ღ❀✿FULL✿❀ღ

1.6K 63 20
                                    

"BILA nak sampai ni?" gumam Aressa mulai bosan.

Mendengar nada Aressa itu membuatkan Datin Nafsah tahu yang Aressa masih marahkannya.

"Ressa masih marahkan mama? Maksud mama, kenapa Ressa masih marahkan mama sedangkan waktu Ressa kecil-kecil dulu Ressa suka sangat kalau dapat balik rumah nenek?" marah Datin Nafsah pada anak yang memberontak tidak mahu dihantar ke rumah ke neneknya.

"Masalahnya, Ressa tak ingat semua tu, dan Ressa pun tak nak ingat semua tu. Ressa tak kisahlah tinggal dekat rumah seorang diri. Ressa dah besar, boleh jaga diri sendiri." Bentak Aressa lagi.

"Ressa dah lama tak balik kampung, Ressa tak nak ambil tahu ke keadaan nenek macam mana. Mama tak kira, Ressa kena balik juga. Lagipun nenek rindukan Ressa." Tegas Datin Nafsah.

"Apa masalahnya? Zaman sekarangkan dah canggih, telefon jelah." Balas Aressa tidak mahu mengalah. Bukan dia tidak mahu pulang ke kampung, tapi dia terasa janggal untuk berada di sana kerana satu apapun peristiwanya disana tidak dapat diingati. Membuatkan dirinya berasa kekok setiap kali bertemu dengan neneknya. Dia tak suka rasa itu, disebabkan itu dia rasa malas untuk pulang ke kampung.

"Kenapa Ressa degil sangat ni?" soal Datin Nafsah mula naik angin.

"Macam mana pula mama yang biarkan Ressa tinggal dengan nenek keseorangan sementara mama dengan papa seronok pergi bercuti?" marah Aressa. Wajah mamanya dipandang meminta penjelasan.

"Dah berapa kali mama perlu jelaskan Ressa?" suaranya dikendurkan.

"Ressa dah cakap, Ressa tak nak balik rumah nenek, mama tolonglah faham!"

"Ressa!! Itu nenek kamu. Dah papa tak nak dengar lagi, Ressa, papa akan tetap hantar kamu ke rumah nenek. Titik!" putus Dato' Hakimi. Sejak dari tadi, dirinya hanya mendiamkan diri, namun Aressa nampaknya terlalu berdegil terpaksalah dia gunakan kekerasan.

Aressa diam tidak melawan. Tangannya disilangkan di dada. Pandangannya dialih keluar tingkap. Wajah Datin Nafsah dan Dato' Hakimi langsung tidak ditoleh. Protes dalam diam.

AKHIRNYA mereka tiba dihadapan kediaman neneknya. Bag bagasi dicapai, Aressa melangkah keluar dari perut kereta. Rumah batu yang kelihatan sunyi sepi itu dipandang. Kelibat neneknya yang sudah menunggu disebelah pintu masuk dihampiri. Perlahan-lahan tangannya dihulur, ingin bersalaman. Usai bersalaman, terus Aressa melangkah masuk ke dalam rumah. Walaupun dia berasa kekok, tapi dia tetap menghormati neneknya.

"Bilik Ressa dekat atas!" laung Nek Mah pada cucunya.

Anak tangga dipanjat. Daun pintu ditolak. Bagasi dicampak ke atas katil. Telefon di dalam beg tangan diambil lalu duduk di atas katil. Baru sahaja melabuhkan punggung, mata Aressa terpandangkan kelibat seseorang dibalik tingkap rumah jiran mereka. Tingkap biliknya didekati, ingin melihat gerangan siapa yang berani menilik dirinya.

Namun, belum sempat dia melihat, langsir tingkap segera dijatuhkan oleh lelaki tersebut. Kelihatan bayang-bayang susuk tubuh berlalu dari tingkap jiran sebelahnya.

"Tak guna. Sesuka hati je tilik-tilik orang. Ish, geramnya." Bebel Aressa tidak puas hati. Bengang pula dirinya sesuka hati diintip oleh jiran neneknya. Dahla lelaki pula tu.

"Ressa! Kami nak balik dah ni. Jaga diri!" suara laungan Datin Nasfah mematikan bebelan Aressa.

Aressa tidak menjawab sebaliknya masih memerhati tingkap jiran sebelahnya. Perasaan geramnya masih belum hilang.

Hari semakin gelap. Neneknya asyik mengetuk pintu mengajaknya makan bersama namun Aressa menolak setiap kali neneknya memanggil. Bukan sengaja dia tidak mahu makan bersama kerana dia tidak mahu perasaan kekok itu hadir, dia tidak tahu ingin berbual apa dengan neneknya. Nasib baik juga dirinya tidak boleh solat, kalau tidak terpaksalah dia keluar dari bilik untuk mengambil wuduk. Agak lama Aressa terperap di dalam bilik, akibatnya dirinya yang terseksa menahan lapar. Perut dipegang.

CERPEN JANGAN LUPAKAN AKU ✔Where stories live. Discover now