PILI AIR

75 4 1
                                    

"Aku tidur dulu tau Mun. Ngantuk sangat dah ni." Dibah berkata kepada Mun. Mun sedang menyiapkan kerja sekolah yang tinggal sedikit lagi untuk siap.

"Aku pun nak tidurlah. Nanti dalam pukul 3 atau 4 aku bangun balik. Mata dah takmampu nak tanggung." Mun berkata sambil menutup buku Matematiknya dan terus meletakkan kepala ke atas bukunya.

Lebih kurang jam 3 pagi Mun terbangun dari tidur. Untuk menyegarkan badannya bagi menyambung kerja sekolahnya yang tertangguh, Mun menuju ke tandas seorang diri. Bilik Mun berada di hujung bangunan manakala tandas berada di sebelah bilik stor dan agak jauh daripada bilik Mun.

Bilik stor itu mempunyai ceritanya yang tersendiri. Kesahihannya aku tidak pasti kerana disampaikan dari senior.
******************************
Aku menuju ke arah bilik kak Amalin. Sebenarnya aku agak takut untuk pergi ke biliknya. Mana tidaknya, seniority ketika aku form 1 sangatlah kuat. Kak Amalin pula form 5 tapi disebabkan Kak Amalin tidur seorang diri malam itu dia memanggil aku untuk menemaninya.

"Assalamualaikum." Aku mengetuk pintu bilik Kak Amalin.

"Masuklah. Sorrylah akak panggil awal malam-malam macam ni." Kak Amalin berkata.

Pelikkan kenapa dia panggil aku sedangkan kawan setingkatan dia ramai. Masa tu dah pukul 2 pagi, aku jenis orang yang susah tidur malam. Aku berjalan-jalan dekat aras 3 asrama kira kawasan bilik aku, bilik Kak Amalin dekat aras 1 dan bertentangan dengan bilik aku jadi bila dia mendongak ke atas dia nampak aku berjalan. Kebetulan masa dia nampak aku, dia on the way nak ke toilet. Aras 1 dah sunyi, kebanyakkan form 5 dah tidur sebab mereka baru habis slot dengan orang luar lebih kurang pukul 12.30. Kak Amalin ni pulak ada kerja yang dia kene buat dan kene hantar esoknya, roommate dia 2 orang pulang bermalam, esok baru balik asrama.

"Takpe. Saya pun takboleh tidur." Aku berkata. "Banyak lagi ke kerja akak?"

"Takbanyak sangat dah. Sikit je lagi. Kejap lagi dah nak tidur. Awak teman ea akak tidur?" Kak Amalin berkata. Bukan nak kata apa tapi bilik Kak Amalin ni hujung dunia dan dekat dengan hutan belakang asrama, ada yang kata bilik dia memang seram.

"Sebenarnya, saya ada benda nak tanya. Kalau akak takkeberatanlah." Aku memberanikan diri.

"Okay. Kejap lagi." Kak Amalin meneruskan kerja. Setelah lebih kurang 10 minit macam itu, Kak Amalin mula mengemas.

"Awak nak tanya apa tadi?"

"Akak masuk sini bila?" Aku memulakan soalan.

"Tahun lepas. Kenapa?"

"Ada tak mana-mana batchmate akak cerita pasal mana-mana bilik stor?" Aku bangun dari katil roommate Kak Amalin yang aku tumpang dan berjalan menuju ke katilnya.

"Ada. Tahun lepas, akak duduk dekat aras dua. Sebelah bilik stor." Macam tepat dengan apa yang aku nak tanya.

"Bilik stor aras 2 tulah yang saya nak tanya." Mata Kak Amalin macam takut-takut nak cakap. "Takdelah sebab ada kawan saya ni dia ada ambil satu gambar, dalam gambar tu ada backgroundnya bilik stor aras 2, lepas tu, ada dekat dalam bilik stor tu, ada seorang perempuan dengan rambut panjang."

"Awak tidur katil sebelah akak ea malam ni? Akak pun taktahu lah cerita ni datang dari mana tapi ada orang cakap kat akak, bilik stor tu dulu bilik biasa macam ni tapi ada seorang senior ni, dia hidap sakit jantung, lepas tu dia mati dekat shower aras 2, Wing A. Senior tu suka sidai rambut dia malam-malam maksud akak juntaikan rambut jatuh dari katil bila baring. Lepas senior tu meninggal, malam-malam ada orang nampak dia dekat katil tu. Akak pernah perasan tapi akak ingat itu semua perasaan je." Terang Kak Amalin.

Aku buat muka tanpa perasaan dan diam untuk seketika.

"Awak takut ke?" Kak Amalin tanya tiba-tiba.

"Takdelah. Cuma teringat sesuatu." Aku berkata jujur.

"Taknak cerita dekat akak ke?" Kak Amalin tanya seperti ingin tahu. Walaupun aku nampak dia ibarat menggigil tetapi oleh kerana dia memang jenis ingin tahu aku ceritakan dekat dia.

                   --------------------
"Takboleh tidur lagi aku ni. Bosannya." Aku berkata seorang diri sambil melihat jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 3.15 pagi.

Biasalah aku kalau waktu-waktu begini memang takboleh tidur. Aku bangun dan turun daripada katil. Pintu loker aku buka dan aku capai cawan serta dua paket nescafe.

'Agak-agak ada tak yang taktidur lagi?' Soalku dalam hati.

Aku menuju ke watercooler yang terletak disebelah bilik D310 untuk mengambil air panas. Setelah selesai membancuh, aku mengambil keputusan untuk berjalan di sekitar aras 3 kemudian duduk di bilik utiliti

Ketika aku hampir dengan bilik stor aras 3, aku ternampak seseorang menuju ke bilik stor aras dua daripada bilik air.

"Senior form berapa tu? Lawanya rambut dia." Aku bertanya kepada diri sendiri.
Aku berhenti dan melihat dia membuka pintu bilik stor. Dia masuk tapi dia tidak keluar semula.

"Hai, takkan dia tidur dekat bilik stor pulak." Lama jugak aku tunggu ditempat aku berhenti tapi tiada siapa yang keluar. Aku menyerah dan terus berjalan ke bilik utiliti.

'Eh, ada orang.' Aku membuka pintu dan ada sesusuk tubuh sedang menggosok baju.

"Kak Yana taktidur lagi?" Aku kenal senior ni. Antara senior yang aku boleh katakan baik dan peramah.

"Tadi dah tidur tapi akak bangun nak siapkan homework. Alang-alang tuu, akak gosok baju sekali." Dan aku pun baru perasan ada buku-buku di atas lantai.

"Lama dah akak dekat sini?" Aku sekadar bertanya.

"Lama jugak. Ada dalam sejam akak dekat sini."

Kepala otak aku mula nak bertanya.

"Tadi, akak ada dengar tak mana-mana pintu gril terbuka?" Pintu bilik stor aras 2 tuu memang kuat. Kalau sunyi, memang satu asrama boleh dengar bila dibuka sebab pintu gril. Kebetulannya, bilik utiliti aras 3 betul-betul boleh nampak bilik stor aras 2. Mesti boleh dengar bunyi pintu gril tu kalau terbuka.

"Takde pulak."

Aku terdiam. Oh ya, aku pun takdengar bunyi punti gril tu.

Aku bangun daripada duduk dan melangkah ke tingkap yang menghadap bilim stor aras 2.

'Kenapa pintu bilik tu terbuka? Aku takdengar pun bunyi pintu terbuka.'

Tiba-tiba, aku nampak rambut tepi pintu yang terbuka itu. Aku nampak rambut lawa senior tadi.
Bum! Angin kuat bertiup menutup pintu bilik tu dan menghembus ke muka ku. Aku pandang Kak Yana.

"Akak."
|| Ini betul pengalaman aku. Cuma aku betul-betul takexpect perkara ni. Lepas dengar cerita dari Kak Amalin baru aku tahu. ||
                    -------------------
"Lepas tu apa jadi?" Kak Amalin tanya.

"Kak Yana suruh saya masuk tidur."
******************************
Ketika Mun selesai menggunakan tandas dan ingin melangkah keluar daripada tandas, dia terdengar bunyi air mencurah-curah daripada salah satu shower. Oleh kerana niat Mun baik, dia patah balik untuk menutup pili air agar takberlaku pembaziran. Mun menutup pili air dan air pun berhenti.

Mun melangkah keluar daripada tandas tersebut tetapi dia dengar bunyi air mencurah-curah lagi. Mun patah balik semula untuk menutup pili air tetapi sebaik sahaja Mun melangkah masuk ke dalam shower untuk menutup pili air -- shower yang sama -- , bilik air tiba-tiba gelap. Mun terkedu dan cuba melangkah keluar. Sebaik sahaja dia keluar daripada toilet, dia ternampak seorang senior masuk ke dalam stor.

Mun berjalan pantas menuju ke bilik dan mengejut Dibah .

____________________________________
Kepada rakan-rakan yang tahu mengenai cerita ini, terdapat sedikit tokok tambah daripada jalan cerita asal kerana ada bahagian yang lupa dan ingin menjadikan jalan cerita lebih menarik.

BILA AKU NAMPAK 'DIA'Where stories live. Discover now