♥ 12 ♥

88 6 0
                                    

"Kenapa ni? Ada masalah ke muka masam aje?" Puan Azah mengaju pertanyaan kepada anak gadisnya.

Fiq menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Geram dengan mamanya yang bertanya dan berpura-pura tidak tahu. Fiq pasti mamanya tentu tahu mengapa dia bermasam muka. Dia memang menyampah dengan Aiman.

"Tak ada apa-apa," jawab Fiq. Dia duduk tegak memandang ke hadapan. Kak Long dan Aiman hanya tersenyum melihat gelagatnya.

"Hmm... mama dah bawa Aiman daftar di sekolah tadi. Aiman akan mula bersekolah di sini esok tapi sayanglah, sebab Aiman tak dapat belajar satu kelas dengan Shafiqah. Aiman akan belajar di kelas 4 Berlian. Kata cikgu, kelas Shafiqah dah ada pelajar baru masuk," terang Puan Azah tanpa diminta.

Lega hati Fiq mendengar Aiman tak akan duduk satu kelas ngan dia. Fiq menarik nafas lega. Fuh! Nasib Adam masuk kelas aku!

"Tak pa Auntie, Aiman boleh tolong tengokkan budak ni walaupun tak dapat duduk satu kelas." Aiman bersuara. Fiq mahu saja jerit.😓

'Budak dia panggil aku. Aku bukan budaklah!' jerit hati Fiq.

"Tak payah. Aku bukan budak kecil lah. Aku dah besar. Boleh jaga diri. Kau tu sapa hah nak tengok tengok aku?" Fiq membentak tanpa menoleh ke belakang. Puan Azah hanya mampu menggeleng kepala.

"Apa salahnya? Kau tu perempuan, apa salahnya kalau aku tolong tengok-tengokkan kau." Jawapan Aiman memang sengaja hendak menyakitkan hatinya. Muka Fiq bertambah masam.

"Haih budak dua ekor ni.. Aku bagi menikah jugak kang. Tak habis habis gaduh" Kak Long bersuara untuk meleraikan pergaduhan antara Shafiqah dan Aiman. Penat rasanya mendengar mereka bertekak. Mereka ni, tak habis-habis nak bertekak aje kerjanya!

"Kita pergi makan kat warung Pak Man dulu. Lepas tu baru kita balik."

Tak ada sesiapa pun yang bersuara. Puan Azah terus memandu. Masing-masing senyap melayan perasaan masing-masing. Puan Azah membelok dan memberhentikan keretanya di depan warung Pak Man. Memang mereka selalu makan tengah hari di situ.

Fiq dan sekeluarga duduk di sebuah meja dan memesan makanan masing-masing.

Fiq makan tanpa bersuara apa-apa. Yang riuh berbual hanyalah Puan Azah dan Aiman. Sesekali Puan Azah tergelak melihat gelagat Aiman mengusik Kak Long. Bagi Puan Azah, Aiman memang kelakar dan suka membuat semua orang ketawa. Dia sendiri pun tidak faham mengapa Shafiqah tidak sukakan Aiman. Semenjak kecil lagi, Aiman dan Shafiqah tidak pernah berbaik.

Fiq sedang menghirup cendol apabila tiba-tiba dia terlihat Adam turun dari sebuah kereta bersama seorang wanita seusia mamanya. Hampir tersedak Fiq ketika itu. Dia cuba melarikan wajahnya tetapi tidak sempat. Adam memandang sambil tersenyum kemudian berkata sesuatu kepada wanita di sebelahnya.

Wanita itu memandang Fiq lantas mengukir sebuah senyuman. Dia mengatur langkah ke arah Fiq.

"Maafkan saya, ini Shafiqah ke?" tegurnya dengan suara yang lembut.

Puan Azah yang kehairanan, menjawab bagi pihak Fiq. "Ya, ini anak saya Shafiqah. Puan ni siapa?"

"Oh, saya Puan Lily. Saya baru je pindah kat sini. Ni anak saya Adam. Dia sekelas dengan Shafiqah," jawab Puan Lily dengan ramah.

"Begitu rupanya. Saya Puan Azah. Selamat berkenalan Puan Lily. Senang-senang datanglah ke rumah. Rumah saya di nombor 12A, Jalan 17" pelawa Puan Azah. Dia bersalaman dengan Puan Lily sambil tersenyum mesra.

"Hmm... ada masa nanti saya datang. Okeylah Puan Azah, saya minta diri dulu ya, nak beli lauk untuk makan tengah hari." Puan Lily meminta diri. Dia dan Adam berjalan ke arah lauk-pauk yang terhidang. Fiq sempat melihat senyuman di bibir Adam ketika bersalaman dengan mamanya.

"Hmm... boleh tahan jugak Mamat tu kan? Handsome.. " usik Kak Long. Aiman hanya tersenyum memandang Fiq yang ketika itu kelihatan seperti cacibg kepanasan.

***************

Sudah seminggu Aiman bersekolah di sekolah Shafiqah dan Kak Long dan setakat ini dia tidak mengganggu Fiq. Fiq pula semakin rapat dengan Adam yang telah mula menyertai kumpulan mereka.

Ke mana-mana mereka pergi, pasti Adam ada di situ. Kalau dulu Adam bercakap secara formal dengan bahasa 'saya' dan 'awak', sekarang dia sudah mula menggunakan perkataan 'aku' dan 'kau'.

Aliff pula tak habis-habis dengan aktivitinya cuba memikat pelajar perempuan tapi malangnya satu orang pun tak sangkut. Hahaha! 😂
[Hambar]

Hari itu selepas rehat, semua kelas bebas kerana semua guru bermesyuarat. Aiman tiba-tiba menjenguk di pintu kelas Fiq. Ntah, tetiba dia rasa macam rindu la pulak tak cari pasal ngan Minah tu. Ketika itu, kelas Fiq riuh-rendah. Masing-masing berbual sesama sendiri.

"Hai Shafiqah!" Sapaan Aiman yang kuat membuatkan Fiq terkejut. Mukanya merah padam. Aiman yang tersengih-sengih macam kera di pintu melangkah masuk. "Buat apa tu?"

"Suka hatilah aku nak buat apa. Menyibuk aje kerja kau," marah Fiq. Fasha seperti biasa tersengih-sengih memandang Aiman dan Shafiqah. Fiq mencubit lengan Fasha. Geram melihat perangai Fasha yang tak habis-habis tersengih-sengih.

"Relakslah. Takkan nak datang kelas kau pun tak boleh. Boringlah kelas aku. Shafiqah, petang ni ada latihan sukan. Kau datang tak?" Aiman menarik kerusi lalu duduk di sebelah Yuna. Fiq menjegilkan matanya.

"Suka hati akulah nak datang ke tak, sibuk je. Boleh tak kau jangan nak sibuk hal orang?" sergah Fiq. Adam tersenyum lebar. Terasa sakit hati Aiman apabila melihat Adam tersenyum begitu.

"Okeylah, jumpa kau masa balik nanti ya. Jangan lambat sebab aku ada latihan bola petang ni. Nanti lambat pulak datang sekolah semula. Lagipun mama kau kan dah pesan supaya jangan balik lambat." Aiman bangun. Sebelum keluar dia sempat menjeling tajam ke arah Adam.

"Hish, penyibuk ni. Dahlah duduk kat rumah aku, buat macam tuan pula," rungut Fiq. Fasha dan Yuna tergelak. Setiap hari pasti Fiq merungut tentang Aiman.

"Apalah kau ni. Aku tengok Aiman tu okey je. Aku tengok gaya dia pun macam suka kat kau je. Yang kau sakit hati kat dia tu kenapa?" tegur Fasha. Dia mengeluarkan beberapa biji coklat dari poketnya dan menghulurkan pada mereka. Yuna orang pertama yang menyambutnya.

"Pada kau memanglah okey. Kau mana tahu. Setiap hari aku kena tengok muka dia kat rumah. Hari-hari ada saje yang menyakitkan hati aku."

-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺-☺

Done for the new part! Harap korang suka! Jangan lupa vote dan komen pendapat korang tentang part ni..

☺❤☺❤☺❤☺❤☺❤☺❤☺❤☺❤☺

Aku Budak TomboyWhere stories live. Discover now