BUNIAN

178 7 1
                                    

"Masuk! Dah maghrib ni!" Nenek panggil adik-adik sedara aku masuk. Kata orang tua-tua jangan main waktu maghrib nanti kene sorok dengan bunian.

Apa tu 'bunian'?
Bunian tuu sejenis makhluk Allah yang hidup macam manusia tapi mata kasar manusia taknampak. Ada yang kata bunian ni lawa macam puteri , putera. Tapi, kesahihannya tak diketahui.

"Kejap nek! Nak habis ni." Iskandar balas kata nenek.
"Kau ni reti bahasa ke bang !? Nenek dah suruh masukkan. Masuk jelah ! Kene sorok dengan bunian baru tau !" Dengan sedap mulutnya aku cakap macam tu.

"Ish! Jangan cakap macam tu kak!" Nenek marah. Iskandar dengan budak-budak yang lain mula memasuki rumah bila azan mula berkumandang.

Selepas selesai menunaikan solat maghrib, kitorang ramai-ramai keluar ke bandar. Atok ajak ke bandar sebab nak belanja kami semua.

Pulang daripada makan, semua terus masuk tidur. Tapi, mata aku takmampu nak lelap sebab waktu tu bukan untuk aku tidur. Aku ambil keputusan untuk menonton tv.

Tiba-tiba, aku nak satu badan manusia lalu dekat pintu yang berada betul-betul sebelah tv. Aku biarkan sebab aku fikir itu adik aku.

Ktang! Ktang! Ktang!
Bunyi periuk dengan kuali berlaga datang dari dapur.

"Hai, lapar sangat ke?" Aku tengok jam. 2.30 pagi.
"Aku nak jugak." Aku pun menuju ke dapur. Tengok-tengok kawasan dapur gelap.

"Dah tuu, tadi bunyi apa?" Bulu roma dah berdiri. Tapi, sebab lapar punya pasal , aku menggagahkan diri untuk panaskan lauk. Ketika panaskan lauk,

Buk !

Aku toleh ke belakang.
"Eh, Bang! Kau buat apa tuu?" Iskandar macam orang jatuh terlantang yang disepak.

"Bang! Kau kenapa ni?" Tiba-tiba, dia nangis terjerit-jerit.

Disebabkan aku takut. Aku panggil Atok.

"Atok! Bangun! Tengokkan Iskandar tuuu." Atok terus bangun dan ikut aku. Lepas je, kitorang sampai dapur, Iskandar terduduk diam. Diam sangat sampai kau tengok pun boleh rasa seram.

"Tadi petang adik kau ni main dekat mana?" Atok tanya.

"Dekat belakang. Main kejar-kejar. Kenapa?"
"Kenapa dengan Abang?" Ayah muncul tiba-tiba.
"Abah rasa dia ada langgar anak bunian."
Aku punya terkejut sampai rasa nak terkencing.
'Mana datang bunian dekat sini?'  Itulah yang ada dalam kepala aku. Lepas tu, atok aku laungkan azan dan sapukan air dekat muka Iskandar.

Sapu je air , Iskandar terus macam orang yang tengah tidur dan belum bangun. Atok terus suruh  aku masuk tidur.

Esoknya, Iskandar demam.
Dia kata .............................

BILA AKU NAMPAK 'DIA'Where stories live. Discover now