DEPAN KELAS CIKGU XX

379 16 4
                                    

"Beena, aku nak amik barang dekat BA kejap." aku baru teringat ada homework aku tertinggal dekat kelas.
"Kau nak pergi dengan siapa? Aku takboleh teman." Dia macam tau je aku nak minta teman tapi apa boleh buat takkan aku nak paksa dia kot.
"Entah. Kalau takde orang teman aku pergi sendiri jee." Tindakan berani. Aku bukan orang yang ada kawan ramai (form 1 lagipun).
"Aku gerak dulu." Dan aku pun keluar dari bilik pakai baju lengkap. Bertudung dan berstokin. Jarum jam menunjukan pukul 11.15 malam.

Aku menuju ke koop nak amik dobi. Sebenarnya, lupa nak amik petangnya dan roommate pun mengamuk macam aku bakar buku dia. Aku bawa bakul dobi naik surau dan tinggalkan dekat surau. Takkan aku nak bawa bakul dobi naik BA. Aku pun teruskan perjalanan.

Aku guna jalan belakang. Oleh kerana malam tu free night, jadi tiada orang dekat BA. Hati aku dah rasa tak sedap. Jalan belakang tu pulak ada makmal kemahiran hidup dan sangat gelap. Kebetulan ada satu je lampu yang hidup. Kelas aku dekat tingkat 3 , depan kelas form 5. Sampai depan kelas, aku tengok dekat dataran. Ada 2/3 orang senior tengah buat parkour.

Aku masuk kelas cepat-cepat. Oleh kerana meja aku dekat belakang, aku takde intention langsung nak buka lampu. Aku cari apa yang perlu dan aku terus keluar.

Melangkah keluar dari kelas, jantung aku berdegup laju tapi aku buat tak tahu. Aku guna jalan yang sama aku datang untuk balik asrama. Turun dari tangga, kaki aku terhenti tiba-tiba.

Aku rasa ada sesuatu yang pandang aku. Dalam hati aku, ada orang lain ke yang naik BA malam-malam macam ni ?

Aku toleh kiri. Terang dan takde orang.

Aku toleh kanan. Gelap. Tiba-tiba....
Aku nampak sesuatu terbang. Jantung rasa nak keluar. Dan kepala aku takboleh nak pusing ke depan.

Seminit kemudian, ada sesuatu berdiri pandang aku tanpa muka betul-betul depan pintu kelas cikgu xx.
Aku takingat apa dah. Nak menjerit aku takmampu. Tiba-tiba teringat ayat kerusi. First baca , aku tersangkut dekat ayat last. Second time baca, aku dah sampai betul-betul nak masuk ayat last 'benda' tu mula bergerak. Aku habiskan baca dan aku terus lari.

Sampai bilik, aku terus terbaring. Seminggu aku demam.

Apa yang aku nampak tuu, sangat tak masuk akal. Itu pertama kali aku nampak hantu sejelas tuu.

BILA AKU NAMPAK 'DIA'Where stories live. Discover now