"Eh,korang join tak perkhemahan kat air terjun tu? Kalau tak silap, minggu depan kan? Maknanya hari Jumaat ni hari last kita boleh submit borang. Aku dengar Cikgu Kamil cakap, siapa yang hantar lambat borang tu dia tak dapat pergi," ujar Adam sambil meletakkan beg di atas kerusinya.
"Aku dah tanya mak aku. Mak aku dah bagi kebenaran dan esok aku nak hantar borang tu. Korang macam mana? Kita hantar borang tu sekalilah ya?" Fasha melonjak riang. "Tentu seronok kalau kita semua pergi."
"Nantilah aku tanya mama aku dulu. Mama tu kalau benda-benda macam ni susah betul nak lepaskan anak-anak dia. Dia takut macam-macam berlaku" rungut Fiq.
Adam mengeluarkan kertas yang dilipat dari poketnya. Borang yang telah siap diisi itu dibentangkannya di atas meja.
"Borang aku dah siap. Hari ni aku nak hantar." Adam tersenyum memandang Yuna. Yuna melarikan pendangan matanya. Entah mengapa dia rasa sukar untuk bertentang mata dengan Adam.
"Mesti bestkan perkhemahan tu. Tapi aku takutlah waktu malam nanti. Mana tahu ada hantu ke kat sana. Dahlah kena tidur dalam khemah," rungut Fasha. Mereka semua tergelak.
"Mana ada hantu cik kak oi. Kau takut hantu tu ke, takut tak cukup makan kat situ. Kat sana nanti tak da makanan sedap-sedap macam yang kau suka tu tau. Kau kena makan sardin ngan telur aje," usik Fiq. Muka Fasha berkerut-kerut."Alooo... Hmm.. Tak pa lah. Asalkan aku dapat mandi air terjun puas-puas. Fiq, kau jangan tak pergi pulak. Tak best lah kalau kau tak pergi. Wei, Aiman pergi tak?" Pertanyaan Fasha membuatkan Fiq mencebik bibir tanda menyampah. Sikit-sikit Aiman. Sikit-sikit Aiman. Fiq muak mendengar nama Aiman.
*********************
Cuaca petang itu panas terik. Pelajar-pelajar sudah berada di tengah padang untuk memulakan latihan sukan masing-masing. Fiq mengesat peluh yang mula membasahi wajahnya. Fasha masih berpayung sementara menunggu Cikgu Azman tiba. Yuna dan Adam pula sedang duduk di bawah pokok berteduh sementara menunggu latihan dimulakan.
"Fasha, simpan payung awak! Awak ingat ni tempat bersiar-siar ke? Macam mana nak berlatih kalau berpayung macam ni." Kedengaran suara Cikgu Azman menjerit memarahi Fasha. Fasha terkejut. Merah padam mukanya menahan malu. Dia segera menutup payungnya. Cikgu Azman meniup wisel dengan nyaring.
Semua pelajar berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing. Fiq, Yuna dan Adam dalam rumah sukan yang sama manakala Fasha pula dalam rumah sukan yang sama dengan Aiman.
Latihan sukan dimulakan mengikut rumah sukan masing-masing. Petang itu Fiq terpaksa berlatih untuk lompat tinggi. Satu-satunya sukan yang paling tidak disukainya kerana dia sentiasa tidak dapat melompat dengan tinggi. Adam menjadi tumpuan pelajar petang itu kerana bakatnya yang hebat.
Apabila tiba giliran Fiq melompat, dia mula berdebar-debar. Fiq memang tidak pandai langsung dalam sukan lompat tinggi ini. Walaupun dia cuba mencari alasan untuk mengelak diri namun usahanya gagal. Cikgu Azman tetap mahu semua pelajar mencuba.
Fiq menarik nafas panjang. Dia mengumpul segala kekuatan dan berlari lalu melompat cuba melepasi sekatan namun kakinya terlanggar besi. Kaki Fiq terseliuh. Mukanya berkerut menahan sakit. Fiq terduduk. Adam yang berada hampir dengannya segera membantunya. Adam memapahnya duduk di tepi padang.
"Kaki kau bengkak Fiq," ujar Farid sbil memegang buku lali Fiq. Fiq menjerit kesakitan. Sakitnya memang tidak terkata.
Ketika itu, Aliff dan rakan-rakannya lalu. "Eh, hero manis kita menjerit sakit lah! Kelakarnya. Aku ingatkan kau kuat tapi rupanya lembik jugak kau ni ye," perli Aliff.
YOU ARE READING
Aku Budak Tomboy
CasualeCerita ini mengisahkan tentang Shafiqah si gadis tomboy yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia. Shafiqah mempunyai dua orang kawan baik iaitu Fasha dan Yuna. Di sekolah, Shafiqah selalu diganggu oleh Aliff kerana budak itu anti dengan perwataka...