"Kenapa ni, Fiq ?" tegur Fasha.
"Perut aku. Perut aku sakit, aduh! Memulas-mulas. Sakitnya... " Fiq memengang perutnya sambil meluru ke tandas surau.
Yuna dan Fasha berpandangan. Hairan melihat keadaan Shafiqah yang tiba-tiba sahaja sakit perut.
"Macam-macamlah si Fiq ni. Tadi sibuk mengenakan Aliff, sekarang ni dia pula yang tiba-tiba sakit perut," Fasha mengomel sambil melangkah menuju ke surau.
Hampir dua puluh minit barulah Fiq keluar dari tandas dengan muka berkerut-kerut. Ini semua mesti sebab durian yang dimakannya semalam. Rasa menyesal pulak sebab tidak mendengar kata mamanya.
"Kring...!" Loceng tamat masa rehat berbunyi nyaring. Mereka bergegas berjalan menuju ke kelas. Baru sahaja hendak melangkah masuk ke kelas, perut Fiq memulas lagi.
'Alamak! Perut ni buat hal lagi.' Fiq mengeluh dalam hati. Dengan pantas dia berlari menuju ke tandas dan hampir terlanggar cikgu Matematiknya.
***********************
Fiq meletak telefon bimbitnya di atas meja. Hampir 30 minit dia bersembang dengan Fasha. Macam-macam yang dibualkannya. Dari isu Aliff, perkhemahan pengangkap sampailah ke pelajar baharu yang akan datang ke sekolah.
Ada pelajar baharu akan masuk ke kelas Shafiqah esok. 'Hmm... bagus jugak,' fikir Fiq sendiri. 'Siapalah agaknya budak baharu tu nanti ye,' Fiq terus berteka-teki. Bunyi kereta masuk ke halaman mengejutkan lamunanya. Fiq bingkas bangun dan menjenguk di tingkap. Kelihatan mama bersama Aiman dan Mak Su.
"Dah sampai dah bencana alam ni," kata Fiq sambil membuka pintu. Dia cuba memaniskan mukanya.
❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤-❤
Sorry sebab part ni pendek je. Sis dah tak da idea dah..
😭
YOU ARE READING
Aku Budak Tomboy
RandomCerita ini mengisahkan tentang Shafiqah si gadis tomboy yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia. Shafiqah mempunyai dua orang kawan baik iaitu Fasha dan Yuna. Di sekolah, Shafiqah selalu diganggu oleh Aliff kerana budak itu anti dengan perwataka...