Sebaik sahaja ariana menyimpan buku healing yang dijumpainya, ariana terpandang sebuah buku yang agak tebal berwarna hitam corak coklat. Apabila dia mengambil buku tu, rak buku yang brrhadapan dengannya terbuka dan terdapat satu bilik di sebalik rak buku itu, ariana terus mengambil kakak-kakaknya.
"kak qira!!!! Kak lisya!!!"jerit ariana memanggil kedua kakaknya.
"apa yang menjerit tak tentu pasal ni, nak kak plaster mulut aria ha"aqira memarahi ariana,dia yang tadi menbelek gambar yang tergantung didalam bilik itu terkejut apabila mendengar suara adiknya menjerit lalu bergegas ke tempat adiknya.Alisya yang baru sampai ke ke tempatnya kelihatan risau apabila mendengar suara adiknya menjerit memanggilnya.
"kenapa aria, ada luka kat mana-mana ke, mari kak lisya tengokkan"alisya yang risau akan ariana terus membelek tubuh adik kesayangan untuk memeriksa.
"lisya, kamu tak payah nak risau sangat, dia tak apa-apa pun" aqira menegur alisya yang kelihatan terlalu risaukan adik mereka.
"kak qira,kak lisya tadi semasa ariana nak ambil buku tebal yang berwarna hitam bercorak coklat tu, tiba-tiba rak buku itu bergerak dan terdapat sebuah bilik di belakang rak itu" jelas ariana mengapa dia menjerit memanggil kakak-kakaknya.Mereka bertiga terus bergerak ke rak buku yang dimaksudkan oleh adiknya.
Memang benar apa yang dikatakan oleh adik mereka, disebalik rak buku tersebut terdapat sebuah bilik. Mereka mengambil lampu suluh untuk memberi cahaya pada bilik itu. Sebaik sahaja mereka memasuki bilik itu. Masing-masing mencari suis lampu.
"mana suis lampu ni, dah la gelap ja bilik ni" omel ariana seorang diri.
"ish mana la suis ni, selalunya dalam bilik rahsia macam ni suis lampu akan berada berdekatan dengan pintu masuk iaitu dekat dengan rak buku tadi"alisya memberi pendapat dan pandangannya lalu terus ke rak buku tadi dan akhirnya dia berjaya menemui suis lampu itu.
Alisya membuka lampu dan cahaya yang terang memerangi bilik itu dan mereka melihat sekeliling bilik rahsia itu. Terdapat 3 bilah pedang berlainan warna dan 3 beg yang masing-masing mengandungi benda-benda yang penting seperti lighter, tali, botol air, pisau, kotak kecemasan dan bekalan makanan. Beg itu seperti baru sahaja diletakkan. Mereka mengambil beg itu lalu digalas,entah mengapa mereka rasa mereka memerlukan beg itu.lampu suluh telah dimasukkn kedalam beg."kak qira, kenapa atuk tak bagi tahu kita pasal bilik ni" tnya ariana.
"ni kan bilik rahsia, kalau atuk bagitahu kita, tak la namanya bilik rahsia"jawab aqira dengan bershaja.
"dah la tu, mari kita lihat pedang tu"alisya memberhentikan perbalahan antara kakak dan adiknya.
Apabila mereka sampai ke meja yang terdapat tiga pedang berlainan warna itu. Mereka mengambil pedang mengikut warna kesukaan mereka.Aqira-pedang berwarna merah
Alisya-pedang berwarna biru
Ariana-pedang berwarna hijauSebaik sahaja mereka memegang pedang itu, cahaya dari pedang itu keluar dan menyilaukan pandangan mereka. Apa yang mereka rasa adalah mereka seperti jatuh kedalam lubang yang dalam.
"aaaaaaaaaaahhhhhhhhh!!!!!!!! "
Jerit tiga kembar itu..Bersambung....
YOU ARE READING
Three Twin Girl Magic
FantasyAqira Alisya Ariana Kembar tiga yang mempunyai kuasa magic dari kecil.. Mereka dibesarkan didunia manusia oleh atuk mereka, mereka tidak tahu siapa diri mereka yang sebenar. Suatu hari ketika atuk mereka pergi kerja, mereka bertiga bertekad hendak...