“Dipersilakan”Kelihatan sekumpulan lelaki kacak yang menggunakan baju yang kelihatan mahal dan kasut berjenama serta aksesori jam , rantai leher , gelang dan cincin yang berjenama mahal .
Terdengar jeritan pelajar perempuan yang riang setelah mengetahui senior baru mereka sangat kacak dan kaya .
“Selamat Sejahtera , Saya Aizaqq Yoel . Panggil saya Senior Zaqq . Berumur 18 tahun dan ketua senior”
Ucap Zaqq yang mengenakan neck tie berwarna maroon .Dari kanan hingga kiri , dia mengenalkan sepupunya kepada pelajar lain .
“Disebelah saya ialah Ren , J.O , Royy , Mark , Stevan , Kevin , Joe dan yang muda ialah Yoshua ” sambungnya .
“Handsome anak pengetua kita rupanya .” Kata Deena yang hanya terdiam dari tadi .
“Tapi rasanya , mereka akan tertarik dengan pelajar yang lebih atas dan high class . Asalkan bukan kita” Sambung Deena yang rendah diri .
Setelah beberapa minit , senior berucap . Ucapan mereka pun diakhiri dengan tepukan gemuruh . Terutama dari pelajar perempuan yang tidak berhenti bersorak keriangan .
Lagu Negaraku , Bangsa Johor serta lagu Sekolah dimainkan menandakan sudah sampai ke penghujung majlis . Semua pelajar diminta berdiri tegak untuk menyanyikan lagu tersebut .
Perhimpunan ditamatkan dengan doa lalu pelajar diarahkan beratur untuk masuk ke kelas .
Sementara menunggu guru mata pelajaran masuk , Scarlett berkumpul di meja Raein untuk berbual-bual .
“Aku tak nampak pun muka senior kita sebab depan sangat .” . Mici mengadu .
“Lain kali , kalau tau mata sendiri rabun . Pakai lah cermin mata” . Balas V .
Lynne pula menyambung “ Kalau ada jodoh , nanti korang jumpa lah . Kita mana lah tau .”
“Haa .. cakap pasal senior baru kita , teringat pula nak tanya . Senior kita tu jahat ker ? . Why pelajar lelaki macam tak suka ?” . Tanya Raein yang hairan .
V menjawab “Budak kelas sebelah kata , mereka baik tapi agak tegas . 2 tahun lepas , sebelum kita bersekolah kat sini , senior dah buang lebih 100 pelajar . Dan membuli pelajar perempuan yang menyukai mereka”
“Owh .. ” Jawab mereka serentak .
Selang beberapa minit . Seorang guru perempuan yang mengajar mata pelajaran sains masuk ke kelas .
“Selamat sejahtera Cikgu Zati” . Ucap pelajar kelas tersebut .
“Pelajar yang lain sila buat latihan muka surat 28 . Raien and the gang boleh tolong cikgu tak ?” .
“Boleh cikgu”
“Baiklah . Ambil kunci ni . Pergi ke Tempat letak kereta cikgu di belakang . Kereta Gen 2 warna kelabu yang kat tengah . Ambil buah-buahan and biskut di tempat duduk hadapan . Then , pergi ke bilik guru . Ambil kek dari peti ais yang dihujung . Kumpulkan diatas meja saya , k . Kalau boleh dengan pantas ” Arah Cikgu Zati kepada mereka .
YOU ARE READING
School Love Story
RandomSCARLETT atau SCT ialah sekumpulan sahabat baik yang bersekolah di Marion High School . Di hari pertama mereka memulakan persekolahan mereka , pengetua mereka iaitu Puan Mary mmperkenalkan anak lelakinya , Zaqq serta sepupunya kepada sekolah terseb...