dan Yuna sudah bangun dan meluru ke tempat duduknya.
"Saya Adam," jawab Adam sambil tersenyum. Fasha cepat-cepat memperkenalkan diri. Memang dari tadi dia menunggu saat ini. "Yang ini pula Yuna."
"Hmm.. kamu bertiga ni mesti satu kumpulan kan? Saya nampak kamu bertiga di kantin tadi." Adam berkata sambil tersenyum. Aliff bangun mendekati mereka. Fiq menjeling tajam. Menyampah betul dia hendak melihat wajah Aliff apatah lagi mendengar suaranya.
"Kalau kau nak tahu, mereka ni memang satu kumpulan. Kumpulan Perempuan! Tapi.. macam yang kau tengoklah, dua perempuan dan seorang lagi ni lelaki yang tak berapa jadi," tingkah Aliff. "Nama dia sebenarnya Shafiqah!" Fiq bingkas bangun dan mencekak leher baju Aliff.
"Mulut kau tu jaga baik-baik ye. Nama aku Fiq!" bentak Fiq. Aliff menarik leher bajunya sambil tersengih-sengih lalu berlalu dari situ. Adam tergamam. Dia betul-betul terkejut dengan insiden yang berlaku di depan matanya sendiri. Tidak disangkanya perempuan berperwatakan lelaki tetapi cun itu akan bertindak begitu namun jauh dalam hatinya dia hormat habis dengan gadis ini.
"Er.. yang tadi tu, musuh ketat kami," Yuna segera menerangkan. Fiq duduk semula di kerusinya manakala Fasha pula tak habis-habis asyik merenung wajah Adam. Adam jadi kurang selesa apabila ditenung begitu.
"Hmm.. saya dah agak! Tak pa, kalau dia tu musuh ketat kamu semua, dia pun akan jadi musuh ketat saya juga. Saya suka group kamu. Kata-kata Adam membuatkan hati mereka berbunga gembira. Dapat juga mereka berkawan dengan jejaka kacak ni. Pelajar-pelajar yang lain mesti cemburu habis. Fiq rasa seronok hari itu. Sakit hatinya terhadap Aiman di rumah tadi hilang seketika.
****************
Loceng sekolah berbunyi nyaring menandakan tamat sesi persekolahan untuk hari itu. Berpusu-pusu pelajar keluar dari kelas masing-masing menuju ke pagar seperti anak ayam keluar dari reban. Fiq memasukkan buku latihannya ke dalam beg perlahan-lahan sambil matanya memandang ke luar kelas.
Selalunya dia bersemangat hendak pulang ke rumah tapi hari ini dia rasa berat hati. Aiman yang menyakitkan hatinya mula terbayang di ruang mata.
"Kenapa Fiq? Macam tak bersemangat saja nak balik," tegur Adam seakan-akan dapat membaca apa yang terpendam dalam hati Fiq. Fiq terkejut. Dia tidak menyangka Adam sedang memerhatinya.
"Tak... tak ada apa-apa." Kali pertama Shafiqah menjawab pertanyaan orang tergagap-gagap. Dia sendiri tidak faham mengapa dia jadi begitu. Apabila melihat wajah Adam entah mengapa hatinya berdebar-debar. Selama ini dia tidak pernah rasa begitu.
"Boleh saya tahu awak tinggal di mana?"
"Er... Taman Kencana. Saya tinggal di Taman Kencana." Teragak-agak Fiq menjawab. Dalan hati dia menyumpah-nyumpah dirinya kerana asyik tergagap-gagap.
"Taman Kencana? Eh, saya pun tinggal di Taman Kencana jugak!" Adam memberitahu dengan nada gembira. Fiq terkejut. 'Biar betul!' Alangkah kecilnya dunia ini. Banyak-banyak taman perumahan yang ada, rupanya Adam tinggal di tamannya juga.
"Eh, ya ke? Jalan nombor berapa?" Tanya Fiq malu-malu.
"Jalan 15. Awak?"
"Er.. Jalan 17. Tak apalah awak, saya balik dulu ya. Mama saya tentu dah tunggu kat luar," jawab Fiq lalu melangkah keluar tergesa-gesa.
Yuna dan Fasha mengikutnya. Fiq berjalan terus tanpa menoleh ke belakang lagi. Yuna dan Fasha mengejarnya. Yuna yang gempal sedikit itu termengah-mengah mengikut mereka.
"Kau ni kenapa? Terus aje menonong jalan tak ingat kawan." Fasha membebel. Fiq tersengih tanda minta maaf.
Belum sempat Fasha dan Yuna berkata lagi, Fiq sudah meluru ke kereta Puan Azah yang sudah lama menunggu. Kak Long sudah berada dalam kereta. Wajah Fiq berkerut apabila melihat Aiman juga ada di dalam kereta.
Tanpa sepatah kata, Fiq duduk dan menarik tali pinggang keledar. Mukanya masam mencuka. Hilang terus anginnya apabila melihat wajah Aiman.
-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-
Here a new part for 'Aku Budak Tomboy!' Harap korang suka part ni. Sis mintak maaf kalau ada tupo dan lewat update part baru sebab sis memang lupa sangat-sangat password account Wattpad sebab tu lama tak bukak.
Sorry ye...
~>_<~
YOU ARE READING
Aku Budak Tomboy
RandomCerita ini mengisahkan tentang Shafiqah si gadis tomboy yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia. Shafiqah mempunyai dua orang kawan baik iaitu Fasha dan Yuna. Di sekolah, Shafiqah selalu diganggu oleh Aliff kerana budak itu anti dengan perwataka...