"Jom dengar Misteri Jam 12?"
Haaa aku takingta siapa yang bagi idea ni tapi untuk budak asrama dengar Misteri Jam 12 macam satu hiburan yang kau kene buat bila duduk asrama. Aku taksangka yang cadangan ini mendapat sambutan daripada ramai orang.
"Okay je. Nak dengar kat bilik sapa?" Seseorang berkata.
"Bilik Mar lah. Bilik dia je yang line untuk radionya clear." Si pembagi cadangan berkata.
"Nak join jugak." Haaa aku pun sengal nak join.
Malam tuu, lepas je habis prep, ramai yang berkunjung ke bilik Mar sebab nak minta kebenaran untuk join sekaki dengar Misteri Jam 12. Oleh kerana bilik aku selang sebilik je dari bilik dia, so aku tahulah siapa je manusia yang berkunjung ke billik dia sebab nak join sekaki.
Selain Misteri Jam 12, ada satu lagi benda yang popular masa tu. Pernah dengar tentang Twitter SMS ? Haaa itulah yag popular masa tuu. Kitorang yang bawa phone , masing-masing buka account twitter sebab nak baca Seramshit ( page nih masih beroperasi di Twitter, followlah kalau suka cerita hantu tapi curator dia kadang-kadang takbest -- depends on curator ).
Aku antara manusia yang sanggup tidur lewat sebab nak baca seramshit tuu tapi kalau curator dia jenis lembab memang sekian terima kasih je lah nak baca.
Okay. Jadi malam tuuu, lepas ngaji, dalam pukul 11.30 malam macam tuu, Mar or roommate dia dah siap sedia cari aluran radio Misteri Jam 12 tu. MJ12 ( untuk short form, malas nak taip) biasa akan start pukul 12 tapi bukan start automatically ( penerangan untuk yang tak pernah dengar MJ12) . Dia akan mula dengan bunyi yang menyeramkan dulu. Aku menjadi manusia terawal yang tercongok dekat bilik Mar dan aku duduk atas katil yang menghadap dengan pintu masuk bilik Mar.
Jadi, aku tahulah siapa yang masuk dan siapa yang keluar. Malam tuu , cecah 22 orang dalam bilik yang sepatutnya ada 4 orang penghuni sahaja. 22 orang termasuk aku.
Maka bermulalah cerita pengacara radio tuu untuk sesi MJ12. Cerita malam tuu, boleh tahan seram.
Tapi, ada satu cerita pada malam tuu yang meninggalkan kesan untuk aku.
Oleh kerana ramai sangat dalam bilik tuu, ada yang sampai baring bawah katil. Setiap penjuru bilik tuu boleh dikatakan penuh. Cuma , ada satu penjuru dalam bilik tuu yang memang takda orang duduk dari awal MJ12 sampailah masuk ke cerita yang kedua.
Cerita kedua , cerita pasal *****anak. (Takberani nak taip sebab masa aku menulis dah pukul 1.55 pagi). Bila cerita kedua bermula, aku pun mula lah kira semula berapa yang ada. Yaaa, kerja akau malam tuuu cuma kira berapa yang ada, berapa yang keluar dn aku kene pastikan takde pape yang berlaku. Kenapa aku? Itu aku takperlu teranggkan.
Penjuru yang takde orang duduk tadi, tiba-tiba aku nampak ada sorang tengah duduk sambil peluk lutut. Muka dia, dia letak atas lutut. Aku ingat kawan aku so aku kiralah dia sekali. Lepas tuuu, sorang kawan aku keluar pergi toilet. Aku pun tolak satu dari kiraan aku tadi. Lepas kawan aku yang balik dari toilet tadi balik , aku tambah satu balik kiraan nya tapi aku rasa taksedap hati. Aku kiralah semula semua yang ada, Yang peliknya, kiraan aku jadi sama macam kiraan bila kawan aku pergi toilet. Kira kurang satu lah. Aku kira semula , takut salah kira. Tapi still kurang satu.
Masalahnya, lepas kawan aku yang keluar pergi toilet tuu balik bilik Mar semula, takde orang lain yang keluar. Kalau dia keluar, aku mesti nampak.
Lepas tuu, baru aku sedar. Sudut yang mula-mula kosong , yang takde orang nak duduk tuuu, jadi kosong balik. Aku pasti, kalau orang yang duduk dekat situ, mesti kene lepasi aku dulu baru boleh keluar tapi takde siapa pun lalu depan aku.
Keesokan harinya, "Pah. Semalam kau ada nampak apa-apa tak?" Adalah seorang hamba ALLAH yang join dengar MJ12 nih tanya aku.
"Kenapa?" Jawapan aku ringkas.
"Aku rasa semalam, ada yang terlebih." Haaaa sudah. Aku ingat aku memang salah kira.
"Dah lepas. Biarlah. Dia takkacau kita pun." Aku cuak juga tapi nak tenangkan hati punya pasal.
Actually, ada satu lagi kejadian yang berlaku masa tuu tapi aku takmampu nak cerita.
**Maaf . Cara penulisan jadi takbetul sebab lama sangat takmenulis lagipun memang taknak buat formal yang nih sebab kalau formal , bosan nak baca.
YOU ARE READING
BILA AKU NAMPAK 'DIA'
УжасыBased on true story yang aku dengan kawan kawan aku lalui. *Ada bahagian yang ditokok tambah supaya jalan cerita jadi lagi seronok* Dapat melihat 'dia' , bukan anugerah bagi aku tapi dugaan untuk aku.