bab 2

5.7K 287 2
                                    

Indahnya petang ini
Duduk bersantai bersama saudara.
Sambil berbual sambil minum
Aahh rindunya kenangan semasa kecil dahulu...

"alisya,kau buat apa kat atas pondok tu, atuk dah panggil makan ni" aqira memanggil adiknya yang sedang duduk diatas pondok.
"yela kakak, kita nak ambil angin sikit pun tak boleh. Kakak dan ariana tu mandi bukan main lama lagi jadi lisya duduk la kat luar dulu"balas alisya

"eh eh budak ni dia menjawab balik,dah masuk cepat" tegas aqira.

Aqira dan alisya masuk ke rumah untuk makan bersama-sama atuk dan adik mereka.

" dengar sini atuk ada sesuatu nak cakap"mendengar apa yang atuk mereka cakap terus mereka diam dan memberi perhatian sepenuhnya.
"atuk ada kerja seminggu ni dan atuk tak kan balik sini dalam masa seminggu jadi korang bertiga jangan nak merayap waktu malam, aqira jaga adik-adik dan satu atuk nak pesan jangan sesekali kamu bertiga masuk bilik sebelag bilik atuk tu faham?? "tegas tugas ail kepada 3 cucunya.

"faham atuk" jawab mereka serentak.
"bila atuk nak pergi"tanya ariana.
"mungkin esok pagi selepas kamu bertiga pergi sekolah, alisya esok jangan lupa bawa kunci rumah dan aqira,ariana kamu berdua gaduh dengan pelajar-pelajar di sekolah pula"

"yela atuk"jawab aqira.

Selesai makan, alisya mengemas meja makan dan dapur manakala aqira dan ariana sudah masuk ke bilik. Tuan ail pula selepas makan terus keluar untuk membeli barang dapur untuk cucu-cucunya.

Di dalam bilik

"kak qira tak pelik ke kenapa atuk larang kita masuk bilik tu"tanya ariana
"pelik tu pelik juga tapi kalau kita tanya pun bukan atuk nak jawab"balas aqira sambil bermain handphone.
"ermm, haa esokkan atuk tak ada apa kata lepas balik sekolah, kita bertiga masuk bilik tu lagi pun atuk bukan tahu yang kita masuk bilik tu"ariana memberi cadangan supaya Mereka masuk ke bilik yang dilarang oleh atuk mereka dari kecil lagi.
"aria!!!! Jangan nanti atuk tahu la"bantah alisya yang baru saja masuk bilik.
"ala kak lisya bukannya atuk tahu kalau kita tak bagi tahu, betul tak kak qira"balas ariana yang bersungguh-sungguh mahu masuk ke bilik itu.
"betul juga, ok macam ni lepas balik sekolah esok kita masuk bilik tu lagi pun akak pun nak tahu apa yang disembunyikan oleh atuk didalam bilik tu"jawab aqira..
"yeayyy, kak qira setuju"sorak ariana apabila kakak sulungnya setuju dengan rancangannya.
"ermm baiklah, lisya ikut ja"balas alisya, bagi alisya apabila kakaknya sudah memberi kata putus dia dan adik dia tak dapat membantah..

Dapatkah mereka masuk ke dalam bilik itu..
Tunggu sambungannya di bab 3

Three Twin Girl MagicWhere stories live. Discover now