Asyifa Alya Amani menggosok pakaian sekolah barunya di atas papan seterika dengan cermat.Sambil itu,dia menyanyi lagu kegemarannya dengan girang.Tersenyum puas dia apabila pakaian yang digosoknya telah pun siap.
Dia menggantungkan pakaiannya di dalam sebuah almari yang berpintukan kaca glass mahal ditempah walidnya di Turki.Satu persatu gantungan pakaian dimasukkan dalam almari itu.Bermula dari kain,kemeja,vase,hinggalah ke tudung.
Lantas dia merebahkan badannya di atas sebuah katil empuk dalam biliknya.Lenguh pula bahu rasanya selepas menggosok baju tadi.Tidak sabar rasanya dia ingin melangkah ke sekolah esok hari.
Maklumlah,esok adalah 1 Januari.Iaitu hari pertama dalam persekolahan.Dalam masa yang sama,dia akan bergelar student 'form 4'.Oh ya,dia dapat tawaran kemasukan ke MRSM kerana memiliki keputusan yang cemerlang ketika PT3 iaitu,10A+.Tetapi dia menolak atas alasan mahu berdekatan dengan keluarga aje.Dimana kita belajar,itu tidak penting bagi Syifa.
Asalkan niat yang gigih ketika belajar.Itu telah cukup bagi dirinya.Jarum jam telah menunjukkan jam 12:30 pagi.Syifa segera menutup lampu dan dia lantas tidur selepas selesai menunaikan solat Isyak diikuti dengan solat sunat 2 rakaat.Dia pun terlelap.
🍄🍄
PAGI ITU...
Tok..Tok..Tok.."Syifa sayang,bangun cepat.Nanti walid marah lambat lambat nanti.Lupa ke?Hari ni sekolah sayang".Puan Hazirah mengejut anaknya lalu diusap rambut anaknya.Tersenyum."Eh mama,dah pagi ke?Mama keluar dulu eh.Syifa pergi bersiap kejap eh".Ujar Syifa lembut sambil menggosok gosok matanya.Syifa lantas mencapai tuala dan ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
"Ha,sarapan cepat lepastu walid hantar Syifa dengan along pergi sekolah."Encik Izham memulakan bicara tatkala dua orang anaknya itu telah sampai ke meja makan."Okay walid".Jawab Haikal Haziq a.k.a along sambil menyuapkan nasi goreng ayam ke mulutnya.Syifa hanya mengangguk.Sedap sangat nasi goreng ayam buatan umi hingga tidak terkata!
"Along,cepatlah makan.Nanti lambat pula.Syifa kan penolong ketua pengawas.Mana boleh lambat-lambat sampai sekolah".Syifa berbisik ke telinga along yang betul betul berada disebelahnya."Yelah adik along,dah jom basuh pinggan kat dapur".Jawab Haikal dalam nada lagak saja tenang gitu.Syifa senyum lalu mengekori alongnya itu.
"Nanti balik pukul berapa? Macam biasa kan?"Soal encik Izham pada anak anaknya di kereta."Aah"jawab mereka serentak."Walid,Ifa pergi dulu eh.Along,dah jom masuk sekolah".gelaran 'Ifa' akan digunakan jika bersama orang orang terdekat.Contohnya,seperti keluarga dan sedara maranya.
"Bermula lagi lah tugas aku as pengawas hari ni" bebel Syifa lalu mendapatkan pintu pagar bagi menjaga aturan pelajar keluar masuk.
Haziq Haikal menuntut di sekolah yang sama dengan adiknya.Hanya tingkatan saja berbeza.Haikal tingkatan 5 manakala Syifa tingkatan 4.Beza setahun aje.
Syifa menongkat dagu sambil memerhatikan skrin smartphone nya.Ha,pelajar sekolah ini,hanya ketua pengawas dan penolong ketua pengawas aje tau yang boleh bawa phone sesuka hati."Boringnyaa"Syifa mengeluh perlahan."Mana lah Aida ni"bebel lagi Syifa.Haih.Memang suka bebel lah si Syifa ni😂.
Kelihatan susuk tubuh figura seorang gadis mendekati Syifa.Sengaja diperlahankan langkahnya.Setapak...Dua tapak...Tiga tapak..."Asyifa Alya Amani!"tegur sahabat karibnya iaitu Aida Asyura binti Azman.Syifa terkejut hingga tercampak smartphonenya.
YOU ARE READING
Tok Tok Tok! You Are Thieves!
Teen FictionAsyifa Alya Amani a.k.a Syifa adalah seorang gadis jelita berumur 16 tahun yang menuntut di SMK Sultan Abu Samad Abdullah.Syifa adalah seorang gadis yang cantik,yakin pada diri sendiri,bijak, tegas,baik hati serta memiliki rupa paras yang putih mele...