GAMBAR

236 10 3
                                    

"Nak jalan-jalan tak?" Noni tanya Jiji. Noni baru sahaja bawa kamera yang ibu Noni belikan. Siapa yang takkenal Noni? Walaupun kecil tapi sangat bertenaga. Dia suka berjalan. Perkara biasa bagi kanak kanak ribena. Jiji tu kawan baik Noni.

"Jom. Kita amik gambar sekali."
"Kau ni macam tau tau jee kan?"

Waktu prep malam tu, takde warden yang round. Form 5 pun busy sebab dah nak SPM.

"Kita nak pergi mana?" Jiji tanya Noni.
"Entahlah. Kita bukan boleh lalu kelas senior pun. Kita pergi PSP(perpustakaan) jom?" PSP berada dekat tingkat paling atas. Kalau nak pergi PSP kene lalu tangga tengah dan pintu PSP ada betul-betul depan tangga.

Macam biasa, kawasan PSP yang gelap cuma diterangi oleh lampu yang ada dekat tangga. Hujung kanan dan hujung kiri ada makmal kimia dan takde lampu. Gelapnya jangan cerita laa.

"Ji, jom amik gambar." Noni ajak Jiji amik gambar depan pintu PSP. Pintu PSP tuu lutsinar. Jadi kalau berdiri depan tu, boleh nampak bayangan sendiri atau benda yang ada dekat dalam.

Noni dengan Jiji pun amik gambar dengan berlatar belakangkan pintu PSP. Mereka ambil beberapa gambar sebelum Jiji kata "Noni, jom turun. Sejuklah."

"Alaa. Kejap je lagi."
"Jomlah. Aku takut ni."
"Yela yela." Noni dan Jiji pun turun.

"Jom tengok gambar. Jomlah Jiji." Noni buka gambar yang diorang amik tiba-tiba.....

"Jiji, tengok ni." Noni hulurkan kamera ke Jiji.
"Apa ni?" Jiji takut. Ada satu gambar yang Noni amik ada bayangan hantu bungkus. Betul-betul dekat tengah-tengah antara Jiji dengan Noni.

"Kau rasa kita nak buat apa?" Jiji tanya ketakutan dan menggigil.

"Kau kenapa Jiji?" Syasya tanya.
Noni hulurkan kamera. Syasya terkejut.

"Padam padam. Korang pergi amik air sembahyang nanti sebelym tidur, ngaji." Syasya arahkan mereka untuk buat benda yang sepatutnya.

Orang tua-tua pernah kata 'jangan berani amik gambar dalam gelap. Kita taktahu apa akan muncul.'

BILA AKU NAMPAK 'DIA'Where stories live. Discover now