RAMBUT DAN PAKU

83 7 0
                                    

"Rizal, nanti waktu rehat ku tukar baju sendiri ea? Aku takboleh teman kau. Ada kerja sikit nak buat." Epy berkata kepada Rizal. Biasalah, calon ketua pengawas memang sentiasa sibuk.

"Emm. Yelah. Tapi, aku malas nak pergi bilik air bawah. Aku tukar baju kat tandas cikgu lelaki sebelah kelas kita je lah." Rizal berkata.

"Kau nak pergi sorang-sorang ke? Baik kau ajak siapa-siapa teman." Suara Epy macam risau. Bukan nak kata apa lah, tandas tuu cikgu pun kadang-kadang takberani guna kecuali kalau dah terdesak sangat.

Dulu, ada kisah tentang seorang pelajar hilang dalam tandas tersebut. Kesahihannya, aku tidak pasti tetapi pengalaman yang aku dan kawan-kawan aku rasai membuktikan tandas tu memang seram.

******************************
Ini pengalaman aku.

Tengahari itu, aku bosan sangat. Aku tidak pulang ke rumah selepas tamat persekolahan kerana ada kelas tambahan petang. Disebabkan mak cik kantin merupakan jiran nenek aku dan anaknya sekelas dengan aku, aku dan Amirah duduk berdua di belakang kantin sekolah sementara parents Amirah di dalam kantin.

"Irah, aku bosanlah duduk kat boat je. Jom pergi atas. Jalan-jalan." Aku memberi cadangan.

"Jom. Aku pun bosan." Irah bersetuju.

Kami berlari pergi ke bangunan B sekolah yang terletak di tengah-tengah sekolah. Hanya sekadar pusing-pusing kerana setiap kelas berkunci kecuali kelas Darjah 6. Kelas kami lah tu.

Sampai di hujung bangunan terdapat sebuah pondok. Pondok tu menghadap bangunan A dan betul-betul menghadap tandas bangunan A. Ketika kami sedang berborak, tiba-tiba kami dengar bunyi cermin jatuh.

"Eh, ada bunyi pecah. Binatang manalah yang kuat sangat tu?" Yelah, takkan tengahari kau nak expect ada hantukan? Lagipun, sebelum-sebelum tuu, aku memang takpernah nampak hantu waktu tengahari.

"Nak tengok tak?" Aku taktahu kenapa si Irah ni macam teruja nak pergi tengok.

"Tapi, bunyinya datang dari mana?" Aku confuse jadi tanyalah.

"Aku rasa dari tandas. Tapi taktahu yang mana."

"Buatnya dari tandas lelaki. Ada orang dalam tu kang." Bukan takpernah ceroboh tandas lelaki, pernah tapi waktu tu aku tahu memang takde lelaki kat kawasan bangunan kelas. Semua dekat padang.

"Rezeki free." Aku pun gelak je. Irah dah bangun. Aku pun ikut je Irah.

Kami buka pintu tandas lelaki untuk pelajar tiada sebarang tanda apa-apa cermin pecah, begitu jugak dengan tandas pelajar perempuan.

"Jom tengok tandas cikgu dekat atas." Okay, yang ni aku betul-betul terkejut sebab aku tahu tandas cikgu kat atas tu lain macam sikit.

"Takpayahlaa Irah."

"Jomlah." Irah tarik tangan aku naik tangga untuk ke atas. Irah buka pintu tandas cikgu perempuan.

Gelap, suram, seram dan semua perasaan yang menakutkan datang. Dalam tandas tu pulak, ada satu cermin lama yang besar. Ukiran dekat tepi-tepi pulak macam ukiran seni Jawa. Katanya, cermin ni, asalnya dari rumah yang kene tinggal kat sebelah sekolah. Rumah tu pulak kene tinggal sebab ada orang yang amal ilmu hitam mati kat dalam rumah tu.

Tiada apa-apa tanda yang ada cermin pecah dalam tandas tu.

Tiba-tiba, aku dengar ada bunyi cermin jatuh atas mozek. Tapi bunyinya macam bergema dan jauh. Pelikkan?

"Irah, kau dengar tak bunyi cermin jatuh?"

"Takde."

Hah. Telan air liur aku.

"Jom tengok tandas sebelah." Irah ni memang takbetul. Bulu roma aku dah berdiri.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi orang ketuk pintu dari dalam. Kitorang baru je nak pegang tombol pintu.

Tiba-tiba, ada air melimpah keluar dari pintu tandas tu dekat kaca.

Aku pandang Irah, Irah pandang aku.

"IRAH! EPA!" Suara siapa pula yang panggil kitorang ni.

"Korang buat apa kat sini?" Biha bertanya sambil berjalan menuju ke arah kitorang.

Nasib baik selamat.

Yang out of mind aku, Biha taknampak pun ada air melimpah keluar dari pintu tandas tu.

******************************

"Tengoklah. Kalau ada siapa yang nak teman." Rizal menyambung permainannya yang terhenti tadi. Biasalah lelaki kalau jumpa waktu Pendidikan Jasmani memang taklepas sesaat pun nak bermain. Apatah lagi, si Rizal ni pemain bola baling peringkat negeri.

Waktu rehat hari ni, macam takramai orang kat kawasan bangunan kelas. Ramai yang sibuk ke perpustakaan untuk kejarkan NILAM. Ada yang datang sebab nak lepak dekat bilik musik.

"Aku kene pergi sorang lah ni?" Rizal berkata kepada diri sendiri.
Rizal berjalan menuju ke bilik air guru lelaki yang aku cuba nak masuk tadi.

Rizal melangkah masuk dan mula untuk menyalin pakaian.
------------------------------------------------------
Ketika Rizal menuju ke arah tandas tersebut, Cikgu Hassan sedang berjalan menuju ke kelas Darjah 2. Datang awal itu tabiat Cikgu Hassan.

Nasib Rizal baik agaknya, ketika Rizal melangkah masuk, Cikgu Hassan ternampak ada rambut kat lantai meleret masuk ke dalam tandas.

Sebaik sahaja Rizal tutup pintu, Cikgu Hassan berjalan segera untuk memanggil Rizal keluar. Tapi, tiada sahutan. Diam. Sunyi.
------------------------------------------------------
Rizal selesai menukar pakaian. Rizal nak tukar pakaian taksampai 3 minit pun. Ekspress katanya.

Pak!

Ada tangan dibahu Rizal. Salah satu pintu tandas dibelakang Rizal terkuak sedikit demi sedikit.

Berdiri seorang perempuan. Cantik. Wangi. Tangan perempuan tersebut memegang Rizal. Panjang tangannya. Tapi, tiada bayang perempuan tersebut di dalam cermin.

Tiba-tiba, rambut perempuan tersebut berdiri tegak dan mula menggantungkan rambutnya di kayu beluti tandas.

Perempuan itu memusingkan Rizal, Rizal menjerit tapi dia tidak dapat mendengar suaranya.

"Dia" mengangkat Rizal dan menggantung Rizal di dinding tapi dinding tersebut tidak berpaku. Rizal menjerit lagi. Darah menitik-nitik dari bawah dagu perempuan tersebut tiba-tiba pintu terbuka. Rizal pengsan.
------------------------------------------------------
"Rizal! Buka pintu ni. Cepat." Cikgu Hassan dah memanggil ramai guru lelaki. Kebetulan aku baru naik untuk memeriksa kawasan bangunan kelas supaya tiada kes curi.

"Epa, tumpang lalu." Ustaz Che Basri meminta laluan kerana aku menghalang laluan dengan berdiri di tengah jalan. Koridor pulak memang kecil.

Ustaz berjalan sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat al-Quran mungkin dengan tangannya menggegam sesuatu dan membawa sepalstik beras atau garam. Aku tidak pasti. Aku membontoti Ustaz.

Setibanya Ustaz dipintu tandas, dia membaling beras ke arah pintu itu dan menendang pintu itu. Pintu itu terbuka.

Padahal, Cikgu Hassan, Cikgu Aziz yang gagah lagi perkasa, Cikgu Nizam dah menendang pintu itu banyak kali tapi takmeninggalkan sebarang kesan. Ustaz yang kurus itu hanya tendang sekali terus terbuka.

Ustaz masuk. Aku dapat melihat sipi-sipi dari luar. Rizal tergantung dinding yang berhadapan dengan pintu. Rizal betul-betul longlai.

Ustaz membaca-baca dan membaling beras lagi. Rizal jatuh terduduk. Oleh kerana penglihatan aku agak jelas waktu tu, aku boleh kata tiada paku atau apa-apa yang membolehkan Rizal digantung sebegitu rupa. Kalau ada pun, takmampu paku atau apa-apa sekalipun untuk menampung berat Rizal. Ajaib.

Tiba-tiba.

Dang!

Salah satu pintu yang ada dalam tandas tersebut terhempas.

"Dah. Jom keluar. Cikgu Aziz, tolong saya angkat Rizal ni keluar." Ustaz memanggil Cikgu Aziz.

"Saya rasa mulai hari ni, kita kunci terus tandas ni. Takut ada orang lain kene perkara yang sama." Arah Ustaz Basri.

BILA AKU NAMPAK 'DIA'Where stories live. Discover now