"Ha Syifa,kenapa kerut muka ni? Cikgu ada salah cakap ke?" Soal cikgu Gopal.Smk Sri Putri ? Jauh tu . "Setahu saya kan cikgu,sekolah tu jauh sangat dari sini.Luar Johor kan?" Soal ku selamba. "Aah jauh lah juga. Dekat Terengganu" jawab cikgu Gopal sambil mengusap usap dagunya. See ? Jauh kan! "Err,kalau boleh saya tahu.Kenapa kem kali ni jauh sangat ? Kenapa tak buat kat sini-sini aje?" Soal ku kebingungan . "Alah,lagi pun awak awak semua dah besar. Boleh jaga diri . Sambil menyelam,sambil minum air. Dekat sana nanti,kita boleh jalan-jalan sekali nanti. Tengok itu ini.Belajar benda baru" ujar cikgu Gopal seperti dia yang tidak sabar-sabar ke kem . "Ooooo.By the way, berapa yuran yang dikenakan?" Soalku yang semakin berminat dengan aktiviti kali ini . Cikgu Gopal membuka fail yang berisi kertas kerja. Lalu di bacanya dengan teliti . "Dalam RM250 seorang.Termasuk makan,minum,khemah,kereta api,jalan-jalan" . What? Naik kereta api? Bersinar-sinar mata! Selalunya kalau pergi jauh-jauh naik pengangkutan awam pun,mesti naik kapal terbang (dengan family lah). "Okay,nanti apa-apa cikgu bagitahu saya.Saya keluar dulu.Bye" ujar ku padanya . "Baiklah" jawab cikgu Gopal lalu menyambung kerjanya.
Aku keluar dari bilik guru dengan segera lalu bergerak menuju ke kelas ku yang terletak di blok belakang.Aku masuk ke dalam kelas yang diberi nama 4RKKSS1 itu lalu laju saja jari menghidupkan suis kipas.Lampu telah sedia terpasang. Kelihatan Danial Anaqi a.k.a ketua kelas gila kuasa itu sedang tekun membuat sesuatu di mejanya.
"Hah!Buat apa tu!" Tegur ku mengejut dari belakang .
"Uish kau ni Syifa.Terkejut aku tau . Haih" jawabnya lalu semakin laju tangan Anaqi menulis.
"Eleh.Tak siap homework lah tu.Tu lah semalam bukan main suruh orang lain siapkan.Ha kan sekarang bla bla bla bla"
"Diam lah. Tak payah nak bebel kat aku. Pagi pagi aku dah kena tahan bebel kau.Aku nak siapkan kerja ni. Dah jangan kacau . Uhuk uhuk uhuk" ujar Anaqi lalu terbatuk perlahan. Angin sejukkkk.
"Haaaa,kalau demam tak payah datang sekolah" balasku
"Syifaaaaa! Diam! Uhuk uhuk uhuk uhuk !" Anaqi jawab tanpa melihat Syifa.
"Eeeiii. Tak nak kawan kau. Eeiiii.Hate hate hate!" Aku terus duduk di kerusi kayu kelasku lalu sepantas kilat menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh.
10 minit kemudian.
Geng ahli L4U Squad masuk ke kelas diikuti dengan pelajar yang lain dan ketika itu lah homework telah pun berjaya disiapkan. Yeay! Aida meletakkan fail pink nya di bawah meja dan meleraikan tali beg sandang ke kerusi. "Aduh. Berat gila beg hari ni" keluhnya sambil mengelap peluh di dahi menggunakan tisu poket.
"Kau biar betul beg berat? Beg aku ringan je ni" soal Uzwa kebingungan.Aku kah yang salah jadual?!
Aida menaikkan kening. Seriously ringan ? "Jap aku check jadual" Yang lain tengokkan aja gelagat mereka .
"Okay,hari ni hari apa?" -Aida
"Em,Ahad?" -Uzwa
"Kau nak tahu tak aku jadual buku ni hari apa?" -Aida
"Apa ? Isnin,Selasa,Rabu,Khamis. Ha,yang mana satu?".
"Aku TERbawa semua buku weh. Semua!" Jawab Aida ketawa dan geram.
"Ye wei? AHAHAHA padan muka kau. Kat rumah kau buat apa je? Kan cuai dah.Ahahaha" balas Uzwa dan Naimy.
Muka Aida selamba.Malas nak marah benda yang dah terjadi.Tapi geram juga dengan diorang sesuka hati badak sumbu dia je gelakkan aku ? Haih. Nasib member.Ahahaha.
"Ha Syifa,tadi cikgu Gopal panggil kau ada apa ?"
Aku tersedar daripada mengalamun apabila nama ku di 'mention' oleh Aida . Naimy,Ariesya,Uzwa menantikan jawapan. "Apa kau cakap tadi?" Soal ku . Soalan dibalas soalan.
"Ingat siapa je kau ni. Ingat pakwe eh. Aku cakap boleh pula dia tak dengar. Syifa ada pakwe wei.Wuuuuuu~" Balas Aida geram lalu tertawa seraya memukul-mukul lengan Naimy yang berada disebelahnya. "Woi ! Lengan aku yang halus mulus ni kau pukul ? Sakit au.Minta maaf pat" jawab Naimy gedik.
"Eii memasing gedik eh. Gila" Ariesya menyelamatkan keadaan. "Ha,sambung Syifa" pinta Uzwa pula. Aku menjongket kening "Sambung pe?" . "Pasal cikgu Gopal yang berbangsa hindu tu lah wahai cik Syifa adik kepada Haikal Haziq " sengaja Uzwa menekankan nama abang Syifa itu. Aida tersipu malu. See ? Semua orang perasan yang Aida ada affair dengan Haikal Haziq. Muahahahaha!
"Oooooooo"balasku panjang melengahkan masa.
"Cepatlah bagitahu!!!!" Ujar L4U Squad yang lain.
"Syhhhhhhh!" Anaqi membuka suara sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir.
"Okay girls,tadi cikgu Gopal inform kat aku fasal kem! Best gila. Naik kereta api tau kali ni!"
"Uyooooo!" Balas Naimy beria.
"Serious ? Best gila. Sejuk tau" Sampuk Ariesya.
"Best tu best juga. Tapi kat mana kem kali ni? Siap naik kereta api . Mesti jauh ni" soal Uzwa mematikan KEberiaan kami.
"Kat penyu" jawab ku ala kadar
"Ha? Penyu ? " soal Aida bingung
"Apa benda lah korang .Penyu tu Terengganu le.Ahahaha" Jawab Naimy.
Aku menganggukkan kepala lalu menunjukkan tumbs up kepada Naimy . Good Naimy ,good 👍👍👍.
"Terengganu? Na na na na na Ganu kita!" Balas Ariesya menyanyi
"My village! " sampuk Aida
"By the way,Terengganu sangat best" ujar ku .
"Guys,pergi makmal bio jom guys. Dah masuk waktu ni" ujar Puteri Aimi a.k.a penolong ketua kelas kami lalu melemparkan senyuman . Ah sudah pelajar lelaki kelas kami cair melihatnya. Dasar buaya darat!
"Ok Aimi. Jom L4U Squad" ujar ku kuat sengaja. Agar pelajar lelaki yang lain berhenti memandang Aimi. Bagus kan niat aku? Ahahaha .
Plan aku berjaya apabila budak lelaki segera membuka beg masing-masing untuk mengambil buku and what else apa yang patut untuk ke makmal.
Aida memasukkan kerusi ke meja lalu diikuti kami semua.
"Cepat beratur! " laung Anaqi dari luar kelas . Lalu kami pun bergerak ke makmal dalam barisan.
YOU ARE READING
Tok Tok Tok! You Are Thieves!
Teen FictionAsyifa Alya Amani a.k.a Syifa adalah seorang gadis jelita berumur 16 tahun yang menuntut di SMK Sultan Abu Samad Abdullah.Syifa adalah seorang gadis yang cantik,yakin pada diri sendiri,bijak, tegas,baik hati serta memiliki rupa paras yang putih mele...