#TOYOL

112 3 0
                                    

                                      *CERITA INI TIDAK SERAM HANYA SEKADAR PENGAJARAN

**********************************************************************************************

" Paa, tolong mak ngah masak kat dapur jom. Eira keluar pergi sekolah. Ada latihan apa entah. Kejap lagi atok dengan nenek sampai, belum siap masak lagi." 

Lebih kurang seminggu aku dekat rumah Mak Ngah. Cuti sekolah , biasalah. Mesti nak berjalankan? Tapi yang takseronoknya duduk rumah Mak Ngah ni, line internet takde, Astro takde. Nasib baik ada TV9. Dulu, TV9 ada banyak cerita best. Sekarang C* W**S*** je setiap hari bosan. 

Kawasan rumah Mak Ngah agak seram sebab keliling hutan, nak sampai ke perkarangan rumah pun kene lalu jambatan kayu yang agak usang. Jadi, kereta tak boleh lalu. Anak Mak Ngah yang keenam, Fahim, menuntut ilmu silat. Katanya, silat yang dia belajar bukan silat kosong. Atok dengan nenek datang rumah Mak Ngah sebab nak raikan Fahim habis latihan silat. Fahim muda 2 tahun dari aku, 14 tahun umur Fahim. Fahim mula belajar silat masa dia umur 8 tahun macam tu. 

Berdasarkan apa yang Fahim cakap, dia seorang je yang mula belajar silat seawal 8 tahun. Selain tu, Fahim ni diberi kelebihan yang aku boleh kata takberapa nak baiklah. Orang suka minta nombor dengan Fahim. Cuma cara Fahim bagi nombor bukan dengan menurun ke apa. Kau kene minta dengan muka selamba, konon macam saja-saja bergurau. Nanti Fahim ni akan sebutlah nombor dengan muka bersahaja. 

Yang aku sendiri tak percaya, nombor yang Fahim bagi ni, kene (faham-fahamkan jelah).  Walaupun bukan tempat pertama tapi memang kene. Nasib baik, takramai orang yang tahu mengenai hal ni. Kalau tidak, jadi sarang maksiatlah rumah makcik aku. 

Kebetulan pulak, seminggu sebelum Fahim habis mengaji silat, Ayah Fahim ada minta nombor dengan Fahim. Kalau nombornya kene, boleh menang 100k. Katanya. 

______________________________________________________________________________

"Eh! Atok dah sampai!" Aku keluar dari rumah Mak Ngah sebab dengar bunyi papan kayu jambatan berbunyi - tandanya ada orang jalan atas tu. Waktu itu dah dekat maghrib dalam pukul 7. Jadi kawasan sekeliling dah hampir gelap walaupun masih ada cahaya matahari yang menyinari kawasan rumah. 

"Lama dah ke kakak dekat sini?" Atok tanya aku sebab atok taktahu aku berjalan ke rumah Mak Ngah.

"Taklah lama sangat. Dekat seminggu jugalah. Nanti atok balik, Paa ikut balik sekali." Aku menolong atok mengangkat beg masuk ke dalam rumah.

Malam tersebut berlalu dengan suram sangat walaupun ada ramai orang dalam rumah. Seperti biasa, aku jenis burung hantu. Ketika aku sedang sibuk bermain handphone, dalam pukul 3 pagi, aku terdengar bunyi orang berlari-lari dirumah hadapan. Rumah hadapan, rumah kayu. Jadi kalau orang berjalan, memang dengar lah. 

Dalam rumah Mak Ngah masa itu, tiada budak yang berbadan kecil tapi bunyi orang yang berlari-lari tadi, saiznya macam budak umur kecil yang macam umur 4 tahun. Aku nak bangun nak tengok tapi atok aku halang. Aku tidur sebelah nenek di ruang tamu. Atok tidur di hujung sebelah nenek. 

"Biar je. Kakak tidur. Dah lewat ni." Aku terkejut juga tapi aku masih dengar arahan atok. Atok macam tahu je apa yang aku dengar.

Keesokkan paginya. 

"Ngah, ada nampak duit Abang tak?" Pak Ngah tanya Mak Ngah. 

"Duit apa bang?" 

"Duit yang abang baru ambil semalam. Abang letak dalam kain dekat laci ni. Kau takde amik ke?" Mak Ngah yang dari dapur bergegas ke biliknya. Aku tidak dengar perbualan mereka selepas itu. Tiba-tiba, atok yang sedang menonton televisyen berkata, "Semalam masa maghrib, kau ada nampak tak budak kecil masuk rumah?" 

Aku confuse atok cakap dengan siapa. Dengan aku ke pak ngah? 

"Takpulak. Kenapa tok?" Aku jawab. Atok tidak jawab soalan aku dan terus memanggil Pak Ngah.

"Ngah, meh sini. Abah nak cakap sikit." Allah. Hal-hal orang tua ni, aku taknak masuk campur. Baru aku nak bangun atok bersuara.

"Kau duduk je situ Paa." Atok bagi arahan.

"Semalam, masa abah nak masuk rumah lepas sampai, abah ada nampak budak kecil lari-lari bawah rumah kau. Lepas tu, sampai je belakang rumah kau, dia hilang. Abah ingatkan khayalan abah je. Tapi, malam tadi, si Epaa dengar ada bunyi tapak kaki berlari. Abah pun dengar." 

Meremang bulu roma aku.  Macam  mana atok aku tahu?

"'budak' tu cuma datang kalau tuan dia suruh. Setahu abah kau tak berduit. Macam mana tuan dia boleh suruh dia datang sini? Mana kamu dapat duit?" Atok soal siasat.

"TOTO" Pak Ngah diam kemudian sambung lagi "RM100k" . 

"Astagfirullahalazim. Kamu tahukan judi tu haram? Abah takboleh cakap apalah Ngah. Kamu dah ada keluarga. Anak 7. Kamu boleh fikir sendiri."

Niat Atok untuk tinggal lama dekat rumah Pak Ngah dengan Mak Ngah dibatalkan sebabnya aku takpasti tapi atok agak kecewa dengan perbuatan Pak Ngah.

Atok cakap dekat aku ketika dalam perjalanan balik yang toyol tu dihantar oleh kawan Pak Ngah. Kawan baik. 


BILA AKU NAMPAK 'DIA'Where stories live. Discover now