Setelah tiba , mereka meletakkan kereta berdekatan dengan kilang lama itu lalu terus masuk ke dalam kilang .Setibanya di kilang , kelihatan hampir 50 lelaki sedang menunggu mereka sambil membawa kayu besbol , kayu dan alat-alat untuk memukul .
"Tu Boy'yish ngan King"
Kata Zaqq perlahan .Dia tau apa yang akan terjadi kepada mereka , antara mati atau mungkin cedera parah
"Korang cari Lyene , Deena ngan Belle . Kitaorang akan settle yang ni"
Arah Ren ."Korang akan okey ke ?"
Tanya Micci . Mata Micci mula berkaca-kaca kerana sct o sanggup mengorbankan nyawa nya untuk mereka .Stevan memandang Micci lalu mengusap rambut Micci .
"Mungkin kami akan pulang . Kita tak tau , biar Tuhan yang aturkan"
Kata Stevan kepada Micci sambil tersenyum .J.O memandang V dengan rasa bersalah . Jika J.O mati apabila pertempuran bermaksud dia gagal menjaga gadis kesayangannya . V juga turut terdiam sedangkan dia juga turut rasa bersalah kerana tidak dapat berbuat apa .
"Girls , Jom . Kita gerak senyap-senyap"
Arah Raein . Sct hanya patuh ."Raein !"
Panggil Zaqq perlahan sambil menarik tangan Raein ."Kalau kitaorang tak balik-balik . Jangan turun sini and terus larikan diri , k . Abaikan kami ."
Sambung Zaqq .Raien hanya mengangguk lalu menggemgam tangan Zaqq erat sebelum melepaskannya .
"Girls , Jom" .
..
Zaqq memberanikan diri maju kehadapan tanpa membawa apa-apa peralatan .
"Zaqq . Berani nya kau "
L mula bersuara . L mendekati Zaqq sambil membawa kayu besbol ."Sebab aku tak pengecut macam korang . Harap jer jumlah ramai , tapi bawa barang"
Balas Zaqq dengan tenang ."Haishh . Kau ni dari dulu sampai sekarang memang pandai menjawab . Tapi memandangkan harini hari terakhir SCT O , aku benarkan kau melawan ."
Zaqq tidak menunjukkan apa-apa reaksi kerana dia memang sudah tahu apa yang akan terjadi kepada dia dan sepupu-sepupunya .
Tiba-tiba ..
L menghayunkan kayu besbol ke arah kepala Zaqq sehingga Zaqq terjatuh .
Dari tingkat atas , mata Raein berkaca-kaca apabila melihat darah mengalir dari kepala Zaqq . Namun , Zaqq tetap memaksa dirinya untuk bangkit .
Serta-merta sct o menyerang mereka .
[Raein P.O.V]
Papppp !! .
Aku terdengar bunyi pukulan dari arah bawah apabila ingin mnuju ke tingkat atas bersama sct . Aku berhenti lalu mengintip di celah-celah besi tangga untuk melihat apa yang berlaku .
Mata ku mula berkaca-kaca apabila melihat darah mengalir dari kepala Zaqq . Bagaimana tidak , jika lelaki yang terlalu baik kepadaku kini dia sedang berkorban untuk menyelamatkan ku dan sahabat ku .
Aku terkaku , terdiam memandang Zaqq dan Sct O yang membiarkan badan mereka dihancurkan .
Apabila mereka dipukul sehingga jeritan mereka kedengaran ..
Tiba-tiba , memori aku dan senior mula bermain di minda .
Ku terlalu beruntung kerana mempunyai senior yang terlalu baik hati . Aku dan sahabatku bukanlah orang yang hidup dalam kemewahan seperti gadis lain seperti di sekolah ku . Tetapi , mereka melayan ku dan sahabatku seperti adik mereka sendiri .
Sehingga .. aku berasa terlalu bersalah kerana tidak dapat berbuat apa . Aku hanya mampu memandang mereka dengan sebak tanpa memberikan pertolongan .
Jika itu hari terakhir mereka , akulah gadis yang akan menyesal seumur hidup kerana tidak dapat membahagiakan mereka yang telah membahagiakanku dan sudi menjadi teman suka duka .
Tiba-tiba ..
[Raein P.O.V end]
"Kakak"
Micci memanggil Raien .
Raein mengelap air matanya dan mengikuti Micci yang sepertinya tahu dimana Deena , Belle dan Lyene disembunyikan .
Mereka berlari menuju ke bilik hujung dan mendapati bahawa pintu itu telah pun dikunci .
Jen , Eiysa dan Mayy bercadang untuk merempuh pintu itu .
Brukkk !!! .
Dengan 3 kali cubaan , barulah pintu dapat dibuka ."Deena , Belle , Lyene !"
Jerit May apabila melihat sahabatnya sedang diikat lemah .Raein menggunakan gunting yang terletak di atas meja untuk membuka ikatan .
Setelah berjaya . Sct tidak menanyakan apa-apa soalan kepada 3 sahabatnya ini kerana mereka masih lemah .
Mereka membawa Belle , Deena dan Lyene untuk keluar dari tempat itu dari pintu belakang .
Mereka menuju ke bangunan belakang dan mendapati ada tangga untuk terus keluar dari bangunan itu .
...
Setelah keluar , mereka menuju ke jalan raya yang tidak jauh dari sana lalu terus menaiki sebuah bas yang tepat-tepat berhenti di stesen bas berdekatan .
Mereka duduk di dalam bas tanpa bersuara .
Raein mengeluarkan telefonnya lalu menghubungi balai polis untuk melaporkan pergaduhan besar di kilang lama itu .
"Hello polis . Saya Raein . Saya nak report something ."
Deena , Lyene dan Belle memandang Raein serentak . Mereka aneh kerana tiba-tiba Raien menelefon polis sedangkan mereka telah pun ditemui .
"Ada pergaduhan besar di kilang lama yang berdekatan dengan petronas . Saya tak pasti alamatnya ."
"Pergaduhan ? . Siapa yang bergaduh ? "
Soalan ini bermain-main difikiran Belle , Lyene dan Deena ."Ada 9 orang lelaki yang menggunakan pakaian sekolah Marion High School . Mereka diserang sekumpulan lelaki yang menggunakan kayu besbol , kayu dan macam² lagi ."
Kata Raein lemah .Raein memutuskan panggilan lalu menyandarkan kepalanya di tingkap bas dan membiarkan air matanya memngalir di pipinya*ayat kerek >< .
Deena , Lyene dan Belle masih tidak tahu apa yang berlaku . Namun , mereka tidak berani mempertanyakan apa-apa kerana ekspresi sahabatnya kelihatan sedih .
...
YOU ARE READING
School Love Story
RandomSCARLETT atau SCT ialah sekumpulan sahabat baik yang bersekolah di Marion High School . Di hari pertama mereka memulakan persekolahan mereka , pengetua mereka iaitu Puan Mary mmperkenalkan anak lelakinya , Zaqq serta sepupunya kepada sekolah terseb...