♥ 8 ♥

264 15 0
                                    

"Hai Mak Su," sapa Fiq sambil bersalaman dengan Mak Su.

Mak Su memeluknya erat. "Hmm... dah besar dah anak dara Mak Su ni. Manis pulak tu," usik Mak Su.

Fiq menarik muka masam. Dia cukup tidak suka apabila Mak Su berkata seperti itu. Aiman tergelak. Dia menjeling Aiman, musuh ketatnya sejak kecil.

'Ish...menyibuk betul hantu ni,' detik hati Fiq.

"Mak, mak lupa ke, ini bukan anak dara. Ini anak terunalah..." kata Aiman.

"Aiman, mak dah pesan,jangan suka usik Shafiqah. Ha,Shafiqah lain kali cuba panjangkan sikit rambut tu, barulah menawan macam anak dara," tingkah Mak Su.

"Sudahlah tu, mari masuk.Shafiqah, mana Kak Long? Kak Long dah balik ke belum?" tanya Puan Azah.

"Belum lagi mama. Kak Long ada latihan tarian. Kejap lagi baliklah." Shafiqah melihat jam tangannya. Dalam hati dia berdoa agar Kak Long balik awal. Dapatlah dia mengelak daripada melayan Mak Su dan Hantu itu.

"Aiman, bawa beg pakaian kamu masuk bilik. Bilik kamu sebelah Shafiqah." Kata-kata Puan Azah membuatkan mata Fiq bulat merenung wajah mamanya.

"Okay, Mak Long," sahut Aiman sambil tersenyum lebar. Tanpa banyak soal dia membawa beg pakaiaannya ke tingkat atas.

'Arghh! Kenapa dalam banyak-banyak bilik, bilik dia mesti sebelah aku! Tak boleh jadi ni' rungut Fiq dalam hati.

"Shafiqah... Shafiqah. Nampak sangat yang kau tu tengah sakit hati" fikir Aiman sambil tersenyum.

***************************

Malam itu, Fiq memasang telinga mendengar perbualan mama dan papa dengan Mak Su. Esok Mak Su akan pulang dan mama akan membawa Aiman mendaftar di sekolahnya nanti. Fiq rasa lega bila mengetahui Aiman hanya akan mula belajar di sekolahnya minggu depan.

Fiq menjeling Kak Long dan Aiman yang asyik berbual di anjung rumah. 'Eee... meluatnya aku,' fikir Fiq sambil menjeling tajam ke arah Aiman. 'Memang kaki bodeklah si Aiman ni. Kak Long pun satu, suka sangat melayan Aiman tu!' Fiq mengomel dalam hati.

"Oh, ya! Mak Su lupa pula. Shafiqah, mari sini sekejap. Mak Su ada sesuatu nak berikan pada Shafiqah. Kak Long punya, Mak Su dah bagi petang tadi." Tiba-tiba sahaja Mak Su memanggil Fiq.

Dengan malas, Fiq bangun mendekati Mak Su. "Apa dia, Mak Su? "

Mak Su menghulurkan sebuah beg kertas. "Ini untuk Shafiqah. Tentu sesuai. Bukan Mak Su yang pilih, Aiman yang pilih tau."

"Cuba tengok apa yang Aiman belikan untuk Shafiqah," sampuk papa sambil tersenyum lebar.

Dengan separuh hati,Shafiqah menarik sesuatu dari beg kertas itu.


☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-

Korang rasa hadiah apa eh yang Aiman tu pilih kat Shafiqah? Sila comment pendapat korang. 😝

Promote time!

Suami Aku Classmate Aku!
By

Nightmxre_lady


Aku Budak TomboyWhere stories live. Discover now