Syifa baring di bahu along a.k.a Haikal Haziq lalu melelapkan matanya.Terasa letih sungguh.Haikal pula bermain games 'Candy Crush Sugar' di smartphone Syifa.Segala 'password' didalam smartphone Syifa,diketahui oleh seluruh ahli keluarganya.
Angin sejuk semakin kuat menampar-nampar wajah mereka berdua.Menandakan awan sudah banyak menyerap air.Tak lama lagi,hujan lah tu.Haikal semakin risau apabila kelibat kereta walid masih tidak kelihatan.Syifa pula lena tertidur sambil memeluk erat lengan abangnya itu.
Tidak lama kemudian,kereta Sonata keluaran baru milik walid mereka muncul, lalu pedal hon dibunyikan.Haikal menghembus nafas lega.Disegeranya mengejut Syifa.
"Ifa sayang adik along,bangun ya.Walid dah sampai tu.Tak lama lagi dah nak hujan ni.Ifa nak balik jalan kaki ke?Kalau along,along tak nak tahu".Ujar Haikal lembut lalu mengusap-usap bahu Syifa lembut.Penuh kasih sayang sebagai seorang abang."Ha?walid dah sampai ke?yeay.Jom masuk kereta.Adik pun tak nak lah jalan kaki".Jawab Syifa lesu, kesan daripada tidur.
Haikal memimpin erat lengan Syifa bagi menuju ke dalam kereta walidnya.Haih😌,untung Syifa dapat abang sebaik itu😚.Author nak juga!Hahaha,tak delah.Author pun ada abang penyayang juga.HAHAHAHA.Abang author lagi baik.Cewahh.
Haikal membukakan pintu kereta buat Syifa.Syifa tersenyum.Lalu diucapnya "thanks a lot along"😘😘.Jika pelajar di sekolah ada yang tidak tahu status hubungan mereka adalah adik beradik,sudah tentu mereka me'judge' mereka sebagai couple.Sebab apa? Sebab Syifa dan Haikal sangat rapat dan selalu saja bermesra dan bergurau!
"Walid minta maaf okay sebab lewat ambil kamu berdua.Walid ada emergency tadi yang tak dapat dielakkan".Encik Izham bersuara sebaik saja anak- anaknya telah masuk ke dalam kereta.Ayahnya berkerja sebagai doktor pakar jantung di sebuah hospital pakar yang terletak kira-kira setengan jam dari rumah mereka.
"Tak pe".Jawab Haikal sambil menyisipkan rambutnya ketepi.Syifa pula,tidur di tempat duduk belakang.Penat lah tu.Ada meeting lagi, lepas tu handle pelajar pergi dan pulang sekolah pula.Ha lagi satu,kelas mereka terletak di tingkat 4 blok H pula.Kesimpulannya,banyak tenaga yang telah digunakan pada hari ini lah nampaknya👀💨💤
🌸🌸Malam itu🌸🌸
Puan Hazirah menyedokkan nasi putih ke pinggan suaminya dan anak anaknya sementara menunggu anak-anaknya selesai menunaikan solat Maghrib.Encik
Izham menolong isterinya membuat air.Lalu dituang air tersebut pada gelas-gelas yang telah siap disusun atas dulang.Kemas.
"Abang,panggil Ifa dengan Haz bang.Biar saya ambil lauk-pauk dekat dapur tu.Sejuk pula lama-lama lauk tu".Puan Hazirah mengarah lembut suaminya lalu menguntum senyuman."Okay sayang.Abang pergi panggilkan diorang ya👌".
Syifa menongkat dagu.Dia menghempaskan dirinya di katil lalu dicapai smartphonenya yang berdekatan dengannya itu."241 notification message dari group L4U Squad Whatsapp ?"dia berbisik sendirian.
Syifa membaca satu persatu message yang diterima.Sedang itu,pintu biliknya diketuk dengan diikuti salam."Buka lah.Tak kunci pun" ujar Syifa dari dalam bilik, lantang."Turun cepat makan.Panggil along sekali.Lagi 2 minit korang tak turun,walid potong duit sekolah kamu.Mahu?"Syifa segera menyimpan smartphonenya dalam poket seluarnya."Yalah walid".
Syifa mengambil sikat rambut lalu disikat rambutnya perlahan.Lalu segera keluar dari bilik.Langkah Syifa terhenti apabila terdengar alongnya ketawa dalam bilik sorang-sorang.Syifa memasang telinga."Haha,esok saya temankan awak.Dah-dah tak payah lah merajuk lagi ya"Syifa tergelak apabila mendengar alongnya bercakap sedemikian."Call dengan siapa lah tu along ni.Along ada girlfriend ke?"Monolog Syifa.Pintu diketuk."Along,turun lah makan.Umi dengan walid dah panggil dah tu"."Oh ye ke.Okay kejap lagi along turun".
Syifa meneruskan langkahnya ke meja makan."Along mana?"Soal puan Hazirah."Ada dalam bilik.Kejap lagi keluar lah tu".Along turun dengan muka senyum hingga ke telinga.Syifa telah menyangka bahawa firasatnya tepat."Eh Haz,senyum je? Ada apa-apa ke ni?".Padan muka kau Haz , sekali walid tanya.Ha,jawab lah Haz!😂😂
"Jumpa keluarga kenalah senyum kan.By the way,senyum itu kan sedekah".Jawab Haikal selamba."Yeke along?macam ada something je?"."Shuttt"Mereka berbisik sebaik saja duduk bersebelahan di meja makan.
YOU ARE READING
Tok Tok Tok! You Are Thieves!
Ficção AdolescenteAsyifa Alya Amani a.k.a Syifa adalah seorang gadis jelita berumur 16 tahun yang menuntut di SMK Sultan Abu Samad Abdullah.Syifa adalah seorang gadis yang cantik,yakin pada diri sendiri,bijak, tegas,baik hati serta memiliki rupa paras yang putih mele...