Bab 2

537 36 2
                                    

Conan tercengang

"Haibara Ai?!"

"Kenapa dengan dia?"Heiji hairan. Apsal budak ni?

"Fuhh! Nama je cantik tapi kasar!!"dengan nada sinis Conan mengejeknya

Hari rehat,suara Conan akan menjadi tinggi kerana ingin mengambil perhatian dariapada gadis junior.

"Kau dah jumpa dia ke? Untunglah"balas Heiji

"Untung?! Silap besar wei! Kau jumpa dia,kau akan rasa betapa kasarnya dia! Huh,gadis berlagak lelaki! Tak sedar diri dia tu perempuan!"

Ai yang baru tiba di kantin terdengar sesuatu suara yang amat dikenali...

Ai melihat sekeliling. Dia mengecilkan mata

Dengan langkah yang laju dia bergerak kearah Conan. Mata Conan terbeliak...

.......

"Saya dah balik!"

Puan Eri yang duduk di sofa cuba melihat Conan yang baru pulang dari sekolah.

Ehh,hilang?! Mana Conan?

Puan Eri menggelengkan kepala. Dia syak anaknya membuat kesalahan yang amat berat untuk dipikul. Biarlah dia sejuk 1 hari dulu.

Conan mengunci pintu biliknya lalu menghempaskan diri dikatil. Malu!!! Kurang asam betul gadis tu! Kerja dia memalukan orang! Peristiwa ketika rehat membuat dia gelisah. Dia taknak jumpa gadis yang bernama Haibara Ai. Seram tambah geram.

Ai bergerak kearah Conan. Dia berasa geram dengan ejekan itu.

Conan cuma kaku. Niatnya ingin lari dari sana tapi kena 'gam' di bangku.

Ai menghadiahkan Conan tumbukan di mata! Semua gadis junior terkejut perbuatan itu! Ada orang mengutuk, ada yang tak puas hati dan ada yang wonder kenapa dia berbuat sebegitu

Muka Conan merah. Malu..sebab perempuan yang menumbuknya. Kuat lagitu! Argh!!!

Conan nak nangis tapi..dia lelaki! Mana boleh nangis! Tak gentleman langsung!

Conan bangkit lalu membersihkan diri. Nak sangat dia laporkan kepada ibunya. Harap ibunya berpihak pada dirinya ..

"KENAPA  lebam mata kamu ni?!"

Soalan Puan Eri membuat Conan terdiam. Aishh,nak jawap ke tak.. Menyesal pulak mengadu

Cakap jelah! "Ada gadis junior di sekolah Conan tumbuk Conan tanpa niat waktu rehat tadi,bu. Dia memalukan Conan lah,bu"ujar Conan walhal dia yang asyik mengutuk Ai hingga membuat Ai geram dengan dia

"Apa? Gadis junior?" Puan Eri ingin kepastian. Conan menggangguk

Satu,dua,tiga minit..

Puan Eri ketawa besar! Conan tercengang. Apsal ni?!

"Gadis tumbuk kamu?! Lawakkk!!!"Puan Eri masih ketawa.

Conan menyambung suapan makanan kedalam mulutnya. Hishh,nasib mood untuk makan masih ada. Kalau tak...kenalah tahan makan nanti.Tapi, kena gastrik nanti! Hishh..

"Sebab itulah,jangan sesekali cari pasal dengan gadis seperti itu. Semakin kamu kutuk dia,selagi itulah kamu bujang sampai ke tua. Nak ke?"ujar Puan Eri yang selesai ketawa

Conan mengetap bibir. "Conan tak akan bujang sampai ke tua. Conan kan hot di sekolah tu. Pasti ramai gadis gadis disana ingin berkahwin dengan Conan bila dah berjaya nanti"ujar Conan dengan sombong..

Puan Eri cuma diam."Ibu haraplah kamu kahwin dengan gadis kasar tu. Baru tahu kamu"

..
Ai duduk diatas kerusi dengan kemas. Dia duduk menegak sambil melihat lelaki itu

"So,kamu okey dengan sekolah itu?"suara garau itu memecahkan kesunyian

Ai menggangguk. Tak nak dia ceritakan peristiwa waktu rehat tadi. Sampai kena panggil oleh guru disiplin! Fuhh..

"Good..Pergi masuk bilik. Guard! Pastikan dia berada didalam bilik dan kuncikan bilik tu!"

Ai bangkit lalu pergi naik keatas. Guard yang disuruh lelaki itu menyuruh dia cepat masuk kedalam bilik. Huh,hidupan dia seperti seorang hamba yang tinggal di banglo besar

Ai ditolak kasar kedalam bilik. Guard itu terus mengunci bilik dari luar dengan ketat supaya Ai tidak dapat melarikan diri

Ai membaringkan dirinya diatas katil yang bersaiz queen yang empuk.

Bilik sederhana besar yang berwarna galaksi membuat dia terbayang bayang

Bagaimana kehidupan diluar? Apa yang mereka lakukan tanpa kena kurung seperti dia?

Ai menangis. Kenapa dia perlu lalui semua ini...
...

Conan mengaturkan langkah dia ke sekolah. Dia tak nak jumpa peminat dia! Dia tiada mood hari ini!

"Ohayo,Conan-san"ucap Heiji sambil pergi kearah Conan.

"Ohayo ,Heiji-kun"balas Conan dengan nada yang biasa

"Apsal ni? Badmood sebab kelmarin?"tanya Heiji

Conan diam. Ishh,budak ni. Malas nak layan!

"Apsal hati aku ni asyik rasa berdebar debar je kerja?"Conan berbicara sendiri.

Dari tadi...dub dab dub dab. Love me love me say that to love me. Ehh,lagu Justin Bieber keluar pulak.

Conan tak nak jumpa wajah gadis itu yang bernama Haibara Ai.

Seram..Kasar..tapi..Cantik..tapi..
Kasar...

Conan meletakkan begnya. Dia mengeluarkan buku Matematik. Nak belajar,kononnya..

Conan nak sangat tahu siapa Haibara Ai.. Gadis misteri itu kembali dimindanya.

Dia kelas mana? Takkan 1-1? Tak mungkin kot. Setahun muda daripada Conan..

Thats mean Haibara Ai dalam kelas 2-1. And,kelas itu berada disebelah kelas dia!

Harap tak jumpa! Tapikan..hati Conan ingin berjumpa dia. Rasa rindu.Ehhh,the hell. Apakes ni?!

Conan menggelengkan kepala. Dia menanggalkan cermin mata bulatnya. Huishh,seram rindu dengan orang tu! Gila kau!

Conan melihat suasana kelasnya sambil melihat luar koridor.

Conan kaku..Ai...

Rambutnya yang panjang berwarna coklat muda.Matanya yang berwarna biru.. dia kelihatan amat cantik!

Gulp! The hell! Apani,Conan! Sedar!! Gadis tu misteri! Perlu bertindak sekarang!

Kring!!!

Shit. Kelas dah nak start! Tak sempatlah.. Mari,Conan. Kita berhuhuhu.

"Takpe..Fokus dalam kelas dulu. Waktu rehat kan boleh jumpa. Buat penat je"ujar Conan sambil mengambil nafas. Hembus.. K,rilex rilex

20 minit kemudian...

"GILA!! CEPAT SIKIT AJAR TU! AKU NAK JUMPA AI!!"

Conan memegang dada. Sabar,hati. Kau boleh jerit didalam tapi takdak orang dengar. Ni baru kelas pertama. Sabar..

Berminit minit kemudian..

Conan rasa nak nangis..

"Kejap..kenapa nak sangat jumpa dia? Takkan jatuh cinta?"

Konichiwa,Ai-chan!Where stories live. Discover now