"Penat! Kau takpenat ke?" Farah tanya Sue. Mereka baru pulang daripada dewan. Biasalaaa minggu aktiviti. 6 bulan sekali, setiap MRSM akan adakan minggu aktiviti dimana pembelajaran dilakukan diluar kelas. Maksudnya, kau takkan belajar secara formal langsung. Kesudahannya, kau akan kepenatan.
"Kalau takpenat bukan minggu aktiviti namanya. Aku nak pergi bilik Syah."
"Hm." Farah balas dan terus baring tengah bilik.Katil Farah depan pintu. Roommate Farah 2 orang tidur bilik orang lain. Sorang lagi dah lama syahid sebab kepenatan melampau.
Kawan Farah yang tidur tuu, katil belakang. Dekat dengan tingkap. Farah capai mp3 dan sumbat earphone dekat telinga. Lepas beberapa lagu, Farah tertidur.
Dung! Dung! Dung!
"Siapa yang hempas-hempas pintu ni?" Farah buka mata dan cuba mencari mp3nya untuk tutup lubang telinga dia daripada bunyi bising tuu. Bilik dia gelap yang teramat sangat sebab pintu tertutup.
Tiba-tiba, ada orang sepak kaki Farah.Kaki Farah betul-betul depan pintu. Pintu tak terbuka. Siapa yang sepak kaki Farah?
Farah cuba pusing ke belakang. Menghadap katil Sue. Farah sempat pusing badan. Bila Farah mula nak pusing kepala, ada sesuatu mencangkung kurus kering, berambut panjang tengah pandang Farah.
Farah kuat lagi. Farah pusing kan balik badan dan kepala. Tapi, dia rasakan satu nafas menghembus ke arah muka dia. Dia rasa sejuk yang teramat sangat.
'Nak buka mata ke tak?' Tapi , Farah takboleh nak tolak perasaan ingin tahu dia untuk buka mata.
Farah buka mata.
Ada satu muka memandang Farah. Dia takmampu untuk pejamkan mata semula. Dia takboleh berfikir apa-apa. Badan Farah mengeras.
Tap!
Lampu terbuka. Sue masuk."Farah, kau tak tidur lagi?" Sue tanya Farah. Farah tak jawab.
"Kau kenapa Farah? Takdengar ke aku tanya? Pergilah tidur atas katil sana." Sue pergi loker untuk ambil selimut. Sue pelik.Kenapa dengan Farah ni?
Sue pergi tengok Farah dekat-dekat. Mata Farah terbeliak.
"Farah! Farah! Kau kenapa ni?!" Sue goyangkan Farah. Takde respon. Sue pergi dekat Ila, roommate mereka yg tidur paling awal.
"Ila! Ila! Bangun! Pergi panggil warden!" Ila terkejut dengan kejutan Sue.
"Kenapa?"
"Pergi panggil warden!!"Ila yang taktahu apa-apa pergi panggil warden. Bilik sebelah pun dikejut oleh Sue. Diorang terus amik wudu' dan bacakan yasiin. Tiba-tiba, Farah menjerit!
YOU ARE READING
BILA AKU NAMPAK 'DIA'
HorrorBased on true story yang aku dengan kawan kawan aku lalui. *Ada bahagian yang ditokok tambah supaya jalan cerita jadi lagi seronok* Dapat melihat 'dia' , bukan anugerah bagi aku tapi dugaan untuk aku.