*Dalam perjalanan ke rumah ...
Scarlett mengayuh basikal mereka tanpa berbicara apa-apa . Hampir 10 minit berlalu , tiada satu cerita pun yang dikeluarkan oleh mereka seperti biasa . Lalu , Mayy yang tidak menyukai suasana sunyi mula berkata ..
"Weii . Asal senyap sangat ni ? . Jumpa hantu ke tadi ?" .
Selepas beberapa saat , pertanyaan Mayy pun dijawab ..
"Ha'ah . Baru tadi jumpa hantu . Hantu yang makan kawan" Jawab V dengan nada tidak puas hati .
Mayy berhenti berbicara kerana tidak memahami apa yang dikatakan sahabatnya itu .
Setelah melihat wajah Mayy yang seperti tidak tahu apa yang dimaksud V tadi . Deena berkata ..
"Hantu Mayy lah . Yang alwayssss jadi pelari utama kalau tengok hantu" .
"Owh .. gitu ke . Hm .. Aku lari tadi sebab terkejut bukan takutlah . Mohon take a note ! . Ini wira SCT okeyy ." Jawab Mayy dengan senyuman yang bangga .
"Eleh , jumpa cicak pun dia cabut . Apalagi hantu" Jawab Lyene . Scarlett mengangguk tanda setuju akan apa yang Lyene katakan .
"Girls . Jomlah cepat sikit . Dahnak pukul 8 sekarang . Kejap lagi makan malam" . Kata Raein yang telah berada di hadapan .
Mereka meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah dengan suasana yang sunyi tanpa sebarang perbualan .
*Di sekolah
Kelihatan seorang lelaki menggunakan kot hitam yang memasukkan tangan ke dalam poket baju sambil turun menuruni anak tangga di depan kelasnya bersama 5 orang sahabatnya yang terlihat tidak banyak berbicara .
Tapak kaki mereka yang menuruni anak tangga dapat didengari di seluruh kawasan itu kerana terlalu sunyi .
"Kevin, Yoshua" Panggil Zaqq yang berjalan di tengah-tengah mereka yang mengenakan kot hitam mahal .
"Ya ?" Jawab kedua beradik itu yang hanya beza jarak umur 1 tahun . Kevin ialah abang manakala Yoshua ialah adik yang berdikari dan jarang bergantung pada abangnya .
"Korang berdua still bermalam kat hotel ke malam ni ?"
"Itu . Semestinya" Jawab Yoshua . Kevin pula hanya mengangguk tenang .
"Esok tinggal kat rumah aku lah . Bilik banyak lagi . Yang tinggal kat situ aku , Ren , J.O , Roy , Mark , Stevan and Joe .. Lagipun , banglo tu memang dikhaskan untuk kita pun . Jadi , apa salahnya"
"Jom lah . Rasa macam tak lengkap pulak kalau ada ahli yang tak cukup dalam satu banglo besar tu ." Sambung Joe yang berada di belakang mereka .
Setelah menuruni tangga yang tinggi , mereka berjalan menuju ke tempat letak kereta sambil menanti jawapan dari Yoshua dan Kevin yang masih belum membuat keputusan .
Tiba-tiba , kedengaran seseorang memanggil Zaqq dari arah kantin .
"Zaqq ." Panggil Roy yang bersama Stevan dan Mark yang baru keluar dari kantin untuk meronda .
"Beberapa minit yang lepas tadi , korang dengar tak suara perempuan menjerit ?" Tanya Stevan yang mempunyai tatapan mata cool .
"Tak . Kami baru turun dari tingkat 1" Jawab J.O dengan wajah bengis nya itu .
"Mungkin pelajar perempuan yang balik lambat . Or maybe something" Usik Ren dengan senyuman manis nya itu .
Mereka hanya tertawa kecil sehingga menunjukkan gigi taring yang menambah aura karisma mereka itu .
"Sudah lah Ren . Lain kali jangan layan sangat horor movie . Dengar bunyi jer 'something'" Balas Kevin .
"Abaikan jelah something kau tu . Aku dah lapar sangat sekarang ni . Balik jom ." Kata Joe yang hanya terdiam kerana kelaparan .
"Okey lah . Btw . Kevin , Yoshua . Kalau dah buat keputusan bagitau lah . Kalau boleh , tidur lah kat bango aku k " Kata Zaqq yang mengambil berat akan ahli-ahlinya . Tambahan pula , Zaqq ialah yang tertua sekaligus leader kepada SCT O .
"Erm . Esok , aku dengan Yoshua perlukan berok-berok ni untuk angkat barang aku sebab kami dah buat keputusan untuk tidur kat banglo kau " Kata Kevin sambil menunjuk sahabat-sahabatnya .
Sebagai sahabat , SCT O hanya mampu bersetuju demi kesatuan geng mereka .
Setelah itu , mereka keluar dari pintu sekolah lalu berjalan menuju ke tempat letak kereta . Kesemua mereka menggunakan kereta berjenama Ferrari 458 yang diimport dari Italia .
Mereka memundurkan kereta untuk keluar dari tempat letak kereta lalu menuju ke Banglo Zaqq yang boleh tahan jauh daripada sekolah . Sementara Yoshua dan Kevin menuju ke Hotel tempat mereka menginap yang tidak jauh daripada Banglo Zaqq .
YOU ARE READING
School Love Story
RandomSCARLETT atau SCT ialah sekumpulan sahabat baik yang bersekolah di Marion High School . Di hari pertama mereka memulakan persekolahan mereka , pengetua mereka iaitu Puan Mary mmperkenalkan anak lelakinya , Zaqq serta sepupunya kepada sekolah terseb...