Fiq duduk sambil menghadiahkan senyuman meleret kepada Aliff. Senyuman itu sebagai ganti perkataan 'padan muka kau'. Riuh-rendah suara pelajar dalam kelas berbual sesama sendiri.
Suara riuh-rendah tiba-tiba menjadi senyap sunyi apabila Cikgu Rina melangkah masuk ke kelas. Cikgu yang bergincu merah itu memang ada auranya sendiri. Semua pelajar memang takut kepadanya. Suaranya yang bagaikan petir.
"Kamu semua ni memang degil kan. Entah berapa kali saya dah pesan jangan buat bising tapi tak juga kamu faham. Semua asyik nak berseronok saja. Semua tahu nak enjoy je!" Cikgu Rina.
' Enjoy! Hmm.. perkataan yang memang sangat disukai Fiq. Apa salahnya kalau enjoy,' fikir Fiq.
Bermulalah kelas mereka pagi itu dengan subjek yang sungguh membosankan Fiq, subjek Sejarah. Sebaik loceng berbunyi dan Cikgu Rina keluar, Fiq bangun mendekati Yuna.
"Jom, kita serong kelas agama. Boringlah! "
Yuna dan Fasha cepat-cepat bangun mengikut Shafiqah dari belakang . Mereka perlu cepat sebelum Ustazah Maimun masuk. Aliff memerhati mereka dengan ekor matanya.
"Cepatlah, nanti ustazah nampak."
Fiq menarik tangan Yuna. Fasha mendahului mereka. Langkahnya laju menuju ke belakang bagunan makmal. Di situlah port mereka. Bukan pelajar lain tidak tahu tetapi tiada sesiapa pun yang berani melaporkan kepada cikgu. Semuanya takutkan Shafiqah.
-----------------------------------------------------------
Sebaik sahaja Ustazah Maimun masuk, Aliff segera bangun menuju ke meja guru.
'Habislah kau kali ini Fiq. Terbalas jugak dendam aku,' fikir Aliff.
"Ada apa Aliff ?" Ustazah Maimun meletakkan buku-bukunya di atas meja. Pelajar lain sibuk mengelu-arkan buku agama masing-masing.
"Ada pelajar serong kelas Ustazah," kata Aliff tersengih-sengih menampa-kkan gigi rongaknya.
"Siapa yang berani serong kelas saya?" Ustazah Maimun mula menyi-nga. Dia memang cukup pantang dengan perkataan tersebut. Pelajar ponteng kelas memang menjadi musuh utamanya.
"Er... er... " Aliff teragak-ragak. Suara Ustazah Maimun yang nyaring dengan wajah yang bengis itu memang menaikkan bulu roma Aliff.
-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-Thanks kepada semua readers yang baca cerita 'Aku Budak Tomboy!' ni. Author memang appreciate sangat kat korang semua.😘
YOU ARE READING
Aku Budak Tomboy
RandomCerita ini mengisahkan tentang Shafiqah si gadis tomboy yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia. Shafiqah mempunyai dua orang kawan baik iaitu Fasha dan Yuna. Di sekolah, Shafiqah selalu diganggu oleh Aliff kerana budak itu anti dengan perwataka...