BAB 19

118 6 0
                                    

   Kejang betul kaki ni. Nak pergi sekolah macam mana? Tak payah sekolah boleh tak ? Eh lupa pula hari ni Ahmad Muhaimin masuk SMKSASA.Nak tengok jugak dia masuk kelas apa,kawan dengan siapa.Aku menilik ke arah jam dinding bercorak kartun Frozen. Okay,baik mandi dulu lepastu baru check telefon. Nanti karang tak sempat nak siap-siap.

   Daun pintu tandasku tolak lalu membungkus rambut yang telah siap dicuci dengan Safi Shayla menggunakan tuala.Krim siang pencerahan atas meja solek ku capai lalu menepekkanya pada wajah.Wangi !

   Eh jap. Semalam tak sempat nak gosok baju sekolah ! Omaigad! Jadual kelas ku periksa berulang-ulang kali. Fuh,nasib baik harini pakai baju kokurikulum. So,pakai T-shirt koko je lah dengan seluar slack serta tudung hitam bawal crepe yang sememangnya tersedia dalam almari.

                              
"Nanti tunjukkan kelas please"

"Eleh,tanya abang aku lah"

"Dia form berapa ,kita ni form berapa. Kau kena faham"

"Hm"

"Please. Aku gemuruh ni :("

"Yalah yalah. Aku tunggu kau kat pagar sekolah"

"Yeah,thank you princess"

"Most welcome orang ngada-ngada"

   Telefon disimpan semula dalam kocek seluar setelah usai membalas message WhatsApp dari 'prince' tadi.

                                🐇🐇

   "You are late" ujar aku selepas menilik waktu jam di jam tanganku."Lambat apanya ? Baru pukul 7 setengah" jawab Muhaimin selamba lalu memeriksa jam tangannya."Excuse me sir,masuk kelas adalah pada jam 8 pagi. Jadi,rasa-rasanya sempat ke kalau perhimpunan setengah jam je ?Dah! Pergi beratur dekat perhimpunan sana"bidas aku tegas dengan menggunakan kuasa veto aku. Muahahaha ! Muhaimin membuat muka sedih. Ada orang kesah ? "Syifaaa.." panggilnya meleret. " Nak apa? Tak dengar ke aku cakap apa tadi?"."Aku mana tahu nak beratur kat mana. Em"Muhaimin menunduk pandang ke lantai lalu menguis-nguis kasutnya.Kasut ada jenama , berani dia rosakkan kasut ? Fuh. "Kejap.Aku nak ambil barang lepastu kau ikut aku beratur.Lepas perhimpunan pula,ikut aku pergi office.No excuse.Fullstop" figura dihadapannya itu hanya tersenyum riang. Yeah! Syifa nak tolong! Aku lantas mengambil beg yang disandarkan pada bangku lalu memeriksa nama pelajar yang datang lambat ke sekolah pada hari ini yang dicatat pada memo pad.

   "Beratur kat sana" lalu menuding jari ke arah barisan lelaki kelas atas-atas.Dia pandang.Nak apa ? "by the way,thanks" dia melambai lambai lalu memberi senyuman.Senyuman ikhlas.Ya,ikhlas.Aku terpanar kejap.Kenapa eh ?

   Aku menghela nafas.Lega ! Tak payah nak hadap dia lelama.Aku terus ke kelas untuk menyiapkan homework yang diberi oleh cikgu Hamidah tempoh hari.Perhimpunan ? Head prefect handle minggu ni.Yeah.Dalam perjalanan ,tanganku ditarik dari belakang.Siapakah ?

"Weh,Cikgu Gopal nak jumpa kau" -Aida

"Cikgu Gopal? Asal ha ? Bukannya dia ada ajar kelas kita pun"

"Entah.Tu yang aku hairan kejap tadi masa dia cakap macam tu kat aku"

"Cikgunya kat mana ? Kan perhimpunan sekarang ni'

"Dia kat bilik guru.Nanti apa-apa hal,kau story story kat aku yo"

   Ada-ada jelah cikgu beragama hindu sorang ni.Homework macam mana? Hm,tak apa lah yang penting baik aku cepat ! Aku segera naik tangga laju-laju.Aku melangkah sekali dua anak tangga.Well,pakai seluar kan.Hehe!Alamak kaki tak baik lagi ! Pak!!

   "Aduh,sakitnya macam mana boleh lupa kaki kejang ni.Hm" aku mengurut perlahan.Sakit! "Itu lah,lain kali hati-hati jangan lari je.Kat mana-mana semua nak lari.Kan dah sakit" ujar Izzul lalu menghulurkan minyak gamat ."Alah,orang nak cepat.Tu yang rush" aku mencapai minyak gamat yang dihulurkan Izzul.Nasib baik dia ada

   "Kau tak handle perhimpunan?" Soal aku sambil menyapukan minyak tadi pada kaki yang sakit."Ouh pasal perhimpunan tu dibatalkan harini sebab cikgu semua ada meeting.Tu ha,pelajar semua bawah pemantauan pengawas-pengawas kat dewan" terang Izzul panjang lebar.Aku senyum lalu menghulurkan minyak tadi pada dia "thanks.Responsibility betul kau weh.Aku salute kau!" aku segera memegang erat tiang tangga dan berusaha untuk bangun."Cewah ,biasa ar tengok lah siapa. Izzul kan.Hahaha".Dalam mereka rancak berbual ,terdapat seorang lelaki memandang ke arah mereka dengan rasa iri hati."Weh,aku naik pergi bilik guru dulu ya.Bye and thanks for everything"balasku pada Izzul lalu menjengkit-jengkit naik ke tingkat atas."Bye sayang! Take care" laung Izzul dari bawah.Eh Izzul ni,buat malu aje tahu nak panggil sayang sayang semua ni. Bukannya ada apa apa pun.Dalam diam,ada yang mengukir senyuman.

                              

***

   "Ya cikgu Gopal,ada apa panggil saya?" Guru berbangsa India itu melepaskan pegangan pen di tangannya lalu memandang ke arah ku."Tahu apa awak kena buat?"dush.Soalan apa ni wahai cikgu? Cakap belit-belit lah pulak.Cakap straight to the point lah."Hm? Maksud cikgu?" Soal ku bingung.Gila kau tak pelik? "Pasal kem.Kami akan adakan di sekolah lain.Semuanya di sponsor penuh oleh pihak penaja rasmi" okay,aku faham sikit-sikit."Muat ke cikgu? Sebab dengar kata,semua tingkatan terlibat" . "Tak jadi.Kami khusus untuk form 3,4 dan 5".Cikgu ni,kesian budak form 1 dengan 2 .Hm."Kalau saya boleh tahu,apa nama sekolah tu?"soal ku bersemangat.Nanti boleh google! ."Tak silap saya,SMK Sri Putri".




"What?????!!!"

Tok Tok Tok! You Are Thieves! Where stories live. Discover now