Ai mengemaskan ikatan rambutnya. Sesi mengambil gambar kelas..Jadi,dia perlulah kemas supaya tiada seorang pun ejek dia pengotor
Ai melihat cermin..dia termenung..
Selepas Conan bersama Sherry,Conan cuma layan dia sekejap je..hmmph..
Ai duduk di birai katil. Bila dia akan keluar dari rumah ni? Dan,bila dia akan bersikap jujur kepada Puan Eri dan Conan-san tentang diri dia?
Pintu dikuak dari luar. Ai terbangun. Puan Eri rupanya..
"Dah bersiap? Sarapan yea. Conan dah turun awal tadi bonceng basikal dia. Nanti ibu suruh Pakcik Saki hantar kamu"ujar Puan Eri
"Takpelah. Saya nak jalan kaki. Dah lama tak jalan kaki"balas Ai
Puan Eri menggangguk sambil senyum. Dia memegang bahu Ai sambil berjalan kearah dapur
"Bagaimana pelajaran?"
"Okay je. Cuma Sejarah,saya belum menguasai"balas Ai
"Lah..Suruh Conan-san ajar kamu. Dia pandai bab tu"ujar Puan Eri
Ai menggangguk. Dia melabuhkan punggung di kerusi
Penkek?! WOOAAAAAAAAAAAA
Dia tidak pernah dihidangkan sarapan dengan penkek. Sewaktu dia masih dengan Hana,dia sering makan telur goreng saja. Dan,Hana seorang saja yang makan makanan yang lazat
Ai tertanya..dimana Hana sebenarnya?
CONAN meletakkan basikalnya di tempat yang telah disediakan.
Dia berdiri sana sambil melarikan jari masuk kedalam poket. Menunggu seorang gadis yang amat dirinduinya.
Tapi...kenapa hati dia tidak tenang bila dengan Sherry? Dan,hati dia tenang bila dengan Ai? Hmm..
Conan melihat sekeliling. Mungkin Sherry sudah sampai..
Matanya terpandang satu pasangan yang dia kenal..
Gadis itu mencium pipi lelaki itu..
Sherry? Dan....Hide?Sherry....tak...tak mungkin! Conan menaiki basikal lalu mengayuh keluar dari kawasan itu
Sherry terkejut kehadiran Conan disana. Oppss!!!!! Macam mana ni?! Arghh!!
Conan tidak memandangnya dengan sebelah mata. Conan meneruskan kayuhan. Dia taknak tengok muka gadis tu dulu
"Kenapa ni?"Hide melihat raut wajah Sherry yang kelihatan resah
"Hah? Takde apa apa"Sherry masih melihat kelibat Conan walaupun sudah nun jauh...
Adakah Conan telah melihat segalanya? Baka!
Conan tidak ingin membiarkan airmatanya membasahi pipi dia. Dia akan menjadi lelaki lemah!
Ai yang berjalan kaki melihat kedatangan Conan yang seperti ingin nangis. Kenapa ni...
"Conan-san?"
Conan menghentikan kayuhan. Dia melihat Ai. Lama...
"Kenapa ni,Conan?"
Conan memeluk Ai. Akhirnya,airmatanya mengalir juga. Habis basah kuyup bajunya di bahagian bahu
Ai terkejut. "Conan?! Beritahulah kenapa ni?!"Ai cemas
Conan tidak dapat jawap. Menyesal seumur hidup dia jatuh cinta pada orang yang baru dia kenal
"Ai...tolong jaga hati aku....."
AI terpaksa menukar pakaian. Hmmphh! Baju dibahagian bahu hampir kotor akibat tangisan Conan.
Tapi...kenapa dia kata begitu?
"Tolong jaga hati aku..Jangan pergi tinggalkan aku,yea?"
Ai keliru..Takkan sebab Sherry? Takkanlah..
Usai siap segalanya,Ai keluar dari tandas. Kelihatan Sherry pergi kearahnya..Macam marah je...
"TAKPAYAH LIBATKAN AI DALAM HAL NI!!"
Jerit Conan kepada Sherry. Habis badan Ai luka akibat tendangan Sherry
Sherry terketar ketar..Ai masih dalam bilik pesakit sekolah.
Sensei Hiro masih mencengkak pinggang. Kenapala gadis yang buat hal? Mana Sensei Rina ni?
"Gomen..Conan-san"ucap Sherry
"Kejap..kejap.Apsal kamu pukul Ai?"kali ni Sensei Hiro yang bersuara
Sherry diam. Dan,akhirnya,Sensei Hiro membawa dia ke bilik disiplin.
Conan melihat wajah Ai. Masih belum sedar..
Conan melarikan jarinya ke tangan Ai. Tangan yang lembut itu digenggamnya.
"Gomen...Ai-chan.."
Tangan Ai menggengam kembali tangan Conan. Conan tersentak
Ai sedar.. dia bangun."Kat mana ni?"tanya dia dengan lemah
Conan melihat mata Ai. "Kau kat bilik sakit. Kau tak ingat apa yang berlaku tadi?"
Ai diam..Dia keliru..Semua sudah hitam baginya..
"Hmmph,kau rehatlah. Sensei Hiro suruh aku jaga kau buat sementara ni"
Ai menggangguk. Conan menghulurkan air kepada dia.
"Ohh. Aku lupa bagitau kau"
"Apa dia?" Ai melihat Conan
"Aktiviti malam di Teitan High School. Dari kelas 2-1 hingga 4-1 je ikut aktiviti malam"
Ai mengerut dahi. "Ha?"
"Esok,kau akan stay disini hingga pukul 12 pagi. Aku ada,jangan risau. Kau akan tahu perjalanan aktiviti ni esok. Ikut yea"ujar Conan
Ai terkebil kebil. Stay?" Tak boleh balik dulu ke?"
"Boleh. Ehhh,tak tak. Kau mesti tahankan diri"ujar Conan. Hampir nak ketawa
"Eyy,betul betullah"
"Betullah aku kata. Tak boleh!"ujar Conan sambil ketawa
Ai memukul bahu Conan. Conan masih ketawa
"Conan-san!"jerit Ai
"Jeritlah. Macamlah ada orang dengar"balas Conan lalu ketawa
Ai menggenggam tangan.
10 minit selepas itu,Conan mengesat air mata ketawa.
"Lawak ke?"sinis nada Ai
"Whatever la. So...aku nak tanya something ni"tanya Conan
"Soalan apa?"
"Dulu..waktu kau masih kecil ataupun umur 7 or 8 tahun,kau pernah tak jumpa seorang budak yang selalu bermain dengan kau setiap petang di gelanggang?"
Ai pelik. Kenapa Conan tanya begitu?
"Dan...kau jatuh cinta dekat dia?"